Bab 7 : Berusaha Berlatih

443 86 8
                                    

Shafiq POV.

Tindakan Aiman yang muncul dalam sekelip mata mengejutkan aku. Kelihatan riak muka lain dari biasa, dan marah dia tidak seperti riak muka yang ditunjukkan ketika dia memarahi aku.

Sedikit lagi pedang itu terkena pada leher Alex. Alex hanya memandang sinis pada Aiman.

"Baik kau berambus sekarang!" Kata Aiman geram apabila melihat muka-muka mereka tetapi Alex tidak takut. Dia tahu yang Aiman tidak boleh buat apa-apa.

Alex ketawa sinis lalu menepis pedang milik Aiman dan mereka berlalu dari situ. Aiman membiarkan sahaja perbuatan mereka tadi dan dia menoleh ke arah kami.

Aku melihat keadaan Raul dengan Haikal. Teruk mereka dikerjakan. Aku cuba bangun untuk menolong tetapi kaki aku lemah. Keluhan berat dilepaskan. Tiba-tiba Aiman, memapah aku untuk bergerak.

"Mungkin aku boleh sembuhkan dia orang berdua." Lokman muncul di sebelah aku.

"Aku tolong kau sekali." Datang pula Zul menolong mereka.

Mereka berdua menumpukan kuasa mereka. Cahaya berwarna kuning mula muncul dari tangan Lokman dan cahaya terang pula muncul di tangan Zul.

"Hiringumajikku: Kaifuku." ( Healing magic : recovery ). Sihir itu dikata serentak. *Kuasa penyembuhan yang sangat membantu pada saat ini. Luka dan calar di badan berunsur pulih.

(*Kuasa penyembuhan merupakan kuasa yang dapat menyembuhkan luka atau penyakit. Ia juga mampu memulihkan tenaga seseorang supaya mereka menjadi cergas semula.)

"Thanks," balas Raul kepada Lokman. Kemudian kami semua terdiam. Kalau difikirkan balik, kalau lawan biasa pun kena belasah teruk, apatah lagi dalam perlawanan nanti.

.....

Aiman POV

Aku melihat mereka sudah tidak bermaya. Sudah seperti tiada harapan untuk menang. Tidak seperti aku jumpa mereka semalam yang mempunyai sinar ingin kemenangan dalam anak mata mereka. Namun kali ini sudah hilang.

Hati aku berbelah bahagi sama ada mahu membantu mereka ataupun tidak. Jika melihat keadaan mereka terus begini, kita tidak akan menang pertandingan itu. Aku perlu lakukan sesuatu.

"Jom mulakan latihan." Mereka semua memandang aku serentak.

"Untuk apa? Kalau berlatih macam mana sekalipun kita mesti kalah," kata Shafiq seperti tiada harapan untuk menang.

"Aku tak nak kita kalah dari budak kelas A, selagi kita tak tunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya, selagi itu dia orang akan kacau kita." Aku memberitahu apa yang akan terjadi jika mereka ingin terus mengalah.

"Jadi aku tak nak benda tu jadi dekat kau orang. Cukuplah aku seorang saja yang pernah kena," ujar aku lagi.

"Ambil berat juga eh, kau dengan kita orang," kata Shafiq.

"A-aku tak cakap apa-apa pun. D-dah la cepat!" Kami bergerak ke padang.

......

Shafiq POV

Mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh di padang. Aku pula duduk di tepi melihat mereka berlatih. Bukannya aku malas, tapi aku sedang menunggu seseorang untuk menolong aku. Lagipun aku sudah mahir dalam menggunakan senjata aku.

Jadi tiada masalah untuk aku bertempur nanti. Bosan pula menunggu Raul. Mana lah dia pergi lama sangat. Disebabkan lama menunggu, aku mula berfikiran nakal untuk menganggu mereka. Orang pertama, Haikal.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now