Bab 36 : Suatu Pendedahan

92 14 0
                                    

Di dalam bilik fail, Aiman, Shafiq, Haikal dan Lokman sedang mengorek segala maklumat yang mereka mampu berkaitan Izz, abang Shafiq dan Raul. Mereka hanya perlu mencari tiga fail...daripada ribuan yang ada di dalam bilik tersebut.

Walaupun semua fail telah diasingkan kepada beberapa bahagian seperti mengikut tahap dan kelas, operasi dan staf akademi namun ianya jelas sekali bukan satu tugas yang mudah.

"Kau orang, aku dah jumpa satu fail nama 'Misi : Khianat'. Aku rasa nilah misi mencari pengkhianat dalam kalangan guru. Aku akan baca laporan misi sementara kau orang buat kerja kau orang," ujar Haikal.

Laporan misi : Beberapa orang pelajar terbaik akademi telah dikerah untuk memburu suspek utama pengkhianatan yang berada dalam kalangan guru iaitu Encik Alfred Johansson. Antara pelajar yang terlibat ialah Ryan Maxwell, Adrian Harrison, Shahid Hakimi, Eric Garcia , Daichi Ozuna, Kuso Kuso, Kayla Evelyn, Don Michael dan Stephanie Gaze. Shahid Hakimi telah dilantik sebagai ketua atas persetujuan para guru.

Haikal membelek ke halaman seterusnya dan terlihat gambar semua pelajar yang terlibat dalam misi. Namun begitu, dia tertarik kepada wajah seseorang yang berada di dalam gambar.

"Kau orang, mari sini sekejap." Haikal memanggil yang lain untuk melihat penemuannya.

"Cuba kau tengok muka dia ni betul-betul, kau rasa macam siapa?" tanya Haikal kepada yang lain.

"Muka dia macam...Raul. Yang lain cuma, gaya rambut dengan pemakaian dia," jawab Aiman.

"Apa nama sebenar dia Haikal?" Giliran Shafiq pula yang menghulurkan soalan.

"Empat dari kiri, empat dari kiri, nama dia....Eric Garcia."

"Cari lagi satu fail berkaitan Eric Garcia, cepat!" Aiman memberi arahan kepada Lokman dan Shafiq.

"Sekejap, kenapa perlu cari pasal Eric ? Kau tak fikir yang dia Raul kan?" Lokman mempersoalkan kehendak Aiman.

"Jangan pertikaikan apa yang aku suruh. Kita kena selidik semua perkara yang boleh bawa kita kepada kebenaran," tegas Aiman dengan wajah seriusnya yang cukup untuk membuatkan tulang rusuk seseorang itu bergetar. Sementara Shafiq dan Lokman melaksanakan arahan, Haikal meneruskan kembali membaca fail di tangannya.

Bukti yang dijumpai oleh pihak sekolah jelas menunjukkan yang dia merupakan dalang di sebalik kegagalan setiap operasi yang dijalankan dalam menghadapi Zegrath. Dia dikatakan telah membocorkan segala taktik dan rancangan akademi mengakibatkan segala operasi menemui jalan buntu dan Zegrath berjaya meloloskan diri dengan mudah. Antara buktinya ialah beberapa utusan surat, talian komunikasi satu hala dan pakaian yang agak meragukan. Maka, satu kesimpulan telah dibuat bahawa dia merupakan tali barut Zegrath yang bersembunyi di akademi. Arahan untuk menangkanya bagi mendapatkan keterangan telah dikeluarkan. Namun begitu, akibat cuba melawan, dia mati di tempat kejadian.

"Itu jer. Yang belakang cuma gambar dan bukti." Haikal menutup fail dan meletakkannya kembali di tempat asal.

"Aku dah jumpa, fail pelajar Eric Garcia." Lokman mengibar fail itu di udara untuk menarik perhatian yang lain.

Nama pelajar : Eric Garcia
Memulakan pendidikan di Akademi Axis ketika berumur 12 tahun, umur yang lebih muda daripada pelajar-pelajar lain. Mulanya mendapat tentangan, namun Puan Evanora bertegas agar dia diterima. Puan Evanora meletakkan Eric di bawah jagaannya di samping Encik Alfred Johansson dan Shahid Hakimi sebagai mentornya. Pelajar ini menunjukkan potensi yang amat besar, bukan sahaja boleh dilabel sebagai genius malah memahiri seni pertarungan dengan amat baik hasil bantuan mentor dan penjaganya.

"Jadi, dia ada kaitan dengan abang kau. Apa kata kita cari dia dan tanya dia pasal abang kau.Tapi kenapa aku tak pernah dengar pasal dia eh?" Lokman berfikir sejenak.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now