Bab 4 : Kekecohan Ujian

497 89 24
                                    

Kami baru sahaja melepasi halangan dari Patung Batu tadi dan sekarang ini apa pula masalah yang akan dihadapi. Misi untuk mencari kristal diteruskan. Satu jam setengah sudah berlalu, namun tempat dimana letaknya kristal itu masih belum dijumpai apatah lagi kristal itu.

"Rasa-rasanya kan, apa halangan yang kita akan hadapi lepas ni" Aku meletakkan kedua-dua belah tangan aku di atas kepala. Rasa santai je rasa. Walaupun penat tapi peristiwa ini la yang aku tak akan lupa.

Lokman yang terdengar soalan aku tadi mula berfikir. Kemudian, dia mula tersenyum sehingga ke telinga dan memandang aku.

"Kalau kita jumpa hantu?" Dengan riak mukanya yang pelik itu buat aku lagi . Meremang bulu roma aku rasanya. Dah kenapa mamat ni?

"Kau tak payah nak main-main kat sini! Mengikut dari segi sains hantu tak wujud." Jawap aku untuk meyakinkan diri aku sendiri.

"Habistu yang dekat hujung sana tu apa?" Lokman tunjuk sesuatu yang berada di hujung lorong tersebut. Aku menoleh ke arah yang dia tunjuk tadi. Terpampang susuk tubuh berwarna putih sedang berdiri memandang kami bertiga.

Berdiri tegak tanpa berbuat apa-apa. Aku menelan air liur, bulu roma aku meremang. Dalam hati aku sumpah seranah je dengan Lokman ni. Mulut dia tak boleh bawak bincang. Tiba-tiba keadaan di bawah itu gelap sementara.

Kami bertiga mula memegang tangan masing-masing dengan erat dan ia kembali seperti sedia kala. Susuk tubuh yang berdiri di hujung lorong tadi hilang.

"Ha kan aku kat takda hantu. Kau tak..." Aku menoleh ke arah Lokman yang di sebelah aku tapi itu bukan Lokman. Aku memandang depan semula dan lihat kelibat Haikal dan Lokman memanggil aku.

Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya. Aku cuba melangkah ke hadapan menuju ke arah mereka tetapi tangan aku dipegang olehnya. Memang aku maki makian je hantu ni kang.

Aku terlihat kayu di bawah kaki, aku mengambilnya dan lantas ketuk kepala hantu tu.

"Aduh!" Hantu itu mengerang kesakitan.

"Aduh?" Aku kaget.

"Aduh?" Begitu juga mereka.

Keadaan diam seketika sehingga boleh dengar angin bertiupan.

"Berani kau takutkan aku!" Aku menggengam buku lima. Kami bertiga terus mengejarkan penipu bertopeng hantu tadi.

....

Kami mengikat dia menggunakan tali dan biarkan di situ.

"Lain kali buat la lagi macamni." Kami bertiga meninggalkan dia berseorangan dan meneruskan perjalanan kami.

"Depan tu je, dan kita dah sampai!" Arah Haikal.

......

GUA KRISTAL

GUA KRISTAL

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now