Haikal [3] : Sebuah Rahsia

265 59 48
                                    

Shafiq Pov

Aku segera membuat isyarat di udara dengan melepaskan satu tembakan ke udara. Mereka yang lain ternampak tembakan itu terus menuju ke tempat tersebut.

"Kau orang okay tak? Apa jadi," Kata Raul dalam keadaan tergesa-gesa.

"Amirul, Faris!" Raul segera mendapatkan mereka.

"Apa dah jadi ni?" Soal Aiman pada aku. Aku sekadar mengelengkan kepala menandakan tidak tahu. Ketika aku dan Lokman sedang merawat keadaan Amirul dan Faris, kami berbual seketika.

"Kau ada nampak Haikal dekat mana-mana tak?" Mereka mengelengkan kepala. Haikal tak pernah buat perangai. Aku kenal dia, kalau aku ada masalah dia tolong, sekarang dia dalam masalah, aku tak ada dekat sisi dia.

"Aku rasa Haikal ada sorokkan sesuatu," kata Lokman dengan menyampaikan firasat yang terbuku dalam kepala dia.

"Maksud kau?"

"Mungkin ada sesuatu yang dia tak nak kita tahu," jelas Lokman lagi. Aku baru hendak membalas, Faiz memberhentikan aku.

"Shh!" Dia memandang sekeliling. Suasana senyap seketika, hanya ditemani dengan bunyi cengkerik yang bermain alat muzik.

"Zul, manipulasi tempat ni. Jadikan kawasan ni lebih lapang," arah Faiz kepada Zul.

" Tapi kenapa?" Soal aku pelik.

"Bukan kita je dekat sini, tapi dengan dia!" Jari Faiz menunjuk tepat ke arah suatu sudut. Satu tapak kaki melangkah keluar dari situ. Badan yang tegap dan rambut panjang menjurai.

(Haikal's Demon form)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Haikal's Demon form)

'Haikal'

"Dia bukan Haikal, dia gunakan badan Haikal untuk melepaskan kuasanya. Macam yang aku sangkakan, kuasa Haikal bukan sahaja menyeru atau memanggil haiwan tetapi kuasa dia jauh lebih hebat iaitu dia dapat berinteraksi dengan syaitan. Atau kuasa yang dikenali sebagai..." Faiz belum sempat menghabiskan ayatnya tiba-tiba Raul mencelah.

"Demonokinesis," ujar Raul. Faiz menganguk.

"Demonokinesis?"

"Demonokinesis merupakan satu kuasa dimana seseorang itu boleh meminjam kuasa dari syaitan semasa bertempur. Mereka harus melalui satu perjanjian jika mereka ingin bergabung badan iaitu si Syaitan harus mengikuti apa sahaja kehendak yang diarahkan oleh Tuan mereka, tetapi keadaan di sini terbalik. Syaitan itu sedang mengawal Haikal, satu cara sahaja yang boleh selamatkan dia iaitu kita kena hapuskan syaitan ni!" Terang Raul panjang lebar.

Kami semua sedia untuk menyerang. Amirul dan Faris kami sandarkan di bawah pokok.

"Paradokkusuzon: Firudo!" ( Paradox Zone : Field ) serta merta pokok-pokok di sini kian menghilang. Tanah lapang muncul, bulan mengambang menyinari cahaya di malam hari. Bayu malam menyapa.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now