Haikal [2] : Sebuah Rahsia

246 55 16
                                    

Shafiq Pov

Sinaran pagi matahari, masuk melalui celah-celah tingkap bilik mereka. Celik sahaja mata, Shafiq terlihat katil Haikal kosong. Haikal dah bangun ke? Bila lihat sekali lagi tinggal dia seorang sahaja di dalam bilik.

Jam telefon dikerling, pukul 8.26 pagi. Dia bangun dan menggeliatkan badan. Bersenam sedikit untuk memberikan kelegaan, tiba-tiba pintu bilik terbuka. Raul masuk ke dalam bilik dengan menggosok rambut menggunakan tuala.

"Oh pagi," sapa Raul apabila melihat aku dan kemudian dia terus ke meja belajar.

"Yang lain mana?" Soal aku pada dia.

"Ada kat bawah, sarapan rasanya,"

"Kau tak turun?"

"Nanti aku turunlah, aku ada kerja sikit nak buat,"

Ketika aku sedang berbual dengan Raul, seseorang menerjah masuk ke dalam bilik kami. Aku dengan Raul terkejut dengan tindakan dia. Lokman?

"Lokman, kau ni terkejut aku!" Aku mengusap dada aku. Mahu gugur jantung dibuatnya. Lokman kelihatan tercungap-cungap mengambil nafas.

"Kau dari mana ni? Penat semacam aku tengok," soal Raul kepadanya. Lokman mengambil nafas panjang dan melepaskan.

"Shafiq, masalah besar!" Lokman menjerit sehingga suara dia kedengaran satu bilik.

"Eh, diam sikit! Kenapa?" Aku meletakkan jari di bibir bermaksud perlahankan suara.

"H-Haikal..." Kata-kata dia terhenti.

"Kenapa dengan Haikal?" Aku memandang dia pelik.

"H-Haikal..."

"Yelah kenapa dengan dia?"

"Ha-Haikal d-dia..." Geramlah pula aku.

"Kenapa!"

"Haikal dah hilang!" Dia melepaskan kata-kata yang ingin dia sampaikan tadi.

"Hah!" Terkejut aku dan Raul apabila terdengar apa yang dikatakan oleh Lokman.

......

"Macam mana kau tahu yang dia boleh hilang?" Tanya Faris kepada Lokman. Sekarang ini kami berada di tempat kami selalu lepak setiap kali ada masa terluang.

"A-aku dapat pesanan dari dia, Haikal kata dia nak ada hal kejap jadi dia kena pergi tempat lain. Dan lagi dia kata, jangan cari dia kalau tak kau orang dalam bahaya. A-aku tak faham maksud dia, t-tapi macam serius," terang Lokman satu per satu kepada kami.

'Haikal tak pernah macam ni, kalau dia ada masalah selalunya dia akan bagitahu, tapi kenapa kalini... mesti ada sesuatu yang tak kena!' aku bercakap dalam hati.

"Semalam kau orang ada nampak dia?" Aku menyoal kepada mereka semua.

"Yang aku ingat, aku nampak dia pergi atap bangunan je semalam," kata Amirul.

"Sampailah pagi dia tak balik-balik," sambung Lokman kemudian. Pelik.

"Aku rasa aku ada kawan yang boleh tolong kita. Jom ikut aku." Faiz mencelah secara tiba-tiba. Kami mengikuti dia.

"Siapa 'dia' tu?" Soal aku.

"Kawan aku," kata dia. Kemudian kami sampai di gerai jualan dia bawah. Begitu meriah sekali seperti suasana pada hari kantin. Disebabkan cuti selama dua minggu jadi pelajar boleh buka gerai jualan atau pergi jalan-jalan di luar.

"Hah, itu dia cafe dia," ujar Faiz sambil menunjukkan arah gerai itu. Sampai sahaja di situ kami disambut mesra dengan pelayan kedai.

"Selamat datang, silakan duduk,", ujar gadis tadi.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now