Zul [3] : Kuasa Sebenar

68 11 5
                                    

Zul berada di atas bumbung bangunan Runecaster sendirian. Dia melihat ke depan. Langit biru, gunung-ganang berwarna hijau dan lautan menghiasi pemandangan. Dia melihat ke bawah pula. Sebahagian pelajar sedang bersiar-siar dan mengambil dan sebahagian yang lain pula bersembang bersama rakan-rakan mereka.

"Kenapa kau seorang kat atas sini?" tegur satu suara. Zul berpaling dan di hadapannya, Raul dengan dua tin minuman di tangannya.

"Kalau kau hilang, kau memang selalu ke sini, betul tak?" teka Raul sambil menghulurkan salah satu tin minuman di tangannya.

"Ya," jawab Zul pendek sebelum menerima hulurannya. Suasana menjadi senyap seketika, kedua-dua sedang menikmati ketenangan dan pemandangan dari aras itu.

"Apa yang kau cakap tadi, betul ke?" Zul bersuara.

"Mana satu eh?" soal Raul keliru.

"Tentang aku ada kuasa paling hebat," jawab Zul tanpa berpaling. Raul mengangguk faham dan kembali melihat pemandangan di hadapannya.

"Ya, apa aku cakap tu, aku serius tentang tu," ujar Raul.

"Macam mana kau tahu?" Zul masih tidak percaya dengan Raul.

"Dengan ni." Raul menuding jari telunjuknya di kepalanya. Dia kemudian menuding ke arah matanya dan diakhiri dengan dadanya. Zul hanya mendiamkan diri, tidak yakin dengan jawapan Raul.

"Aku tunjuk kat kepala aku sebab aku jumpa banyak maklumat tentang kemampuan sebenar kuasa kau. Mata aku pula sebab aku dapat lihat yang kau mampu buat lebih baik lagi. Hati aku pula sebab aku percaya dengan kau," terang Raul.

"Aku pun boleh cakap yang sama kat kau." Kata-kata Zul membuatkan Raul menelengkan sedikit kepalanya.

"Daripada mula aku tahu yang kau sengaja tak tunjukkan kemampuan sebenar kau. Masa pertandingan tempoh hari, aku nampak yang kau tahan diri kau." Penjelasan Zul membuatkan Raul mengeluh perlahan.

"Ada sebab kau orang kedua paling bijak dalam kumpulan kita." Raul tersenyum sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Aku ada sebab sendiri." Hanya itu yang boleh Raul katakan.

"Apa dia?" tanya Zul berminat untuk tahu.

"Kalau aku tunjuk kemampuan sebenar aku, yang lain mungkin akan putus asa dengan cepat sebab mereka akan selalu fikir yang boleh ke mereka jadi sehandal aku. Sebab kedua, kalau musuh tahu yang mereka tak boleh kalahkan aku, kau rasa siapa yang akan mereka cari? Aku tak nak kawan aku jadi mangsa. Terima beberapa pukulan tak lah teruk mana," jelas Raul.

***

"Firefist!"  Zul tercampak beberapa kaki jauhnnya daripada medan pertempuran. Zul cuba berdiri semula namun kesakitan terlalu menguasai.

"Blaze Sword."  Satu pedang berwarna merah menyala terbentuk di dalam genggaman Raul.

"Terra Fist!"  Tangan Aiman diliputi oleh tanah berbatu yang berlapis-lapis. Ini membuatkan Aiman seperti mempunyai tangan gergasi diperbuat daripada tanah.

Raul menghayunkan pedangnya berkali-kali namun tangan Aiman yang keras berjaya menghalang setiap serangannya. Amirul turut berganding bahu bersama Aiman dalam menentang Raul. Situasi dua lawan satu sepatutnya memberikan kelebihan namun tiada apa yang berbeza.

"Earth punch!"  Aiman menumbuk tanah dengan kuat. Satu rekahan terhasil dan ianya menuju ke arah Raul. Raul menikam pedangnya ke dalam tanah dan turut menghasilkan rekahan yang sama seperti Aiman tetapi berapi.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now