Faris [3] : Majlis Tari Menari

183 35 54
                                    

Shafiq Pov.

Selesai berbincang kami semua bersurai. Aku berjalan berduaan dengan Raul. Kami berdua tidak bercakap kerana tiada topik yang hendak dibualkan. Tiba-tiba sahaja dia bersuara.

"Shafiq, aku rasa malam nanti... aku tak pergi kut," ujarnya.

"Kenapa pula?" Tertanya aku juga. Majlis ni bukannya selalu.

"Hmm, aku tak sedap badan sikitlah. Lagipun aku ada hal. Maaf, aku gerak dulu..." Terus dia berlalu pergi hilang dari pandanganku. Satu persoalan mula timbul dalam benak fikiranku namun aku tidak mengendahkannya.

Ketika aku sedang berjalan di koridor, aku ternampak seseorang di dalam makmal. Susuk tubuh yang kecil memakai hoodie. Niat ingin tahu semakin membuak. Siapakah di dalam itu?

Dia tiba-tiba tertoleh ke arah aku.

"Oh, Shafiq. Buat apa dekat sini?" Lah, Izz rupanya. Kenal tak siapa Izz, kalau kau orang tak ingat boleh pergi dekat bahagian 'Watak Tambahan'.

"Tak, aku lalu-lalu je dekat sini, tiba-tiba ternampak kau. Itu yang aku masuk sini tu. Ni, kau buat apa ni?" soal aku padanya sebab dia seorang diri dekat makmal.

"Aku tengah buat serbuk tidur...," kata dia sambil memandang aku. Serbuk tidur? Kegunaannya?

"Untuk apa?"

"Halah, kawan kau yang seorang tu, siapa nama dia? Halah... Raul? Ha Raul!" ujar Izz sambil menyelak buku melihat ramuan untuk serbuk tersebut. Kenapa Raul nak serbuk tidur pula?

"Dia nak guna untuk apa?" soal aku lagi. Aku masih lagi tak puas hati.

"Eh, jangan kacaulah, kau pergi siapkan persiapan kau untuk malam ni. Pergi cepat!" Kata-kata dia mengingatkan aku.

"Betullah, kalau macam tu aku pergi dulu." Aku terus berlari keluar dan sebelum itu pertanyaan kali terakhir aku ajukan pada dia.

"Malam ni kau pergi kan?" Dia mengangguk menunjukkan dia akan hadir malam ini.

Aku segera meninggalkan perkarangan makmal tersebut. Namun, terdapat seseorang yang berada di tangga mendengar segala perbualan kami di dalam makmal tersebut.

Dia bersandar di dinding sambil membetulkan kaca matanya. Dia tersengih sendiri seperti merancang sesuatu.

"Menarik..." dia mula bersuara dan ketika itu juga seseorang memanggil namanya.

"Encik Unn!" Dia mengalihkan pandangannya kepada pelajar itu.

"Ada orang sakit dekat bilik rawatan..." Lalu Encik Unn segera memacu laju ke bilik rawatan.

..........

Faris Pov.

Lepas sahaja bersurai, Lily terus menarik tangan aku sehingga sampai di belakang blok sekolah. Pandangan yang maut masih terpampang pada riak wajahnya. Muka yang berkerut dan renungan mata yang tajam.

Aku berfikir sejenak. Aku ada buat salah ke? Aku ada sakitkan hati dia ke? Aku baru sahaja nak bersuara tapi...

"Lily aku ad-"

"Ye!" Dia menjerit padaku. Bayangkan suara perempuan yang nyaring marah. Bingit kut telinga. Mahu pecah gegendang telinga aku.

"Salah kau sebab kau ni lembab sangat!" tengking dia padaku. Aku tak faham dan beriak biasa. Susahnya nak faham perempuan ni. Haih.

"Tapi apa salah aku?"

"Fikir sendiri!" Hah? Lagi aku tak faham. Apa yang dia cuba sampaikan? Aku berfikir sejenak. Apa kesalahan aku? Terus dia mencengkam kolar baju aku.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now