Haikal [1] : Sebuah Rahsia

399 66 19
                                    

Sekumpulan penjenayah sedang berjalan menghampiri pintu gerbang untuk keluar dari dimensi dunia mereka. Bahang api panas di sekeliling mereka langsung tidak diendahkan. Apa yang penting, misi untuk menakluk dunia lain tercapai.

Sekarang mereka sedang menunggu arahan dari ketua mereka untuk bergerak.

"Sekarang kita perlu buat apa? Tuan masih tidak menyuruh apa-apa pun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sekarang kita perlu buat apa? Tuan masih tidak menyuruh apa-apa pun..." kata Maeko sambil berpeluk tubuh menunggu.

" Tambahan lagi, dunia kita sudah dikunci daripada merentasi dunia lain. Bagaimana hendak ke sana?" Sambung dia lagi.

"Kena kunci! Hahaha! Kena kunci!" Jerit Mamiko keriangan sambil berlari-lari sekeliling adik kembarnya.

"M-mamiko!" Jerit Moore dengan suara yang halus, takut untuk dia bercakap dengan biasa ketika orang ramai. Penat dia melayan kerenah kakak dia.

"Itu bukan masalah yang besar, kalau tuan kita boleh hantar paradoks dia turun ke bumi. Tak mustahil untuk dia buka gerbang ni," pintas Horus.

"Lagipun kita ada seseorang yang berguna, betul tak Airi? Hahaha!" Gelak Ken kuat. Airi hanya tersengih melihat dia. Lalu dia terus menghubungi Zegrath.

"Tuan, bila boleh mula?" Soal dia.

.........

"Sebentar sahaja lagi," Zegrath mematikan panggilan. Cik Emma berada di hadapannya.

"Kau tahu apa tugas kau! Jadi lakukan sekarang," kata Zegrath. Cik Emma hanya menurut perintah. Dia segera melangkah ke stesen janakuasa dan menaip sesuatu.

Tap, tap, tap, tap, tap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tap, tap, tap, tap, tap... Bunyi papan kekunci ditekan dan satu jari menekan butang 'Enter'.

.......

Pusshh! Terdengar pintu gerbang dimensi mereka terbuka. Asap berkepul-kepul keluar dari gerbang itu. Cahaya terang menyinari mereka. Senyuman jahat terukir di bibir.

"Ikut seperti yang diarahkan, jayakan misi ini! Aku tak nak misi ini gagal seperti tadi!" Suara Zegrath jelas kedengaran di telinga mereka.

"Dan tentang penduduk bumi, biar aku dan pembantu-pembantu yang selesaikan." Mereka mula melangkah keluar memuju ke tempat masing-masing.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now