Mulut Alvarez melompong apabila menatap pemandangan dihadapannya. Sesekali tangan naik menggosok mata.
Gunung dihadapannya sudah tinggal separuh! Seakan di hancurkan dengan sesuatu! Tapi, tak mungkin lah.. Atau puak Tempests menyerang? Kena bagi tahu ayahanda!
"Gila betul."
"Abang.."
Pandangan Alvarez teralih pada Nessa yang menarik hujung bajunya. Telinga serigala sang adik, layu ke bawah manakala tangan sudah mengusap perut.
"Lapar."
"H-huh? Ah, kejap. Abang bakarkan ikan tu. Nessa duduk dengan ayahanda."
Gadis hybrid mengangguk lalu kakinya terkedek-kedek lari pada Eryl yang sudah terlentang tidur berdekatan unggun api tanpa bajunya. Segaris senyuman terukir di bibir Alvarez apabila melihat Nessa turut sama berbaring di sisi Eryl. Lengan sang ayah elok dijadikan bantal.
"Hurmmm? Oh Nessa. Hehe. Kamu comel betul hari ni! Meh sini ayah peluk."
Nesaa hanya membiarkan sahaja apabila Eryl memeluknya dengan mesra. Langsung tak hiraukan Alvarez yang membakar ikan tidak jauh daripada situ. Setelah beberapa minit, ikan yang ditangkap Eryl sudah siap untuk dimakan. Daun menjadi alas lalu dibawa pada ayah dan adiknya.
"Ikan!"
Eryl dan Alvarez tergelak dengan telatah Nessa. Comel aje! Dengan ekor yang meliuk-liuk lagi tu!
"Nessa mari sini abang suap. Tulang tu." Panggil Alvarez lalu Nessa duduk disebelahnya. Selamba aje Alvarez menyuap Nessa tanpa segan silu. Tidak sedar Eryl sudah tersengih-sengih pegang camera kecil dengan wajah yang merah.
"Cute! Cute! Cute! Cute! My children is so damn cute!" Laju jemari Eryl menangkap kemesraan dua beradik itu.
"Abang, ahh.." Ikan disua pada Alvarez.
"Hurmm? Ahh..Urm! Pandai Nessa suap abang!"
"Yeay!"
Terus Eryl buat gaya pengsan sambil memegang cameranya. Wajah sudah pasti bahagia yang amat. Kecomelan kedua-duanya berada di tahap yang lain!
"I'm dying here my children. Why both of you so damn cute?! My jantung! Arhhh! I. Can't. Take. This!" Pengsan.
"Heaven."
Blur aje Alvarez memandang Eryl yang terlebih riaksinya. Tengah makan pun nak over ke?
"Ayahanda, makan. Tak elok biar makanan terdedah macam tu. Kalau tak nak, bagi Nessa atau Arez."
Tegur Alvarez setelah sedar ayahnya langsung tak menjamah makanan. Dahinya berkerut saat Eryl memandangnya dengan riak yang sukar ditafsir. Kepala disengetkan tanda tidak mengerti.
"Kenapa? Auch! Auch! Ayahanda!"
Selamba Eryl menarik pipi kiri Alvarez dengan muka poker tanpa menghiraukan rengekkan sakit sang anak.
"Betul ke kau ni anak aku? Beradabnya.."
"H-huh?"
"Sah kau bukan anak aku."
"Apa ni ayahanda? Jangan merepek, pergi makan sana!"
Sekali lagi, selamba Eryl menarik pipi kanan Alvarez pula.
"Dah macam mak-mak lah kau ni. Relax lah."
Eryl ketawa kecil sebelum menyerabutkan rambut Alvarez. Suka melihat anaknya cemberut apabila rambut yang kemas, akhirnya serabai kerana dia. hahaha. Nessa pula senyap aje sambil mengunyah ikan yang disuapkan Alvarez. Pipi tembam!
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Фэнтези-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...