Zul [1] : Kuasa Sebenar

77 13 1
                                    

"Adakah ini Raul yang sebenar?" Zul menyoal dirinya.

Dia tahu tentang betapa mahirnya Raul tetapi dia sedar sesuatu. Raul tidak pernah menunjukkannya. Dia macam menahan dirinya daripada menggunakan kemahirannya sepenuhnya. Zul tak tahu kenapa dan untuk apa.

Tetapi, kalau inilah kuasa sebenarnya...Tak, Zul pasti dengan dirinya. Ini bukan seratus peratus kuasa Raul. Ini mungkin cuma antara 60 hingga 80 peratus. Hal ini membuatkan Zul terfikir sesuatu.

"Adakah ini bermakna yang dia boleh buat sesuatu yang jauh lebih dahsyat daripada ni? Zul bermonolog.

"Kenapa dengan dia?" tanya Amirul.

Mungkin tak terlalu jelas, tapi Zul tahu Amirul ketakutan. Ini bukan pemandangan biasa yang boleh dilihat setiap hari. Kita bercakap tentang Raul, seorang yang sentiasa tenang dan walaupun dia sering bertelagah dengan Amirul, dia tidak pernah melakukan sesuatu yang kejam atau buruk. Paradoks yang mereka pernah lawan pun tidak seteruk ini.

"Aku tak tahu." Hanya itu yang mampu dikatakan oleh Shafiq. Kalau Shafiq yang paling rapat dengan Raul antara mereka berlapan pun tidak mempunyai sebarang penjelasan, apatah pula yang lain.

"Raul, apa kamu dah buat?" soal Cikgu Icarus melihatkan Daichi, satu-satunya insan yang boleh membawa mereka lebih dekat dengan kebenaran telah pun mati dalam keadaan yang mengerikan.

"Kau dah hilang akal ke Raul?" Shah yang jelas sekali kecewa dengan tindakan Raul turut memasuk campur.

Zul dapat lihat yang Raul macam langsung tidak mendengar apa yang mereka katakan. Dia berpusing dan melangkah ke arah badan Cikgu Eva yang sedang terkujur tidak bernyawa. Bau darah masih menyengat hidung dan darah itu sendiri masih mengalir membasahi bumi.

Raul sedikit pun tidak peduli tentangnya. Dia melutut di sebelah Cikgu Eva. Dia kemudian menanggalkan kot merah yang dipakainya lalu menyelimuti mayat itu. Sebelum berdiri, dia memberi satu kucupan di dahi Cikgu Eva serta menyelitkan rambut wanita itu yang menutupi wajahnya ke belakang telinga.

"Raul dan Cikgu Eva memang rapat ke?" soal Asy setelah melihat tindakan Raul tadi.

"Entah, selama ni aku tak pernah nampak dia berbual dengan Cikgu Eva pun. Satu-satunya waktu pun masa dia kena marah atau masa sesi pembelajaran dalam kelas," jawab Faris.

"Aku, Shafiq, Haikal dengan Lokman ada baca fail pasal Eric Garcia ataupun Raul. Cikgu Eva lah orang yang cadangkan supaya dia diberi pendidikan di akademi. Dan masa tu umur dia baru 12 tahun," terang Aiman.

"Raul lepastu diletak bawah jagaan Cikgu Eva tu sendiri dan Cikgu Alfred, orang yang dituduh pengkhianat," sambung Haikal yang masih mengurut dahinya, mungkin kesan sampingan daripada muntah tadi.

"Aku pasti dia tengah sedih, dua-dua cikgu tu dah mati." Lokman menambah lagi maklumat yang sedia ada.

"Raul, sekali lagi aku tanya. Kenapa?" Zul dan yang lain berpaling melihat isu tadi dibincangkan kembali. Shah memegang kedua-dua belah bahu Raul meminta penjelasan.

"Saya dah suruh kamu berhenti. Kenapa kamu tak dengar?" Cikgu Icarus mencelah. Raul tidak menjawab sebaliknya melihat kembali mayat Cikgu Eva dengan wajah yang amat sayu.

"Jadi, kamu lakukan tadi sebab kemarahan kamu?" Raul tidak bercakap walaupun sepatah.

"Kamu tahu tak disebabkan perasaan kamu tu, kamu dah mengundang lebih banyak masalah berbanding menyelesaikannya? Kamu patut kawal kemarahan kamu. Dendam bukan cara penyelesaian. Kamu seorang pelajar terbaik akademi. Takkan kamu tak sedar apa yang kamu dah buat ni?"

Zul yakin yang Raul berasa tertekan sekarang. Cikgu Icarus dan Shah terus menerus membebel kepadanya. Apa yang lebih parahnya, cikgu-cikgu yang terselamat daripada situasi tadi turut mengerumuninya. Disebabkan panik, mereka lupa yang Raul masih seorang manusia. Kalaulah Cikgu Eva masih hidup, pasti ianya takkan jadi seteruk ni. Hanya kelantangan dia sahaja yang dapat menghentikan huru-hara ni.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now