Lotus Melindra [1]

74 3 0
                                    

Kesunyian di dalam perpustakaan terasa amat bising di telinga Faiz. Kesunyiannnya amat terasa sehinggakan Faiz boleh mendengar bunyi degupan jantungnya sendiri dan bunyi darah mengalir di dalam badannya.

Mata Faiz meliar melihat setiap sudut perpustakaan. Apa yang dilihat olehnya cuma ratusan rak; dan setiap rak itu dipenuhi oleh ratusan buku. Mata Faiz turut cuba mencari jika terdapat susuk-susuk pelajar di sana tetapi tiada.

"Betul juga kan? Exam dah habis, jadi buat apa mereka nak duduk sini lagi?" fikir Faiz secara rasional.

Faiz memilih untuk berjalan lebih dalam. Setiap langkah yang diambil diiringi dengan matanya yang menjengah ke arah setiap buku yang berada di rak. Manalah tahu jika ada antara buku-buku itu yang menarik minatnya. Akan tetapi, tiada satu buku pun yang kelihatan menarik baginya.

Faiz mengeluh berat sebelum bercadang untuk kembali ke arena. Baru sahaja ingin berpusing ke arah jalan keluar, "BUK!" satu bunyi kedengaran. Faiz secara refleksnya memusingkan kepala ke arah sumber bunyi itu. Dia terlihat sebuah buku berada di atas lantai.

"Jadi, bunyi tadi daripada buku ni lah." Faiz membuat kesimpulan sebelum mengutip buku tersebut.

Faiz memeriksa buku yang kini berada di tangannya. Buku itu kelihatan lama seperti kitab daripada zaman dahulu, mungkin berusia ribuan tahun. Namun begitu, keadaan buku itu yang amat baik tanpa sebarang habuk agak mengejutkan Faiz.

"Lotus Melindra." Faiz membaca nama yang terpapar pada kulit depan buku itu.

Faiz sejujurnya berasa agak pelik kerana dia pasti yang dia langsung tidak nampak buku itu di mana-mana rak semasa mencari sesuatu untuk dibaca. Tambahan pula, selepas memeriksa kedua-dua belah rak, tiada ruang kosong yang tertinggal. Ini menandakan buku 'Lotus Melindra' itu bukan milik rak-rak itu.

Faiz menyelak helaian buku itu satu demi satu. Faiz tidak dapat membaca walaupun satu huruf kerana tulisan dan bahasa yang langsung tidak dapat difahaminya. Bagi Faiz, ini ialah kali pertama dia melihat tulisan atau bahasa itu.

"Bahasa apa ni? Tak pernah-pernah aku belajar bahasa ni. Kan bagus kalau buku ni bahasa Rumi, baru boleh aku baca," keluh Faiz.

Faiz masih setia membuka helaian yang baru walaupun sedar dia langsung tidak memahami apa yang tertulis. Akan tetapi, menyelak muka surat seterusnya, tulisan yang terpapar ialah dalam Bahasa Rumi. Faiz berasa terkejut dan memeriksa kembali muka surat sebelumnya. Ternyata pada halaman sebelumnya, tulisan entah dalam bahasa apa tadi juga berubah menjadi bahasa Rumi.

"Wow, menarik."

Faiz umpama hilang kata dalam situasi dia kini berada. Dia takut tapi dalam masa yang sama kagum dengan keajaiban di depan matanya. Faiz tanpa sebarang keraguan terus menutup buku itu dan membawanya ke pustakawan untuk urusan peminjaman.

"Hai, apa khabar? Saya nak pinjam buku ni," ucap Faiz kepada pustakawan yang bertugas sambil menghulurkan buku 'Lotus Melindra' di tangannya.

Pustakawan itu membuka muka surat yang pertama tapi menutup semula. Dia kemudian memusingkan buku dan membuka halaman buku yang paling belakang pula. Seperti tadi, dia menutup kembali buku tersebut. Tidak cukup dengan itu, dia memeriksa setiap milimeter kulit buku itu tidak kira depan, belakang atau sisi berulang kali. Dia akhirnya, pustakawan itu hanya mampu mengeluh.

"Maaf, tapi saya tak boleh pinjamkan buku ni," ujar pustakawan itu.

"Kenapa pula tak boleh?" soal Faiz.

"Buku ni tak ada nombor siri. Maksudnya, buku ni tak ada dalam rekod. Jadi, kami tak benarkan sesiapa meminjamnya," terang pustakawan itu.

"Tak apalah, tak perlu pun nombor siri. Saya ambil jelah buku ni," kata Faiz lalu cuba mencapai buku di kaunter. Namun begitu, buku tersebut dicapai terlebih dahulu oleh pustakawan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now