Bab 15 : Serangan Mengejut

417 73 17
                                    

NORMAL POV

Tempat sudah pun berubah. Sekarang ini mereka semua berada di Zon dimensi Paradoks. Suasana agak tegang kerana ini kali pertama untuk mereka semua menghadapi Paradoks yang sebenar. Setiap daripada mereka harus berdepan dengan paradoks yang berlainan spesis.

Semua menelan air liur masing-masing. Shafiq dan rakannya sedang berdepan dengan seekor Paradoks. Seorang budak telah menjadi mangsa paradoks itu menyebabkan fizikal budak itu sudah berbeza dari sebelumnya.

Paradoks itu mempunyai kedua-dua tangan yang besar dan keras. Badannya dililit dengan rantai dan terdapat satu lingkaran di kepalanya.

"Kau orang semua sedia dengan senjata masing-masing, pertarungan kali ini mungkin lebih serius," arah Shafiq pada rakan-rakannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau orang semua sedia dengan senjata masing-masing, pertarungan kali ini mungkin lebih serius," arah Shafiq pada rakan-rakannya.

Mereka semua menurut perintah dan mengeluarkan senjata mereka semua. Paradoks betul-betul depan mereka.

"Engkau manusia tidak dapat kalahkan aku. Ketua aku ada rancangan hebat untuk tahluk dunia ini. Tapi kau! Dengan kawan-kawan kau halang, racangan tuan aku! Dan aku tak akan maafkan!"

Shafiq POV

Dia terus melepaskan tembakan berwarna hijau menuju ke arah mereka. Dengan tangkas, mujur mereka sempat mengelaknya. Tembakan hijau itu tersasar ke arah banggunan menyebabkan letupan besar berlaku.

"Kuat siot!" Aku terkejut dengan letupan yang dia hasilkan. Macam tak percaya yang aku betul-betul sedang berlawan dengan paradoks. Asap semakin menghilang dan terlihat banggunan itu hancur sepenuhnya.

"Macam mana nak kalahkan dia! Kau tak nampak apa yang dia dah buat!" Kata aku pada mereka.

"Kita masih tak tahu lagi, kalau kita dapat cari kelemahan dia pasti kita dapat kalahkan!" Ujar Haikal.

"Mari!" Kata Asy.

Kami semua berlari serentak menuju ke arah paradoks itu. Serangan kedua pula dilepaskan olehnya. Rantai milik paradoks itu dilibas. Kami dengan mudahnya mengelak semua serangan itu kerana sama seperti ujian yang pernah kami alami.

Hampir sahaja dengan dia, aku dan Haikal melompat tinggi manakala Asy dan Wan berada di bawah. Serangan dari empat penjuru dilepaskan ke arah paradoks itu.

" Senpu Kusari!" ( Whirlwind Chain )

" Desurasshu!" ( Death Slash )

"Shado Shuriken!" (Shadow Shuriken )

"Doragon Fisuto!" ( Dragon Fist )

Ting! Kuasa kami terkena badan paradoks itu. Namun serangan serentak itu tidak memberi kesan langsung paradoks itu.

Tangannya yang keras menghalang serangan-serangan itu. Dengan tak semena-mena kuasa kami terpalit kepada diri kami sendiri menyebabkan kami terpelanting dan terseret jauh.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now