Zul [2] : Kuasa Sebenar

64 12 12
                                    

"Kau orang tak habis-habis lagi dengan isu kita tertukar kuasa ni ke?" tegur Raul sebaik sahaja memasuki dorm.

Shafiq dan yang lain dapat tahu yang kuasa mereka tertukar semalam dan sekarang, hal ni jadi topik perbincangan. Yang paling panik siapa lagi kalau bukan Shafiq dan Lokman. Tahulah masalah ni agak besar tapi dia orang berdua punya reaksi macam dunia boleh kiamat hanya sebab benda ni.

"Yalah, apa lagi nak dibincangkan?" balas Shafiq yang masih mundar-mandir dari tadi. Naik pening kepala Zul melihat dia.

"Masalah ni tak besar mana pun, tak perlu nak risau sangatlah," pesan Raul sebelum duduk di atas salah satu katil, berhadapan dengan yang lain.

Dalam kes ni, Zul setuju dengan Raul. Dia sendiri pun fikir hal ni tidak seteruk yang difikirkan. Mereka cuma tertukar kuasa, bukan masalah sangat. Lagi teruk kalau hilang kuasa. Kalau itu jadinya, nak kecoh satu akademi pun tiada siapa kisah.

"Ni bukan masalah besar? Ni masalah besar tau. Kita tak tahu berapa lama kita akan macam ni. Cuba bayangkan kita akan terus macam ni selamanya," bahas Lokman. Shafiq mengangguk setuju menyokong apa yang Lokman katakan.

"Daripada kau orang sibuk fikir pasal hal ni, baik kau orang sedia untuk exam nanti."

Lokman dan Shafiq sengaja mengabaikan apa yang Raul katakan dan mula bersembang sesama sendiri tentang hal lain, berpura-pura tidak mendengar apa yang dikatakan.

"Tengok, cakap pasal exam jer buat-buat tak dengar. Jangan sampai masa exam nanti, kau doa kat tuhan minta pertolongan, tuhan pun pura-pura tak dengar," ugut Raul.

"Tak perlulah sampai gitu. Cu-cuma hal exam tu fikir kemudian lah. Kita fikir dulu apa nak buat dengan situasi kita sekarang," dalih Shafiq.

"Fikir kemudian? Ni bukan exam main-main tau. Kalau kau orang gagal exam ni, kau orang boleh dibuang daripada akademi. Kalau tak pun, kuasa kau orang akan diambil. Paling teruk, kau orang akan dihapuskan," terang Raul.

Dalam sekelip mata, Shafiq dan yang lain terus menggeledah beg mereka dan mengambil semua buku mata pelajaran akademi. Mod bersembang sebentar tadi terus bertukar menjadi mod belajar.

"Sekejap, kau orang semua tak bersedia lagi ke?"

"Tak," jawab semua orang serentak.

Jawapan mereka membuatkan Raul menepuk dahinya dan mengeluh. Zul pun tidak bersedia langsung untuk ujian akan datang. Kalau dia tahu apa akibatnya kalau gagal ujian ni, dah tentu dia akan fokus setiap hari tanpa rehat. Bukan dia sahaja, pasti yang lain pun sama.

"Seriuslah apa kau cakap tadi?" tanya Faris sambil membelek buku rujukannya.

"Tak, aku main-main jer." Jawapan Raul membuatkan yang lain mengeluarkan seribu satu kata-kata kesat.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now