Amirul [1] : Dunia Yang Kejam

68 12 1
                                    

Beberapa hari kemudian...

Suara di sekeliling sayup-sayup kedengaran di telinga Amirul. Amirul cuba membuka matanya. Namun begitu, ianya terasa amat berat. Dengan segala kudrat yang masih tinggal, dia membuka matanya sekali lagi. Dia membuka hanya suku pandangannya, cuba untuk menyesuaikan diri dengan cahaya yang menerjah bebola matanya.

Amirul cuba mengubah kedudukannya daripada baring kepada duduk. Ketika dia melakukannya, kepedihan amat terasa sehinggakan dia terpaksa membantutkan niatnya itu. Dia melihat badannya yang berbalut dengan kain putih. Dia serta-merta teringat kembali pertarungannya dengan Raul. Dia terpaksa akui yang pertarungan itu langsung tak berpihak kepadanya sejak awal lagi.

Amirul sekali lagi mencuba untuk mengubah kedudukannya. Dia mendesis apabila dia sekali lagi merasai kepedihan tadi. Dia menahan perasaan itu sedaya upaya dan akhirnya berjaya.

Dengan tangan yang masih berada di pinggang kirinya, dia mengalihkan matanya memerhatikan keadaan sekelilingnya. Dengan sekali imbas, dia sudah tahu di mana dia berada sekarang. Dia kini berada di bilik sakit akademi. Mungkin bilik sakit bagi tahap Runecaster.

Anak matanya terhenti melihatkan rakan-rakannya sendiri turut berada di sana. Lokman masih terbaring di kirinya dan di sebelah kanannya pula ialah Haikal. Di hadapannya pula ialah Faiz yang sedang ditemani oleh seorang perempuan berambut kuning, kemungkinan besar ialah Roslia.

Faris yang berada di sebelah kanan Faiz pula ditemani oleh Hana dan Lily. Sebahagian dirinya berasa cemburu melihatkan mereka berdua yang sekurang-kurangnya mempunyai pelawat yang amat mengambil berat.

"Kenapa murung jer Amirul?" Amirul menoleh ke arah sumber suara itu datang. Dia disambut oleh senyuman manis Asy. Di sampingnya pula -tidak mengejutkan- ialah Wan.

"Aku cuma cemburu dengan dua orang depan aku ni," jawab Amirul jujur. Asy melihat ke arah dua orang yang dirujuknya lalu tertawa kecil.

"Apalah kau ni, senang sangat cemburu," sindir Asy yang masih tergelak kecil. Amirul mengecilkan matanya mendengarkannya.

"Kau orang berdua okay tak?" soal Amirul risau mengenangkan mereka berdua yang tumbang tidak sedarkan ketika bertarung dengan Raul.

"Macam kau boleh lihat, kita orang berdua cuma cedera ringan. Kau kena lebih risau tentang diri kau tu. Antara kita orang semua, kau cedera paling teruk," jawab Asy.

Sekejam-kejam Asy pun, dia masih ada perasaan risau akan keadaan rakannya itu sekarang. Amirul hanya tersenyum dan meyakinkan Asy yang dia baik-baik sahaja. Mereka berdua berbual sedikit mengenai keadaan yang lain.

Daripada apa yang dia dapat, Lokman tidak mempunyai sebarang kecederaan fizikal. Dia cuma tidak sedarkan diri selepas serangannya memakan diri sendiri. Haikal, Faris dan Faiz pula mengalami luka ringan dan mungkin patah tulang rusuk paling teruk pun. Keadaan mereka stabil, cuma mereka tiada tenaga untuk menyedarkan diri.

"Oh ya, mana Zul, Aiman dengan Shafiq?" tanya Amirul di tengah-tengah perbualan.

"Dia orang ada kat mahkamah khas akademi. Ada isu sikit tentang Raul," jelas Asy.

"Apa jadi kat Raul?" Amirul sekali lagi menghulurkan soalan.

"Benda tu kau kena tanya dengan dia orang bertiga. Aku tak nak cakap pasal benda yang aku sendiri tak pasti," balas Asy mengelak pandangan mata Amirul.

Pada masa itu juga, tiga orang yang disebut tadi melangkah masuk ke dalam bilik sakit. Bersama mereka juga ialah abang Shafiq, Shah. Wajah mereka yang agak sugul dan murung amat mengganggu Amirul. Dia pasti mereka mempunyai berita buruk untuk disampaikan.

"Macam mana tadi?" soal Asy sebaik sahaja mereka berempat tiba di katil Amirul.

"Teruk." Nada dan riak wajah Aiman menunjukkan yang dia amat memaksudkan apa yang dia kata tadi.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now