Faris [1] : Majlis Tari Menari

234 47 18
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Kebanyakan pelajar sedang berada di bilik masing-masing tetapi ada sahaja antara mereka yang masih berkeliaran untuk mengambil angin.

Lampu bilik dipasang, terang menyala memenuhi ruang. Deruan tapak kaki mula kedengaran berpusu-pusu masuk ke bilik. Senyuman kegembiraan terukir setelah perut diisi dengan hidangan yang menyelerakan.

"Kenyangnya," ujar Shafiq sambil menggosok perutnya yang penuh. Siapa tidak kenal Shafiq, lagi-lagi perihal makanan. Habis semua disapunya. Mereka melakukan aktiviti masing-masing.

Shafiq merebahkan diri terlentang di atas katil. Sesekali dia menghembus rambut dia yang panjang menutupi dahinya. Dilihat rakan-rakannya yang lain, masing-masing sedang sibuk. Dia mula berkata...

"Bosanlah malam ni. Tak ada apa-apa yang menarik ke?" Faris yang duduk di atas kerusi, berpusing memandang dia.

"Aiman panggil kau tadi apa cerita?" Faris mula mengajukan soalan kepada dia.

"Tak ada apa pun. Dia minta dekat pengetua maklumat pelajar yang sebelum-sebelum ni. Mungkin ada maklumat pasal abang aku tapi yang peliknya fail pelajar abang aku lesap," ujar Shafiq bersahaja.

"Siapalah yang dengki sangat dengan abang kau kan?" Haikal menyampuk secara tiba-tiba.

"Eh, Haikal!" Shafiq terus memeluknya.

"Seharian suntuk kau tak ada bosanlah." Haikal menolak Shafiq supaya melepaskan dia. Geli rasanya.

"Apa yang kau dapat pasal Haikal, Raul?" Aiman pula bertanyakan soalan pada Raul.

"Aku masih belum tentu lagi benda ni betul atau tak. Apa yang aku dapat simpulkan daripada data Haikal dan Lokman ialah setiap orang antara kita ada kuasa pengaktifan masing-masing..."

"Kuasa pengaktifan?" Faiz tidak faham dengan apa yang hendak disampaikan.

"Kuasa pengaktifan ialah kuasa yang dapat dicapai sepenuhnya apabila kita telah mencapai suatu had tertentu. Kita semua ada kuasa pengaktifan tersendiri. Macam Haikal kuasa dia dah mencapai had apabila dia berani berhadapan dengan kuasa dia sendiri untuk menyelamatkan Zul. Dan Lokman pula dia mencapai had apabila menolong Puala dengan kebaikan yang diberi," ujar Raul menerangkan satu per satu maklumat kepada mereka.

"Jadi, kuasa pengaktifan Haikal ialah 'Keberanian' dan kuasa pengaktifan Lokman ialah 'Kebaikan' atau kuasa tu aktif apabila kita menyelamatkan seseorang? Contoh Haikal selamatkan Zul dan Lokman selamatkan Paula," Tanya Amirul pada dia.

"Itulah yang aku masih buntu." Raul berkata kepada Amirul sambil memeluk tubuhnya.

"Ingat macam tahu semua," Sinis Amirul lalu menyambung kerjanya.

"Sekurang-kurangnya aku berfungsi. Kau pula, apa kau buat?" Raul mengherdik.

"Dahlah tu! Bertengkar je." Aiman segera memberhentikan mereka berdua sebelum pergaduhan berlaku. Almaklumlah, Api dengan Air mana boleh bersatu.

"Haih, apa-apapun, bahasa mudahnya kuasa kita sekarang ialah tahap pertama. Bila kita dapat kuasa pengaktifan, tahap kuasa kita meningkat. Ini maksudnya, kuasa kita jadi lebih kuat berbanding sebelum ni."

Penerangan Raul dibalas dengan anggukan 'Oh, baru aku faham," daripada yang lain. Mereka kemudian menghabiskan masa dengan berbual kosong dan saling menyakat. Amirul yang dikhabarkan jatuh hati terhadap Paula menjadi topik hangat perbualan. Ketika sedang sibuk bergelak ketawa, telefon semua orang berdering tanda terdapat notifikasi masuk.

 Ketika sedang sibuk bergelak ketawa, telefon semua orang berdering tanda terdapat notifikasi masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now