Amirul [2] : Dunia Yang Kejam

54 10 1
                                    

Amirul duduk di satu meja. Dia telah tunduk untuk sekian lama sambil bermain dengan jarinya. Dia bukan berasa gelisah, cuma dia telah bosan menunggu. Bunyi pintu besi yang dibuka membuatkan dia terus mengangkat kepalanya. Tangannya yang sedang bermain tadi juga terus berhenti.

Orang yang ditunggu-tunggu olehnya telah muncul. Di sampingnya, seorang lagi lelaki dalam lingkungan 30-an berbaju uniform biru. Amirul melihat wajah rakannya atau lebih tepat lagi, musuhnya itu. Terpapar riak yang jelas tidak selesa dengan kehadirannya itu. Amirul sedikit pun tidak terasa. Dia sejujurnya telah menjangkakan sambutan sebegitu.

"Kamu ada 30 minit sahaja," pesan lelaki beruniform biru itu sebelum menutup semula pintu gril besi dan melangkah pergi.

Apabila susuk lelaki itu hilang, pandangan teralih pula kepada lelaki yang berada di hadapan matanya. Sudah beberapa hari dia tidak melihat mukanya. Pertemuan terakhir mereka bukanlah suatu memori yang baik.

"Duduk Raul," arah Amirul sambil menunjuk ke arah kerusi kosong di hadapannya.

"Siapa kau nak arah aku?" balas Raul dingin.

"Kau patut berterima kasih sebab aku datang melawat kau," ujar Amirul dengan nada yang sama dingin.

"Aku tak pernah suruh kau datang pun. Lagipun, kau orang terakhir aku nak jumpa sepanjang hidup aku kat sini." Raul masih enggan duduk.

"Rasanya kau kenalah biasakan diri, sebab aku akan datang sini sampai kau muak," kata Amirul sambil tersengih.

Raul mengecilkan mata dan merenung tepat ke dalam anak mata Amirul. Pertandingan merenung berlaku untuk beberapa saat sebelum Raul akhirnya mengalah dan duduk di hadapan Amirul. Walau bagaimanapun, pertandingan merenung tadi bermula semula kemudian.

"Apa sebab kau datang sini?" Raul membuka bicara, tidak mahu keadaan ini berlarutan untuk 30 minit seterusnya.

"Kenapa?" Satu perkataan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan Raul faham apa kehendaknya.

"Kau tak perlu tahu," jawab Raul.

"Aku tak percaya yang akan aku tengah risau pasal kau sekarang ni," keluh Amirul sambil meraup wajahnya dengan tangan kiri.

"Aku cuma nak tahu kenapa, payah sangat ke?" Amirul mendekatkan wajahnya dengan wajah Raul. Raul bersandar pada kerusinya, cuba menjauhkan semula jarak antara wajah mereka berdua.

"Itu perkara yang patut dilakukan. Sebab tu aku buat macam tu."

"Tapi kau tak buat semua tu kan? Kau cuma kena kawal."

"Jadi, salah aku sebab senang kena kawal."

Amirul bersandar pada kerusinya sambil mengeluh kasar. Dia tahu keadaan sebegini akan berlaku tapi dia tak sangka akan seteruk ini. Dia hanya inginkan penjelasan namun hanya perdebatan yang berlaku dari tadi.

"Kau tahu tak kau boleh menang kes ni kat mahkamah. Kenapa kau kena buat macam tu?" soal Amirul yang sedaya-upaya cuba untuk bertenang.

"Ini bukan soal menang atau kalah. Ini tentang buat tindakan yang betul, bukan untuk aku jer tapi untuk yang lain juga," jawab Raul yang berkelakuan sama seperti Amirul, cuba untuk bertenang.

"Tapi kau langsung tak bagi peluang kat Zul, Shafiq, Aiman dengan Shah untuk bela kau, untuk ceritakan perkara sebenar."

"Itu ialah perkara yang aku nak sangat elakkan."

"Kenapa pula macam tu?"

"Cuba bayangkan kalau cerita tu tersebar kat seluruh sekolah. Kalau aku dimaafkan, mesti ada yang tak puas hati. Dia orang akan menentang dan minta aku diberikan hukuman. Orang-orang yang aku bunuh tu, boleh jadi orang yang istimewa untuk dia orang. Jadi, tak pelik kalau benda macam ni boleh jadi," jelas Raul.

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now