Bab 13 : Ini Paradoks?

406 81 12
                                    

"Shafiq! Shafiq! Kau kat mana!" Laung Haikal memanggil nama Shafiq sekuat hati. Haih, mana pulak perginya mamat ni. Dah jauh ke dalam hutan mencarinya.

"Kita berpecahlah, senang sikit nak cari dia nanti. Rasanya dia sesat kut dalam hutan tebal ni," ujar Lokman dan Mereka semua pun segera berpecah mencari dia.

......

"Urgh!" Aku sempat mengelak libasan kayu milik pemburu ini mengenai aku. Haiwan ini masih aku gengam erat di tangan aku. Mereka ramai sedang mengepung aku. Satu - satu daripada mereka menyerang aku. Aku menepis semua serangan itu.

Puk! Belakang badan aku dipukul dan kaki aku ditepis membuatkan aku jatuh ke tanah. Aku mengerang kesakitan. Ouh, pada yang tanya kenapa tak gunakan kuasa aku, meh sini aku bagitahu. Pelajar Akademi tidak dibenarkan menggunakan kuasa mereka sewaktu berada di luar kawasan Akademi. Itu sudah menyalahi undang-undang.

Satu lagi libasan kayu ingin menghentam kepala ku. Cop, cop, cop. Macam mana boleh jadi macamni eh?

Flashback.

Kachik! Bunyi itu dekat dengan aku. Aku mengikut arah bunyi itu dan aku terlihat seekor haiwan sedang bergelut melepaskan diri dari perangkap. Kucing? Tak nampak macam kucing, warna bulu yang unik dan lain dari yang lain.

Mulut dia mengigit sesuatu, makanan aku. Aku terus merampasnya. Kemudian, terdengar teriakkan seseorang menjerit.

"Aku nak kau orang cari paradoks tu sampai dapat! Tuan kita nak uji dia!" Paradoks? Ini paradoks ke? Betul, paradoks jenis Gen wujud dalam pelbagai rupa dan bentuk. Aku segera menolong dia untuk melepaskan diri.

Paradoks itu diam tidak berkata, aku cuba menyelinap keluar dari kawasan itu tetapi nasib tidak menyebelahi aku apabila salah seorang pemburu tersebut melihat aku membawa paradoks ini.

"Bos! Dekat budak tu!" Jerit dia memanggil rakannya yang lain. Aku terus melarikan diri dari mereka dan sekali lagi nasib tidak menyebelahi aku, aku tersadung batu lalu muka aku mencium tanah.

"Aduh!" Aku mengosok muka aku. Sakit. Ketika itu lah mereka semua mengepung aku.

"Bagi paradoks tu sekarang!" Aku ingkar arahan dia dan sebab itu lah pergaduhan berlaku antara aku dengan mereka.

End of Flashback.

Satu lagi libasan kayu ingin menghentam kepala aku. Dengan pantas aku bergolek dan melompat, senjata kecil aku keluarkan, lantas aku menyasarkan tangan mereka supaya melepaskan senjata di tangan.

Dari belakang seseorang cuba memeluk aku. Aku sedar akan perlakuan itu lalu aku tunduk dan kakinya aku ikat dengan rantai aku. Rantai aku ditarik kuat sehinggalah dia terangkat dan dicampakkan pula ke arah pemburu-pemburu tersebut.

Muka ketua mereka telah merah padam. Geram melihat perangai aku.

"Aku kata bagi paradoks tuh!" Teriak dia kuat sehingga boleh nampak urat kemarahan timbul di dahi dia.

"Kalau kau tak bagi kau akan mati!" Cakap lah apa sekalipun aku tak akan bagi. Dia menuju selangkah menghampiri aku tetapi dia terhenti seketika...

Terpercik darah keluar dari mulut dia. Aku yang melihat kejadian tersebut pun terduduk disebabkan terkejut. Pemburu yang lain terus melarikan diri. Dari jauh datang seseorang, seseorang yang aku kenal.

Memakai jubah berwarna perang labuh sampai ke bawah, bahagian kepala ditutup maka mukanya telindung. Ketua pemburu tadi hampir nyawa-nyawa ikan.

"T-tuan, a-apa yang tuan...c-cuba buat ni! Uhuks!" Keluar lagi darah dari mulutnya.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now