Bab 8 : Sedia, Mula!

426 82 14
                                    

Shafiq POV

Kami semua masuk ke dalam Colloseum itu. Kehadiran orang ramai membuatkan suasana lebih meriah dengan sorakkan yang kuat. Aku melihat peserta dari kelas lain. Semuanya hebat-hebat belaka. Kecut perut aku melihat gaya-gaya mereka.

Jangan risau Shafiq, kau boleh buat. Ingat balik apa yang kau dah berlatih mata itu. Nafas ditarik panjang dan dihembus untuk menghilangkan rasa gugup. Selepas itu, kami menuju ke kauter pendaftaran dan kami diberitahu untuk berpecah kepada tiga kumpulan.

"Sekarang ni, kumpulan pertama dengan kedua kena main peranan penting untuk sampai ke peringkat akhir. Jadi siapa nak kumpulan pertama?" Soal Aiman kepada kami berlapan.

"Aku lah, aku dengan Shafiq dengan Lokman." Haikal sukarela.

"Eh tak boleh. Aku dah kena tempah dengan orang lain," balas aku.

"Lah, baru nak kumpulan dengan kau."

"Aku masuk kumpulan Aiman lah. Nanti-nanti la aku masuk kumpulan kau."

"Dah kalau kau kata macamtu, tak apa lah. Lokman dengan Zul kumpulan aku eh?" Kami sedang memilih ahli kumpulan yang akan bertanding nanti. Terdengar suara pengacara memecah suasana.

"Minta perhatian kepada semua peserta-peserta pertandingan, cabutan kelas untuk sesi perlawanan akan bermula sebentar sahaja lagi. Kepada para penonton pula, sila duduk di tempat anda. Baiklah, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, diminta untuk peserta-peserta lapor diri di Arena sekarang."

"Hah tu dia dah panggil! Cepat-cepat!" Ajak aku. Kami semua bergerak ke arena diikuti juga dengan kelas-kelas lain. Gerbang menuju ke Arena di hadapan. Baru sahaja langkah pertama dikeluarkan, orang ramai bersorak dengan kuat sekali. Debaran yang sungguh menakutkan.

" Baiklah kita akan mulakan acara, sila lihat paparan pada skrin. Terdapat empat kad yang tertulis B , C , D dan E mewakilkan kelas. Kelas A tiada kerana mereka akan diberi kelebihan untuk berlawan pada masa akhir pertandingan. Kepada kelas yang bertahan hingga ke separuh akhir, mereka akan bertanding dengan kelas A."

Tanpa memanjangkan masa, kad-kad tersebut di kocak dan dipilih dan keputusannya ialah, kelas B akan berlawan dengan kelas D, manakala kelas C akan berlawan dengan kelas E.

Kelas A diberi kelebihan, itu namanya penipuan. Disebabkan mereka kelas A mereka dapat semua kelebihan. Kemudian, kami diarahkan untuk duduk di tepi sambil melihat perlawanan antas kelas B dan kelas D.

Perlawanan yang sengit dan pertempuran yang sangat hebat. Kelas B yang bertempur secara dekat dan kelas D bertempur jarak jauh. Banyak letupan dan kemeriahan yang memukau mata kami. Dapat dilihat bahawa kelas B lebih mahir, maka pelajar kelas D tumpas dengan mudah.

Giliran seterusnya merupakan kelas kami, kelas E berlawan dengan Kelas C.

"Siapa nak?" Soal aku.

"Kumpulan aku lah, jom Lokman, Zul!" Mereka berdua menganguk dan membontoti Haikal. Mereka bertiga menuju ke Arena. Kami memberi sorokan menyokong mereka.

......

Normal POV

Sekarang ini kumpulan Haikal pula yang akan bertanding.

"Baiklah mari memperkenalkan peserta dari kelas C. Ketua mereka dikenali sebagai Harith yang mempunyai kuasa *Meteorokinesis, manakala ahli kumpulan mereka Linda yang mempunyai kuasa *Telekinesis dan Dani mempunyai kuasa *Wafiakinesis."

"Dan di sudut lain pula, memperkenalkan Haikal sebagai ketua kumpulan yang mempunyai kuasa *Umbrakinesis, manakala dua orang lagi sahabatnya Lokman mengawal kuasa *Ictiokinesis, dan Zul *Cerebrokinesis. Tanpa melengahkan masa mari mulakan pertandingan."

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now