Bab 28 : Perkara Buruk

187 31 27
                                    

"Sebenarnya, aku pun tak tahu tu serbuk apa..." Izz berkata seperti dia tidak tahu apa-apa. Kejap, apa? Dia tidak tahu apa-apa atau aku yang salah dengar.

"Kejap, kau kata kau tak tahu?" Izz mengangguk sekali lagi. Macam mana dia boleh tidak tahu tentang serbuk yang dia ciptakan sendiri. Aku dengan yang lain sibuk membersihkan diri daripada serbuk-serbuk tersebut.

"Sebab serbuk tu dah bercampur, jadi ia akan hasilkan serbuk jenis lain. Tapi awak semua jangan risau. Kemungkinan dia tidak akan memberi kesan dalam masa ini," ujar Izz.

Betul apa yang dia kata, ia tidak memberi kesan sekarang. Mungkin pada hari esok. Kami semua balik ke bilik dan membersihkan diri.

"Rasa-rasanya, apa yang akan jadi nanti?" soal aku pada mereka sambil mengambil alat-alat mandian.

"Kalau setakat serbuk tidur, aku tak kisah sangat," ucap Faris. Lalu kami semua bergerak ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Amirul merupakan orang terakhir yang keluar dari bilik mandi tersebut. Dia masih lagi sibuk mengemas peralatan mandiannya.

Selesai itu, dia terus keluar menuju ke bilik. Ketika itu juga, dia terdengar perbualan Raul dengan seorang lelaki memakai jubah perang.  Cepat-cepat dia menyorok di sebalik tiang. Telinganya terbuka luas untuk mendengar perbualan mereka berdua.

"Aku rasa aku tahu apa yang patut aku lakukan. Jangan risau, aku boleh selesaikan semua ni. Aku akan tengok-tengokkan dia sahaja," ujar Raul kepada pemuda tersebut.

"Aku tahu kau boleh buat, cuma jangan hampakan aku. Dah lama aku nak buat perkara ni, jangan sampai mereka perasan. Faham?" kata lelaki berjubah perang itu dan kemudian dia terus berlalu pergi sehingga hilang bayangannya di mata Raul.

Raul berpaling dan bergegas menuju ke bilik semula sebelum ada yang mengesyaki dirinya berkelakuan pelik. Kepalanya ralit melihat kiri dan kanan untuk memastikan tiada siapa ketika itu. Semasa dia berjalan dan melepasi satu tembok, dia terdengar namanya dipanggil.

Panggilan tersebut membuatkan dirinya tersentak, dengan pantas dia menoleh ke arah orang yang memanggil itu. Terlihat susuk tubuh Amirul sedang bersandar di tiang. Dengan riak wajah yang serius dia ajukan pada Raul.

"Kau ni siapa sebenarnya, pembelot?" soal Amirul terus padanya. Tidak perlu kias-kias untuk pengkhianat seperti dia.

"Kau tak perlu tahu aku siapa. Aku tahu apa yang aku buat..."

"Apa yang kau patut buat? Musnahkan akademi ni? Jadi pengkhianat yang sanggup musnahkan persabatan kau sendiri?"

"Aku ada kerja yang tersendiri!"

"Kerja apa yang kau buat, tak guna! Orang yang kau cakap tadi tu, hampir bunuh Shafiq!"

"Dia tak akan sesekali buat macam tu! Aku kenal dia, dia jugak yang pernah selamatkan aku dulu! Sekarang aku terhutang budi dekat dia!"

"Terhutang budi dekat penyangak!" Api amarah Raul semakin meluap-luap mendengar setiap kutukan Amirul. Lantas buku limanya diangkat dan dilepaskan.

"Raul!" Suara seseorang memberhentikan tindak tanduknya. Kepala ditoleh melihat gerangan tersebut. Muncul Lokman melihat keadaan mereka berdua. Dia terus menghampiri mereka berdua.

"Dah la tu, sampai bila kau orang berdua ni nak bertengkar?" Nasib baik Lokman berada di situ. Kalau tidak keadaan mesti menjadi lebih teruk. Raul segera melepaskan genggaman dia.

"Sudah, baru je berbaik tadi. Takkan dah gaduh balik? Jom..." Lokman meninggalkan mereka berdua. Sebelum Amirul mengikut sama sempat lagi dia berbisik ke telinga Raul

"Buat masa ni, aku akan perhatikan gerak-geri kau..." Terus Amirul berlalu pergi melintasi dia. Raul menghembuskan nafasnya.

"Damn..."

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now