Bab 30 : Jalan Penyelesaian

218 28 61
                                    

"Hah, penatnya..." Shafiq yang baru masuk ke dalam bilik dengan keadaan terhinjut-hinjut. Dari tadi lagi dia terbayang-bayang betapa empuknya katil apabila dapat baring. Tetapi sangkaannya meleset apabila katilnya sudah terbakar dan hitam.

"Argh, katil aku! Apa dah jadi ni!" Shafiq terkejut dengan keadaan katilnya.

"Siapa buat katil aku ni!" Shafiq segera memusing dan bertanyakan soalan kepada mereka berempat sebab dari tadi hanya mereka sahaja duduk di dalam bilik.

Amirul, Faris dan Raul segera menunjuk ke arah Faiz.

"Woi, apa aku pula!" Tiba-tiba sahaja Shafiq dah terlentang.

"Aku penatlah nak bercakap..." Shafiq dah tak kisah tentang semua tu. Nanti-nanti sahaja dia betulkan semula katil ni.

Mahu tak penat, mereka didenda untuk membersihkan seluruh kawasan akademi. Tidak boleh guna kuasa untuk kerja pembersihan tetapi hanya perlu menggunakan tenaga sahaja.

Amirul memegang lengannya yang lenguh akibat membersihkan tandas akademi setiap blok tanpa henti. Mahu tercabut tangan rasanya.

"Faris, kau urut tangan aku ni kejap," pinta Amirul pada Faris. Namun, Faris juga kepenatan yang teramat. Dia pula perlu mencabut rumput liar di padang akademi. Mencangkung satu hal, mencabut satu hal lagi.

"Macam mana kita boleh kena denda teruk macam ni?" soal Faris sambil tercungap-cungap mengambil nafas. Semuanya berlaku akibat mereka tidak mampu mengawal kuasa mereka.

"Semuanya sebab kita dah tertukar kuasa," pintas Raul menjawab soalan yang Faris tujukan.

"Kita kena cari jalan untuk dapatkan balik kuasa kita...," ujar Haikal.

"Kita kena cari Izz, minta dia buatkan serbuk untuk ubah kita menjadi sedia kala." Lokman mencadangkan apa yang perlu mereka semua buat.

"Kejap lagilah, bagi aku rehat dulu. Lagipun sekarang dah nak malam. Pukul 8 malam nanti pergilah bilik dia," cadang Faiz pada yang lain. Penat sehingga tidak boleh bergerak.

Mereka juga bersetuju untuk berehat buat sementara waktu untuk mendapatkan semula tenaga yang hilang.

Hampir tiba waktu pukul 8 malam, mereka bersama-sama bergerak ke bilik Izz namun rakan biliknya kata dia tiada di bilik.

"Rasanya, Izz ada dekat perpustakaan." Lalu mereka semua pergi ke perpustakaan. Namun, hampa tiada kelibat Izz pun di situ. Kemudian, Shafiq ternampak Syl sedang membaca buku.

Slyvia Harune, seorang gadis dan juga merupakan rakan sekelas Shafiq. Walaupun riak mukanya selalu nampak bengis tetapi perangai 100% berbeza. Seorang yang genius dan kali ini dia ke perpustakaan untuk belajar sehingga lewat malam.

"Syl!" jerit Shafiq kuat memanggil namanya.

"Shh! ini perpustakaan...." Lokman segera menutup mulut Shafiq. Mereka berada di dalam perpustakaan yang besar dan luas namun perpustakaan itu diawasi oleh petugas pustakawan yang garang.

"Jangan sampai pustakawan itu nampak kita." Lokman segera menoleh kepalanya ke kiri dan kanan melihat jika pustakawan itu berada di sekelilingnya.

"Kenapa pula, apa salahnya kalau nampak kita sekalipun?" soal Haikal pada dia.

"Haih, kau tak tahu ke? Pustakawan dengan sini menakutkan, kalau kau buat salah sikit pun. Dia akan cari kau. Entah-entah dia tiba-tiba je muncul depan mata," ujar Raul. Shafiq dan Haikal hanya mengangguk faham.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now