Aiman [3] : Segunung Harapan

57 6 0
                                    

"Aiman! Aiman!" Faris cuba mengejutkan Aiman yang masih lagi terbaring lena di atas katil.

"Grr...Apa pula ni? Paper kita lambat lagi kan." Aiman hanya menggeliat namun tiada sebarang niat dalam hatinya untuk bangun daripada tidur.

"Ada orang nak jumpa kau ni," ujar Faris.

"Aduh, beritahulah dia jumpa nanti jer," balas Aiman yang masih berbungkus dengan selimut.

"Ni bukan 'dia', ini 'dia orang'," jelas Faris.

"Apa maksud kau 'dia orang'?" soal Aiman yang sudah separuh sedar.

"Kita ada masalah besar. Akademi dah tahu pasal Zegrath," jawab Faris.

"Apa?"

Mendengarkan apa yang Faris katakan tadi, Aiman mulai sedar sepenuhnya dan bingkas bangun daripada katilnya. Tanpa menukar pakaian mahupun mencuci mukanya, dia terus berlari ke arah pintu dorm.

Sebaik sahaja dia membukanya, hanya bunyi riuh-rendah yang dapat didengari. Sekumpulan pelajar berpusu-pusu cuba mendekati pintu namun syukurlah Shafiq dan yang lain ada untuk menghalang mereka.

"Mana Aiman?"

"Suruh Aiman keluar boleh tak?"

"Boleh tak bagi kami jumpa dia?"

Menyedari Aiman telah memunculkan diri, soalan-soalan tadi bertukar menjadi ayat-ayat yang bercampur baur. Mereka juga kini menjadi lebih agresif umpama mereka betul-betul terdesak untuk berjumpa dengannya.

"Aiman, Zegrath nak datang sini!'

"Fikirlah sesuatu, kita orang tahu kau boleh."

"Kau mesti ada rancangan, macam waktu kau tangkap pengkhianat akademi ni."

"Sekejap, pengkhianat?' Ayat terakhir yang didengari oleh Aiman menarik perhatiannya.

"Ya. Kita semua orang dah tahu yang kau orang yang jumpa identiti sebenar si tak guna tu," terang salah seorang pelajar yang berada di situ.

"Si Raul tu, dahlah jadi musuh dalam selimut, lepas tu dia bunuh pula guru-guru akademi ni. Dasar pengkhianat."

"Betul tu. Aku nak sebut dia nama dia pun rasa meluat."

"Samalah. Aku tak percaya yang aku pernah pandang tinggi kat dia."

Cemuhan demi cemuhan, kutukan demi kutukan dilemparkan oleh mereka. Aiman kalau boleh, ingin sahaja dia menceritakan perkara sebenar kepada mereka. Dia ingin menafikan segala dakwaan tidak berasas yang keluar daripada mulut mereka. Sungguhpun begitu, dia terpaksa menahan dirinya daripada berbuat demikian. Kalau tidak, segala pengorbanan Raul akan menjadi sia-sia.

"Aku peliklah kenapa dia cuma kena penjara?"

"Betul tu. Patutnya dia kena hukuman mati."

"Tapi kalau dia mati macam senang sangat. Bukan ke lagi baik macam tu? Lagi lama dia hidup, lagi terseksa dia, betul tak?"

"Betul juga kata kau. Hahaha."

Aiman mengetap giginya rapat. Tangannya diggenggam menjadi penumbuk. Seluruh badannya menggigil kerana cuba menahan marahnya. Aiman menutup matanya dan menarik serta menghembus nafasnya, cuba menenangkan dirinya. Tidak cukup dengan itu, dia bermonolog agar dirinya kekal tenang.

"Bertenang Aiman, kawal diri kau."

"Aiman!"

"Bertenang. Jangan ikut kemarahan kau."

"Aiman, apa kau buat ni?"

"Aiman, tenangkan diri kau."

"Aiman, berhenti!"

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now