Di tempat yang lain pula..
Seth, Alice serta Inez terkaku ditempat masing-masing. Tidak walau seorang daripada mereka mampu untuk bergerak, bahkan peluh dingin juga menuruni tubuh!
"Hurm.."
Setapak demi setapak Eldera menghampiri Seth yang tidak lepas berbalas pandangan denganya. Senyuman diukir sebelum dirinya berdiri megah dihadapan lelaki itu.
'Gerak, gerak, gerak! Alice kau kena gerak! Eh bodoh! Kau pun gerak lah! Lari daripada situ!' Alice memarahi Seth serta dirinya sendiri, namun tidak berhasil! Tubuhnya seakan terpasung pada tanah!
"Interesting. Kau tak takut berbalas pandangan dengan aku." Bisik Eldera. Wajah didekatkan membuatkan nafas Seth tersekat seketika.
"Kau ingatkan aku pada Alvarez Ryuzaki."
Nama yang terpacul keluar daripada sang raja syaitan, sudah cukup untuk membuatkan Seth menggerakkan tubuhnya! Buku lima digenggam sebelum diayun deras pada wajah pemerintah Tempests!
BAMMMMMM!!!
"SETH!"
Alice serta Inez terkejut dengan tindakan Seth. Tetapi, lebih mengejutkan apabila Eldera menahan kemas serangan itu tanpa bergerak seinci daripada tempatnya. Wajah berang Seth ditatap bersama senyuman sinis.
"Seth? Nama kau?"
"Kalau kau tak tahu nama aku lagi bagus jahanam." Desis Seth membuatkan Eldera ketawa kecil.
"Betul. Tapi kau berjaya tarik perhatian aku."
ZAPPPPPP!!
"Urgh..! Bwarh!"
"SETH!"
Seth tergamam apabila dadanya terasa sakit sebelum memuntahkan darah! Matanya naik pada pemerintah Tempests dihadapannya. Lelaki itu tenang bersama mata yang bercahaya.
"I'm very impressed with you. Kau mampu hidup. Oh! Atau Kau tak tahu yang.."
Eldera merapatkan wajah pada telinga sang lelaki. Dengan suara yang halus terselit bahaya..
"..Aura aku mampu membunuh daripada dalam?"
"JAUHKAN DIRI KAU DARIPADA DIA!!" Alice menjerkah kuat sebelum memyerang bersama kilat merahnya!
"Ghost dragon, Thunder Killer!!"
ZRAAAAZZZSSSSS!!!!
BOOOMMMMMMMM!!!
Sambaran kilat daripada langit, berdetum saat bertemu tanah! Kepulan asap serta taufan kecil terhasil daripada hentaman dahsyat itu! Tubuh Seth yang hampir tumbang, disambar Inez lalu ketiga-tiga mereka terus memecut meninggalkan kawasan tadi.
"Seth!"
"Uhuk! Uhuk! Argh!"
Seth mengenggam bahagian dadanya yang terasa sakit. Darah yang keluar daripada mulutnya bukan sahaja berwarna merah, malahan hitam!
Alice dan Inez, terdiam seribu bahasa. Larian mereka terhenti. Tubuh mereka menggeletar apabila Seth tidak habis-habis memutahkan darah!
"A-apa nak bua-buat? Kalau macam ni.." Alice buntu. Inez juga cuba memikirkan apa yang boleh dilakukan namun hanya menemui jalan mati!
"Urgh..! K-kitsu!" Seth cuba menyeru Beast musangnya namun langsung tiada balasan.
"Kitsu!"
"Hentikannya. Kalau kau kuasa Beasts kau, hanya akan lebih parah."
Tubuh mereka tersentak dengan suara tersebut. Alice yang mahu membuat tindakkan, kaku apabila sepasang tangan elok memegang bahunya. Mata ungunya perlahan-lahan bergerak pada empunya tangan.
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasía-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...