Bab 12 : Lelaki Misteri

379 78 6
                                    

"Argh!" Aku menjerit terkejut.

"Kau apahal ni? Macam nampak hantu! Apahal?" Tanya dia pada aku.

"Tak, tak ada." Aku tidak mahu mengatakan apa-apa pada dia.

"Hmm, tu dia orang dah panggil kau." Kata Aiman sambil menjuihkan bibir ke arah mereka.

"Ouh okay-okay, kau tak pergi sekali ke?"

"Aku ada hal sikit dekat bilik aku. Kalau kau nak apa-apa pergi je kat bilik aku tu, aku ada dekat dalam. Aku pergi dulu." Kata dia sambil berlalu pergi. Ketua pelajar la katakan. Semua dia kena urus.

Eh, baik aku jumpa dia orang cepat. Kaki aku terus melangkah ke arah mereka.

.....

Waktu sudah semakin gelap. Cahaya matahari sudah tidak kelihatan. Pelajar semakin berkurangan di luar. Aku masih di dalam perpustakaan.

Petang tadi sebelum beredar aku minta diri untuk ke perpustakaan. Aku nak asah lagi kuasa aku, jadi aku duduk di sini sementara waktu. Mata masih lagi fokus membaca.

Buk! Buku jatuh menganggu fokus aku. Baru aku perasan, tinggal aku seorang sahaja dalam perpustakaan ini. Aku mula mengemas barang-barang dan menyusun di atas rak. Aku tak suka kalau dah guna sesuatu, tak reti letak tempat dia balik.

Kaki melangkah keluar dari perpustakaan menuju ke bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki melangkah keluar dari perpustakaan menuju ke bilik. Ketika aku berjalan, aku dapat rasa aku diperhatikan. Mata aku meliar ke semua tempat. Aku berjalan lagi dan kepala aku terkalih di luar tingkap, dia berdiri dan masih melihat aku.

Aku mamat ni kang, ada makan tangan jugak dengan aku.

Pak! Bunyi sesuatu jatuh dari belakang aku, aku menoleh dan tiada apa disitu. Aku memandang semula ke arah orang itu. Tiba-tiba dia menghilang. Aku menoleh ke kiri dan dia berada di hadapan aku.

Terkejut aku dibuatnya. Dengupan jantung ni kalau boleh dah meletup. Dia masih berdiri tegak.

"Kau siapa? Kau nak apa? Dari pagi tadi aku nampak kau dekat akademi ni." Soal aku tapi dia tidak menjawap. Bila aku perhatikan betul-betul, mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.

"Shafiq jaga-jaga!" Muncul Faiz menarik aku ke belakang. Boom! Letupan berlaku di tempat aku berdiri tadi. Aku menutup mata.

Loceng pengera berbunyi, disebabkan koridor itu meletup menyebabkan ramai pelajar mula keluar dan menjenguk apa yang berlaku. Dia pula kelihatan gelabah. Terus dia keluar melompat ikut tingkap.

"Tunggu!" Aku segera ke tingkap, dia berlari dengan pantas menuju ke taman.

"Shafiq jom!" Aku menganguk dan cepat-cepat mengekori dia. Kami berdua keluar dari blok, manakala orang lain sedang sibuk melihat kerosakkan koridor itu.

.......

Normal POV.

"Apa yang sesak sangat tu?" Soal Amirul pada Faris. Faris mengakat bahu. Mereka menuju ke tempat tersebut dan terlihat koridor itu musnah.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now