Bab 14 : Lawatan Zoo

384 79 20
                                    

Shafiq POV

Pagi yang cerah bermula. Seronok sangat harini! Angin sejuk menerpa ke arah aku membuatkan aku berpusing-pusing di tengah-tengah jalan. Rakan aku yang lain hanya memerhatikan gelagat aku dari belakang.

"Bestnya, harini! Cepat lah! Nanti lambat!" Aku menuju ke arah Haikal dan Lokman dan segera menarik tangan Haikal dan Lokman.

"Woi! Sabar lah!"

"A-argh! Kita nak pergi mana!" Aku membawa mereka berdua terus ke tempat perlabuhan. Aku gembira harini sebab kelas kita orang dapat pergi lawatan ke Zoo Paradoks dan Haiwan.

Flashback.

Kami semua merenung bosan di dalam kelas. Dah tak ada aktiviti menarik berlaku. Aku mengeluh berat sehingga Haikal di sebelah aku terdengar.

"Teruk sangat engkau ni." Dia melempiaskan kata-katanya.

"Bosan lah, tak ada aktiviti menarik pun dalam minggu ni. Asyik-asyik belajar, pergi cafe, tidur. Itu je." Rutin harian seperti seorang pelajar. Tiba-tiba pintu kelas dibuka dan Cik Eva masuk ke dalam kelas.

"Harini saya ada berita baik untuk kamu semua. Mulai besok kita akan mulakan lawatan ke Zoo Paradoks dan Haiwan." Dengar sahaja perkataan lawatan.

Satu kelas menjerit kegembiraan.

"Kelas kita je ke cikgu?"

"Pukul berapa cikgu?"

"Boleh ajak kawan lain tak?

Satu-satu soalan diajukan. Cik Eva meletakkan jari dia di mulut dan semua orang beransur-ansur diam.

"Esok kita akan mula bertolak pukul 7.30 pagi. Jadi semua orang berkumpul sebelum 7.30 faham. Murid yang pergi lawatan hanya kelas kita sahaja. Berterima kasih kepada pengetua kerana beliau yang memberi kebenaran kepada kamu semua untuk menjalankan aktiviti sempena kelas kamu menang pertandingan beberapa hari lalu."

......

"Pukul Enam pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pukul Enam pagi. Pukul Enam pagi, engkau kejut aku, semata nak tunggu yang lain sampai. Are you kidding me?" Aiman mengurut kepalanya yang berdenyut sakit.

Ye, yang lain tak sampai lagi. Hanya kami bersembilan sahaja. Mana taknya pukul Enam siapa je yang dah sampai. Aku menundukkan kepala aku. Takut untuk bertentang mata dengan Aiman.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now