Bab 27 : Festival Malam di Akademi

199 30 95
                                    

Dua hari iaitu sabtu dan ahad berlalu begitu sahaja. Cuma tinggal lagi seminggu baru sekolah akan dibuka. Sekarang waktu tengahari, mereka semua berada di dalam bilik sahaja.

SHAFIQ POV

Aish, bosan kalau macam ni. Takkan tak ada satu perkara pun nak buat. Semua tengah main telefon pintar. Kalau macam ni, memang mereputlah aku di dalam bilik yang dipenuhi sawang labah-labah.

Aku hanya berguling-guling di atas katil sambil otak ligat berfikir apa yang patut aku lakukan. Tiba-tiba, aku macam teringat sesuatu yang penting, tapi macam lupa.

Aku menekan kedua-dua jari telunjuk kanan dan kiri tepat di kepala. Ditambahkan pula dengan muka yang berkerut umpama menghadapi stres melampau. Perkara penting yang aku nak cakap...

Otak aku cuba mendapatkan ingatan kembali.

"Kau dah kenapa?" soal Aiman apabila melihat muka aku berkerut macam orang tengah beranak.

"Kenapa aku tak boleh ingat apa-apa, tentang majlis malam haritu." Aku menyoal soalan pada mereka semua.

"Yang aku ingat, Faris menari dengan Hana jelah. Kau nak ingat apa lagi?" pantas Amirul menjawab.

"Itu memanglah. Yang sebelum tu, kejadian sebelum tu..." Mereka juga ligat berfikir apa yang terjadi.

"Ouh, kau orang nak tahu apa yang jadi ke?" pintas Faris secara tiba-tiba. Kejap...dia tahu ke semua yang jadi?

"Kau tahu ke apa yang jadi?" Faris mengangguk seperti dia tahu semua.

"Ceritalah..." Lalu faris pun membuka bicara. Kami mendengar setiap penceritaan dia. Ambil masa dalam 20 minit macam tu. Mahu kebas kaki aku.

........

"Jadi, kau cakap ada orang baling serbuk tidur?" Aku menyoal dia kembali. Serbuk tidur. Macam pernah dengar serbuk tidur ni. Kejap, Izz? Ingatan aku kembali sebelum majlis tu bermula

"Aku tengah buat serbuk tidur...," kata dia

"Lepas kau cakap yang kita orang semua pengsan sebab serbuk tidur tu baling kat dalam dewan?" soal Haikal pula. Sekali lagi Faris mengangguk. Aku rasa aku dapat ingat.

Ketika itu, aku terlihat sesuatu di tingkat dua. Seseorang berjubah hitam berdiri tegak melihat keadaan kami. Ketinggian dan susuk tubuh yang aku kenal.  Raul? Ketika itu juga, pandangan aku menjadi hitam.

Eh, ke depan sangat. Belakang sikit.

Muncul bom-bom mini berteraburan di dewan tersebut dan ia pun meletup melepaskan serbuk berwarna ungu. Seorang demi seorang daripada kami tertidur.

Ya, ingatan ni. Aku ingat Aiman jerit serbuk tidur.  Lepas tu.... Kejap, macam aku ada terlepas sesuatu. Mari kita ke depan sedikit.

Ketinggian dan susuk tubuh yang aku kenal.  Raul?

Ha, yang ni. Raul? Aku mencelikkan mata aku kembali dan segera aku memandang dia. Seriuslah aku nampak dia? Tak, tak mungkin.

"Hmm, Raul. Aku nak tanya sikit boleh?" Raul menoleh ke arah aku sambil mengangkat keningnya.

"Hari tu kau tak pergi kan? Kau buat apa eh?" Soalan yang aku ajukan membuatkan Raul terjeda. Jawab jelah. Bukan aku makan orang pun.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now