Faris [2] : Majlis Tari Menari

184 41 42
                                    

Aku sudah sampai di dewan. Suasana yang meriah bergema pada waktu itu. Semua orang sedang bertungkus-lumus dalam menyediakan persiapan untuk majlis nanti.

Aku segera pergi ke arah Shafiq apabila aku terlihat dia di atas tangga sedang menghias dinding dengan kain berwarna kuning

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku segera pergi ke arah Shafiq apabila aku terlihat dia di atas tangga sedang menghias dinding dengan kain berwarna kuning. Aiman pula sedang menahan tangga.

"Ha, sampai pun kau. Tolong aku kejap, kau pergi dekat bilik guru, meja Cikgu Eva. Dekat atas meja dia ada kotak, kau tolong ambilkan boleh?" ujar Shafiq.

"Ha boleh-boleh, kejap aku ambil," ujar aku lalu terus ke sana. Tatkala aku sedang menapak ke sana, aku ternampak Hana dan seorang lelaki yang aku tidak kenali sedang berbual. Terlihat begitu mesra siap bertepuk-tampar.

Mereka seperti bergelakan tentang sesuatu yang lucu dan ketika itu juga aku melihat dengan mata kepala aku sendiri yang lelaki tersebut mencium tangannya lalu memberikan surat kepada Hana. Hana menerima surat tersebut lalu pergi begitu sahaja.

"Mungkin dia orang kawan je kut. Kejap, kenapa aku nak kena fikir pasal dia?" Aku menggelengkan kepala aku supaya sedar diri dan kembali ke dunia realiti. Aku harus melakukan amanah aku.

Sampai saja di bilik guru, aku terus mencari kotak tersebut dan pergi ke arah dewan semula. Aku membawa kotak yang berisi perhiasan yang berat  terampun.

Tiba di dewan, aku segera meletakkan barang tersebut di lantai. Termengah-mengah aku membawanya. Dari dewan hendak pergi ke bilik guru bukannya dekat, nun menapak empat batu tu hah.

"Aik, penat nampak?" Shafiq muncul di sebelah aku seraya memerli aku dan tangannya ligat mencari perhiasan yang berada di dalam kotak tersebut. Aku memandang jengkel ke arahnya.

"Aku dah tolong, bersyukurlah," tutur aku kepadanya. Dia pula tergelak sambil menunjukkan baris gigi.

"Yelah abang Faris, terima kasih. Dah pergi sana, banyak lagi kerja yang kita orang nak kena buat!" ujar Shafiq selepas mendapat barang yang dia mahu. Ceh!

Siapalah lelaki yang ajak Hana tadi tu kan? Eh, apa aku merepek ni. Jangan fikir jangan fikir. Aku menepuk-nepuk kepala aku supaya situasi tadi hilang dari minda. Tetapi segala kelakuanku terlihat oleh Aiman.

"Engkau dah kenapa ni? Tak betul dah?" tanya dia padaku.

"Eh, tak lah!"

"Kalau dah tak ada apa-apa tu sanalah, sini banyak kerja lagi, kalau macam nilah keadaan memang tak akan siaplah gamaknya..." Aiman berkata sambil mengikat kain menjadi reben.

"Ha? Aku tak faham..." Aiman mengeluh lalu dia memuncungkan bibir dia ke suatu arah. Aku terus melihat ke arah tersebut.

"Ish, pasang sinilah! Cikgu kata pasang sini!"

"Mana ada! Memandai je kau! Kalau tak tahu tak payah naik, turun bagi aku panjat!"

"Eh, tak payahlah kau buat je kerja kau tu!"

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now