Bab 3 : Ujian Kelayakan

549 93 26
                                    

Shafiq POV

Lepas sahaja semua meletakkan barang masing-masing. Kami semua berpusu-pusu ke dewan semula. Semua pengajar sedang menunggu ketibaan kami. Kami semua mengambil kedudukan masing-masing.

"Baiklah, mari kita mulakan ujian kelayakan pada hari ini. Objektif ujian ini diadakan untuk menguji para pelajar dalam menyelesaikan masalah semasa bertempur dengan paradoks. Selain itu juga, mengasah bakat para pelajar juga berfikir pantas dalam bertindak menyelesaikan sesuatu masalah. Ujian ini juga adalah untuk menguji kualiti pelajar dan menempatkan kamu semua kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Sesiapa yang mendapat markah tertinggi akan memasuki kelas A dan diikuti oleh kelas B, C, D dan E. Pada mereka yang mendapat markah rendah di bawah standard ujian akan dihantar pulang. Semua faham?"

Aku meneguk air liur keras. Takut pula kalau aku tak lepas dalam ujian ini.

Kejap, lelaki atas pentas tu bukan lelaki yang aku tampar sampai pengsan tu ke? Dia cikgu, takpelah kelas A kita letak tepi. Kita ambil kelas B lah ye anak-anak.

Kemudian, terdengar gelak ketawa perempuan. Ada juga yang sedang berbisik sesama sendiri. Mungkin sebab kekacakan Encik Icarus.

"Beri perhatian!" Teriakan Cik Eva bergema di seluruh kawasan. Kami semua terus menutup mulut. Tiada satu suara pun didengari.

"Baiklah awak semua boleh bergerak ke tempat ujian." Sambung Cik Eva.

.....

Aku terlopong apabila melihat tempat ujian kelayakan dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku terlopong apabila melihat tempat ujian kelayakan dia. Sungguh besar, dipenuhi dengan alatan keselamatan. Mungkin ujian kelayakan ini susah.

"Aku tak pernah hadap ujian macam ni." Ujar aku sendiri.

"Takpe lama-lama nanti biasa la. Ujian yang mendatang kita tak tahu lagi susah macam mana." Balas Lokman menenangkan hati aku.

Kemudian terdengar suara Cik Eva untuk memilih kumpulan sendiri dan satu kumpulan mempunyai tiga orang ahli sahaja. Dan satu wakil dihantar ke hadapan untuk mencabut tugas yang hendak dilakukan. Kami dibekalkan dengan peta supaya tidak sesat.

Dan misi kami adalah mencari kristal asli dan bukan tiruan.

"Kamu diberi masa sehingga pukul lima dan jam sekarang menunjukkan pukul 2.56, kamu semua boleh mulakan sekarang." Arah Cik Eva.

......

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now