Bab 24

14.1K 505 10
                                        

"PAPA rasa dah tiba masanya untuk Elena tahu perkara sebenar. Papa tak sanggup tengok dia terus-terusan menyalahkan kamu, hina kamu, berdendam dengan kamu. Biar saja yang dia tahu ini semua berpunca daripada papa."

Tan Sri Eidres sendiri pun sudah penat untuk terus berselindung. Dia kasihan pada Rayyan yang sering disalahkan. Dia turut kasihan pada Elena yang sering terluka.

"Jangan papa! Ray takut kalau papa beritahu Elena, Elena akan benci pada papa." halang Rayyan.

"Habis tu kamu nak Elena benci kamu atas kesalahan yang bukan berpunca daripada kamu? Ray, selagi kita tak berterus terang selagi itulah Elena akan terus salahkan kamu. Sudahlah Ray, lima tahun dia bencikan kamu. Kamu sanggup bertahan lagi ke?"

"Sekurang-kurangnya dia tak menjadi anak yang derhaka pada papa. Elena sepatutnya belajar melepaskan apa yang dah berlaku dulu. Kalau dia tahu yang papa punca, mesti dia akan lagi kecewa dan mungkin dia takkan berbaik semula dengan papa."

Tan Sri Eidres mengeluh. Mengapa banyak sangat dugaan untuk mereka?

"Tak apalah papa, Ray akan bertahan selagi Ray mampu. Ray takkan salahkan El sebab Ray faham keadaan dia. Emosi dia tengah tak stabil lagi."

Tan Sri Eidres diam.

"Papa balik dulu ya? Biar Ray jaga El di sini. Papa tak perlu risau."

Kemudian dia beralih pada Amar Mirza.

"Amar datang sini satu kereta dengan papa dan Cik Sue kan?" soalnya.

Amar mengangguk.

"Okey, kalau macam tu Amar tolong bawa balik motor abang ke rumah papa. Abang guna kereta kakak aje nanti. Ini dia kunci motor."

"Okey, abang. Nanti apa-apa telefon Amar tau." pesan Amar.

Rayyan mengangguk.

"Kami balik dulu Ray. Nanti apa-apa beritahu kami secepat mungkin." maklum Cik Sue.

"Insya Allah. Hati-hati."

~~~

"CUKUPLAH, I dah tak larat nak jadi macam ni lagi. You should stay away from me." kata Dr Rayyan.

"Ray, I'm sorry. I tak sangka yang semua ni akan jadi teruk sampai macam ni sekali. Kalau you nak I beritahu Elena pun, I boleh beritahu."

Dr Rayyan mengeluh.

"You nak beritahu hal sebenar? Eh, sebelum you sempat cakap apa-apa, dia tentu akan halau you. Alice, tolonglah. Hal rumahtangga I dengan Elena biarkan kitaorang yang uruskan."

"Tapi I tak nak rasa serba salah. Apa yang Elena nampak hari tu tak sama seperti apa yang dia fikir." kata Dr Alice.

"Alice, I know Mawar Elena. I know my wife very well. Kalau penjelasan I pun dia tak nak dengar, apatah lagi penjelasan orang lain. Ya, I faham perasaan you yang serba salah terhadap kemalangan tu tapi I risau kalau you masuk campur, keadaan akan jadi lebih teruk."

"Habis tu you nak I buat apa?" soal Dr Alice.

"Just do your own work." jawab Dr Rayyan sebelum berlalu pergi.

~~~

"YOU tak boleh macam ni, El. You kena terus kuat." ujar Dr Joshua.

"I dah cuba Josh tapi tak boleh. Semua ni terlalu mengejut untuk I dan I pastu kalau you ada di tempat I pun, you boleh faham apa yang I rasa."

Elena masih lagi dikawal emosi. Hari ini merupakan hari yang paling teruk baginya.

"Sekurang-kurangnya you masih ada peluang untuk sembuh. Come on Elena, you can survive. Kasihan pada Uncle Eidres, pada keluarga you dan pada Rayyan."

"Rayyan? Buat apa nak kasihan pada dia? Dialah punca I jadi macam ni." kata Elena.

Dr Joshua mengeluh. "You tak boleh salahkan Rayyan. Mungkin apa yang berlaku tu salah faham aje. You harus percaya pada suami you."

"I percaya dia Josh tapi dengan apa yang I lihat tu sangat sakit. Perlu ke I masih percayakan dia sedangkan mata I sendiri nampak apa yang berlaku?"

"Eyes can fool us too, Mawar Elena. Okey, memang I tak kenal sangat dengan Rayyan tapi I tahu dia sangat sayangkan you. Tak guna you benci dia. Ini semua bukan salah dia."

Wajah Mawar Elena mula berubah.

"Eh, kenapa semua orang nak pertahankan dia ni? Sekarang ni, yang terlantar di atas katil hospital ni I. Yang kaki tak boleh berjalan, cacat tu I. Sepatutnya semua orang faham I bukan dia! Dahlah Josh, kalau you datang sini semata-mata nak menangkan dia dan salahkan I baik you pergi balik ajelah. Buang masa aje!" marah Elena.

Dr Joshua meraut wajahnya dengan tangan. Haih, sukarnya bercakap dengan orang yang dikawal emosi ni.

"Okey, I minta maaf. I cuma nak you terima semua ni aje. El, bukan selamanya you akan baring di atas katil ni. Kalau you betul-betul nak sembuh, you kena banyak buat fisioterapi. Jangan biarkan diri you dikawal oleh emosi yang tak stabil."

Mawar Elena diam.

"By the way, you belum makan lagi kan? Sister Aisyah cakap you tak makan lagi sejak you sedar. Meh, I suapkan you sikit."

"I tak nak." jawab Elena.

"Makanlah walaupun sikit. Sekurang-kurangnya you ada tenaga."

Dr Joshua mengambil makanan hidangan hospital lantas disuapkan ke mulut Mawar Elena. Walaupun tak nak, Mawar Elena dipaksa juga.

Tanpa sedar bahawa Dr Rayyan Hafeez ada dibalik pintu wad itu. Dia mengeluh berat.

Adakah Masih Ada Kita (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang