Bab 29 : Bertukar Kuasa

195 24 32
                                    

"Wuargh!" Mahkluk itu mengaum kuat serta merta dia menghayunkan tangannya ke arah Shafiq dan Haikal. Sempat mereka berdua mengelak ke tepi lantas mereka berdua menggunakan kuasa mereka.

"Dakumajikku: Karasu no shokan!" ( Dark magic : Summoning Crow ) Haikal melepaskan kuasanya.  Namun ia tidak menyeru apa-apa. Sekali lagi dia mencubanya, perkara yang sama tetap terjadi.

"Kenapa aku tak boleh guna kuasa aku ni?" Haikal bercakap sendiri.

"Haikal, jaga-jaga!" Tangan mahkluk itu menepis Haikal. Dia sempat menahan dengan tangannya namun disebabkan tenaga mahkluk itu lebih kuat, dia terpelanting jauh.

"Haikal!" Shafiq yang ingin menuju ke arah Haikal terhalang apabila mahkluk-mahkluk kecil pula berada di hadapan dia. Dengan keadaan terpaksa dia perlu menghapuskan semua ini seorang diri sebelum Haikal sedar.

"Hargh!" Shafiq melibas satu per satu makhluk tersebut. Namun semakin ramai yang muncul.

'Siapa budak ni sebenarnya...' detik hati Shafiq memikirkan dia.

"Aku dah cakap, manusia macam kau jangan masuk campur. Dan sekarang, MATILAH," arah budak itu menyuruh makhluk-makhluknya menyerang Shafiq serentak.

Pembantu-pembantu melompat dan menyerang Shafiq dan tanpa disangka-sangka satu tendangan terkena pada muka budak tersebut.

"Urgh!"

Badan Shafiq ditolak ke tepi bagi mengelakkan dirinya terkena serangan tersebut.

"Kau orang!" Shafiq terkejut dengan kemunculan mereka bertiga di kawasan ini.

"Kau okay tak ni?" soal Aiman pada dia.

"Aku okay je, yang tak okay Haikal. Dia ada kat sana." Shafiq menunjukkan arah dimana Haikal jatuh sebentar tadi. Aiman mengangguk lalu terus menuju ke arah Haikal.

Shafiq pula bangun dan terus mendapatkan Lokman dan Zul.

"Lokman, Zul. Macam mana kau orang boleh tahu kita orang dekat sini?" soal Shafiq pada mereka berdua.

"Semua sebab Aiman," jawap Lokman.

"Aiman?"

"Aiman dapat kenal pasti kedudukan kau orang ada dekat mana," ujar Zul kemudiannya.

"Tapi macam mana?" Mereka semua sedang berbual sambil berlawan menentang makhluk-makhluk itu.

"Shafiq tunduk!" Ketika Shafiq sedang leka berbual muncul tiba-tiba mahkluk itu di belakangnya. Lokman dengan cepat membaling bom ke arah mahkluk itu menyebabkan dia meletup.

"Aiman dapat tahu koordinat kedudukan kau orang, dan dapat baca apa yang terjadi pada kau orang jika kami lambat," jawap Zul lagi.

"Aiman? Tapi tu semua bukan kuasa kau ke?"

"Itu dulu, sekarang semua sudah berubah disebabkan serbuk yang Izz tumpahkan semalam. Serbuk tu menyebabkan kuasa kita semua bertukar," terang Lokman.

"Jadi, Aiman dapat kuasa Zul?" Mereka berdua mengangguk.

"Aku dapat kuasa Faiz, Zul pula dapat kuasa Amirul," terang Lokman lebih mendalam.

"Jadi kita perlu lawan dia tanpa menggunakan kuasa, hanya berlawan jarak dekat sahaja buat sementara waktu ini," ujar Lokman. Shafiq dan Zul mengangguk faham. Lantas mereka mengambil posisi masing-masing.

"Aiman guna kuasa minda untuk aturkan posisi dan serangan," arah Zul padanya.

"Macam mana, aku tak reti."

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now