Bab 11 : Guru Baru

474 77 12
                                    

SHAFIQ POV

Selepas sahaja pertandingan haritu tamat, tiada apa aktiviti pun yang berlaku selepas itu. Kami menjalankan kehidupan kamu seperti pelajar akademi sahaja.

Harini kelas seperti biasa. Aku, Haikal dan Lokman berjalan menuju ke kelas. Mereka yang lain sedang bersiap lagi rasanya. Hari ini kelas Logical. Kelas kegemaran aku.

Kelas logical merupakan pembelajaran mengenai paradoks dan dimensi di dunia ini. Itu yang aku suka. Semua pengetahuan am berada dalam pembelajaran ini hari ini.

Ketika aku berjalan bersama-sama mereka, kami ternampak Encik Icarus bersama dengan seorang lelaki. Aku bertanya pada Lokman dan dia pun tidak mengenali siapakah gerangan lelaki itu. Mungkin cikgu baru?

Dari belakang seperti perempuan disebabkan dia mempunyai rambut yang panjang. Walhal dia seorang lelaki. Pakaian seperti orang mewah. Kulit yang berwarna putih dan mungkin dia merupakan tarikan pelajar perempuan di akademi ini.

.....

Sampai sahaja kami di kelas, aku terus duduk di meja aku. Kelas masih lagi belum bermula. Aku masih lagi termenung. Tiba-tiba seseorang datang ke meja aku.

"Kau ada nampak cikgu baru lalu tadi?" Soal Faris pada aku.

"Ouh dia cikgu ke? Mana kau tahu dia cikgu?" Soal aku pula.

"Entah aku teka je." Ceh aku ingat dia tahu.

"Aku rasa dia bukan cikgu lah, sebab kalau diingat balik. Semua cikgu akademi dah penuh. Tak mungkin la dia akan gantikan sesiapa." Haikal mencelah ketika kami sedang berbual. Ada betul juga apa yang Hailal kata.

Baru sahaja aku hendak bertanya, pintu kelas terbuka dan Cik Eva sudah masuk ke kelas. Kelas pagi pun bermula seperti biasa.

Aku duduk di hujung tingkap dan Haikal di sebelah, manakala Lokman pula di belakang aku. Aku merenung ke luar tingkap dan sesuatu telah menarik perhatian aku. Seseorang sedang berdiri di tengah-tengah padang dengan memakai mantel berkain perang. Betul-betul berdiri tengah padang dan aku baru perasan dia sedang memandang aku.

Aku mendekatkan lagi muka aku dengan cermin tingkap dan aku tak perasan bahawa semua sedang melihat aku sekarang.

"Awak buat hal lagi ye Shafiq?" Soal Cik Eva sambil memandang aku.

"Maaf Cikgu, saya tak akan buat lagi." Aku berdiri dan menundukkan kepala berulang kali.

"Duduk, baiklah mari sambung pelajaran kita. Terdapat banyak dimensi yang masih belum diteroka oleh manusia di dunia ini. Tetapi terdapat seorang yang berjaya membuka gerbang dimensi lain supaya manusia dan makhluk lain boleh berhubung bersama. Orang itu dinamakan 'Vin' Beliau telah berjaya membuka gerbang dimensi lain iaitu dimensi pertama Hyperes

 Orang itu dinamakan 'Vin' Beliau telah berjaya membuka gerbang dimensi lain iaitu dimensi pertama Hyperes

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now