Bab 1 : Pendaftaran Pelajar

854 107 58
                                    

"Mak, kan orang dah kata. Orang tak nak belajar kat situ lah. Tempat lain boleh je kan. Apa salahnya belajar kat tempat biasa. Amzar tu boleh je mak dia hantar pergi sekolah biasa?" Luah aku pada mak.

"Tak boleh. Adik dah besar kan. Halah lima tahun tu apa lah sangat. Untuk kebaikan kita juga." Balas mak aku lembut sambil dia mencuci pinggan di dapur. Aku yang mendengar bait kata tadi menongkat dagu. Merajuk.

Mak aku memusingkan kepalanya melihat aku. Muka 'cekodok penyek' aku berikan padanya. Masam sahaja. Mak kemudiannya menarik kerusi dan duduk di hadapan aku.

Tangan aku dipegang dan dia mula berkata.

"Adik, mak buat ni semua untuk kebaikan adik. Kebaikan untuk keluarga kita jugak nak. Adik tahu kan tempat kita sekarang ni duduk kat pedalaman. Penduduk dekat sini susah untuk hantar anak dia orang pergi akademi tu. Adik la satu-satunya orang yang dapat pergi." Luah mak aku panjang.

Aku menghela nafas yang berat.

"Mak tak takut ke orang jadi macam abang?" Riak wajah mak aku kelihatan muram apabila aku bercakap pasal abang aku. Abang aku hilang selepas menuntut di akademi itu.

"Mak tau, mesti ada sebab abang kau hilang tanpa bagitau apa-apa. Mak tau yang abang kau takkan pernah buat macamtu pada mak." Balas mak aku dengan senyuman manis. Aku memeluknya dan meminta diri naik ke bilik.

....

Sehari sebelum aku bertolak ke sana, aku mengemas segala barang-barang aku. Lima tahun bukan ambil masa yang lama pun. Cuma fikir dari sudut positif sahaja. Dapat jumpa kawan-kawan baru. Ye tak, hahaha.

Tut tut tut tut.

Telefon aku berbunyi dan nama Amzar tertera di situ. Amzar sebaya aku yang merupakan kawan sejak kecil lagi. Lekas aku mengangkat.

You
Hello saudara, nak apa...

Amzar
Amboi kemain lagi kau eh. Seronok la tu dapat pergi sekolah baru. Hahaha

You
Biasa jer. Rindulah nanti nak jumpa kau. Hahaha

Amzar
Tak ada maknanya lah. Eh esok sebelum kau bertolak, panggil aku tau.

You
Cun👌

Aku menghantar pesanan yang terakhir dan terus menutup telefon tersebut. Hah penatnya bukan kepalang. Aku memandang bilik aku yang bersepah. Banyak lagi kut barang yang belum siap packing. Nanti-nanti la. Nak rehat kejap. Aku meregangkan badan aku dan entah bila aku terlelap.

.....

Keesokan harinya, pada waktu pagi aku pergi ke rumah Amzar. Aku melihat dia sudah menunggu aku, sampai sahaja aku terus berpelukan. Berpisah selama lima tahun memang sesuatu yang memeritkan.

"Ni simpan benda ni jangan hilang. Aku tau bila kita jumpa benda ni masih ada." Sebuah lencana yang diukir olehnya sendiri. Sangat cantik.

"Thanks wei aku akan simpan benda ni." Aku meminta izin untuk pulang kerana aku akan bergerak ke sana tak lama lagi.

....

Sampai sahaja di tempat pelabuhan, ramai yang sedang menunggu di situ. Ramainya pulak. Aku memandang ke arah ibu dan ayah aku. Mereka yang perasan aku terus memberikan senyuman juga. Aku mula ingin bermanja dengan mereka.

"Adik dekat sana hormat cikgu, mak tahu yang kamu ni nakal. Jangan sekali lawan cakap cikgu, sebab cikgu tu lah yang ajar kamu. Ingat ni! Lepastu jangan cakap dengan orang yang tak kenal. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap nanti susah jadinya. Dan lagi satu, kalau tak faham angkat tangan, tanya mana yang tak faham. Okay. Ha sebelum mak terlupa..." Mak aku teruskan nasihatnya.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now