BLOG LOKMAN : Pengetahuan Am

193 22 8
                                    

Se-selamat pe-petang semuanya. Ha-harap kamu semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Selamat datang ke blog Lokman, harini saya akan terangkan kepada semua apa itu tahap, kelas, kategori, paradoks Exa dan Gen dan jenis-jenis sihir.

Mari saya terangkan kepada anda semua, apa itu tahap. Tahap merupakan kedudukan seseorang itu berdasarkan umur mereka. Di akademi ini terdapat lima tahap iaitu :-

1) Sage
2) Runecaster
3) Enchanter
4) Mimic
5) Taoist

Bermula dari tahap Sage iaitu tahap rendah untuk pelajar yang berusia 16 tahun manakala Tahap Runecaster merupakan untuk pelajar 17 tahun. Seterusnya tahap Enchanter untuk 18 tahun, diikuti oleh tahap Mimic, 19 tahun. Dan akhir sekali, tahap Taoist, 20 tahun.

Jadi faham semuanya? Tahap ni macam tingkatanlah di sekolah biasa.

Mari kita pergi ke slot seterusnya iaitu Kelas. Kelas ini macam kelas biasa. Masih ikut akademik contohnya :-

1) Kelas Pertama - Kelas A
2) Kelas Kedua - kelas B
3) kelas Ketiga - kelas C
4) kelas Keempat - kelas D
5) kelas Kelima - kelas E

Jadi itu sahaja untuk kelas. Hmm, ini senang jekan nak faham. Baiklah yang seterusnya mungkin seronok. Kita akan beralih ke kategori!

Kategori dipilih melalui kebolehan seseorang individu tersebut. Kategori di akademi ini mempunyai 6 jenis iaitu :

1) Fighter
2) Assassin
3) Defense
4) Mage
5) Marksman
6) Support

Mari kita bincangkan satu per satu bermula dari

Fighter

Fighter adalah individu yang bertempur dari jarak dekat atau dikenali sebagai kombat. Seseorang yang dikategorikan sebagai Fighter ialah kebolehannya menyerang dan bertahan pada masa yang sama. Selalunya Fighter berada di barisan hadapan dalam medan perang.

Assassin

Assassin adalah individu yang mahir bertempur sama ada dari jarak dekat mahupun jauh ia juga dikenali sebagai pembunuh licik. Seseorang yang dikategorikan sebagai Assassin kerana kelebihan mereka tipu helah dan kepantasan yang sukar untuk diramal. Assassin akan mengambil tempat di sisi kanan dan kiri dalam medan pertempuran.

Defense

Defense adalah individu yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dalam melindung dan menahan serangan. Individu yang dikategorikan sebagai Defense ialah mereka yang berkemampuan dalam melindungi. Selalunya Defense akan berada di bahagian tengah arena.

Mage

Mage adalah seseorang yang mempunyai tenaga dan kuasa yang tinggi dalam pertempuran jarak jauh kerana mereka hanya menggunakan kuasa dalam berlawan. Orang yang dikategorikan sebagai Mage adalah mereka yang berkebolehan dalam memanipulasi apa-apa sahaja. Kategori jenis ini selalu duduk di barisan belakang Defense.

Marksman

Marksman merupakan seseorang penembak handal dan mahir dalam menyasarkan musuh mereka walaupun dari jarak yang sangat jauh. Orang yang dikategorikan sebagai Marksman ialah mereka yang handal dalam menembak. Selalunya kedudukan Marksman berada paling belakang dan paling tinggi sekali.

Akhir sekali,

Support

Support merupakan seseorang yang mahir dalam perubatan dan menggunakan kuasa-kuasa asas sahaja. Kategori Support ialah mereka yang dapat membantu rakan-rakan dalam meningkatkan kuasa justeru membantu mereka. Kategori Support selalu berada di barisan belakang.

Itulah serba sedikit tentang jenis-jenis kategori. Dan kita akan ke slot seterusnya iaitu paradoks Exa dan Gen.

Kita akan pergi ke maksud paradoks dahulu.

Hidupan yang hidup di dimensi lain dikenali sebagai paradoks. Macam kita hidup di dunia dipanggil homosapiens iaitu manusia. Tapi bagi mereka yang hidup di dimensi lain dipanggil Paradoks.

Sampai sini faham tak? Kalau nak bahasa mudah. Hidupan yang tinggal kat dimensi lain selain dari dunia ni dipanggil Paradoks. Okay?

Paradoks pula terbahagi kepada dua iaitu Exa dan Gen.

Paradoks Gen

Seperti yang anda semua tahu, paradoks Gen merupakan paradoks yang baik yang hidup seperti manusia walaupun mereka wujud dalam keadaan beast, bunian, angel, robot dan sebagainya.

Paradoks Exa

Manakala Paradoks Exa pula ialah paradoks yang jahat. Ia sangat berbeza dari paradoks Gen kerana rupa dan bentuknya sungguh pelik. Seperti satu mata yang besar terbang dan berlegar-legar di udara. Paradoks jenis Exa boleh menumpang dalam badan seseorang untuk mengeluarkan kuasa mereka yang sebenar.

Dan slot yang dinanti-nantikan. Slot jenis-jenis sihir! Yeay! 👏

Disini Lokman akan list kan semua jenis sihir yang muncul dalam cerita ini dan jenis sihir yang akan muncul dalam cerita ini.

1. Pyrokinesis - Sihir manipulasi Api
2. Hidrokinesis - Sihir manipulasi Air
3. Aerokinesis - Sihir manipulasi Angin
4. Geokinesis - Sihir manipulasi Tanah
5. Electokinesis - Sihir manipulasi Elektrik
6. Cryokinesis - Sihir manipulasi Ais
7. Cerebrokinesis - Sihir manipulasi Minda
8. Umbrakinesis - Sihir manipulasi Kegelapan
9. Ictiokinesis - Sihir manipulasi Cahaya
10. Infernokinesis - Sihir manipulasi Api Neraka
11. Demonokinesis - Sihir manipulasi Syaitan
12. Angelokinesis - Sihir manipulasi Malaikat
13. Spectrokinesis - Sihir manipulasi Hantu
14. Sunakinesis - Sihir manipulasi Pasir
15. Kouklakinesis - Sihir manipulasi Patung
16. Filukinesis - Sihir manipulasi Benang
17. Hallucikinesis - Sihir manipulasi Ilusi
18. Technokinesis - Sihir manipulasi Teknologi
19. Gravikinesis - Sihir manipulasi Graviti
20. Astrokinesis - Sihir manipulasi Bintang dan Meteor
21. Omnifusion - Sihir manipulasi Paradoks
22. Durability control - Sihir manipulasi Ketahanan
23. Telekinesis - Sihir manipulasi Barang
24. Floraekinesis - Sihir manipulasi Bunga
25. Scotokinesis - Sihir manipulasi Bayang-bayang
26. Symphokinesis - Sihir manipulasi muzik
27. Volukinesis - Sihir manipulasi serangga
28. Frigokinesis - Sihir manipulasi Salji
29. Meteorokinesis - Sihir manipulasi Cuaca
30. Wafiakinesis - Sihir manipulasi Gelombang
31. Thyphokinesis - Sihir manipulasi Asap
32. Papyrokinesis - Sihir manipulasi Kertas
33. Palletakinesis - Sihir manipulasi Lukisan
34. Bibliokinesis - Sihir manipulasi Tulisan
35. Zodiac Control - Sihir manipulasi Zodiak
36. Ninjutsu - Seni bela diri ninja
37. Animus Magic - Sihir manipulasi ketangkasan dan kekuatan
38. Magnokinesis - Sihir manipulasi Magnet
39. Magmakinesis - Sihir manipulasi Magma
40. Acidokinesis - Sihir manipulasi Asid
41. Antanaklokinesis - Sihir manipulasi Pantulan
42. Osteokinesis - Sihir manipulasi Tulang
43. Ergokinesis - Sihir manipulasi Halimunan
44. Thiriokinesis - Sihir manipulasi Haiwan
45. Balonikinesis - Sihir manipulasi Belon
46. Nitikinesis - Sihir manipulasi Buih
47. Plefstotitakinesis - Sihir manipulasi Keapungan
48. Kartakinesis - Sihir manipulasi Kad
49. Mimisikinesis - Sihir manipulasi Peniru
50. Crystallokinesis - Sihir manipulasi Kristal.

Sebenarnya banyak lagi, tapi buat masa ni. Ini jelah kut,

Baiklah jumpa di lain masa, dan teruskan menyokong Akademi Axis: Wira dan Magis!

Bye!

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now