OKEY! FIRST, MEMANG BUKAN CHAP BARU. NI JUST SPIN-OFF PUNYA STORY! MEANS APA YANG SAYA RANCANG 'KALAU' ELBS DGN ENBS BUKAN FANTASY! SECOND, SAYA BUAT NI SBB AFTER THIS, NAK JUMPA FUNNY MOMENTS MEMANG JARANG SBB HAHAHAH YOU KNOW ME! 😈🤣♥️KALAU ADA PUN, JANGAN TANYA WHY TERGANTUNG SATU CHAP OR 'SEDIA TISU' DI AKHIR ARC!
Okey, banyk pulak bebel. So enjoy ♥️
LAGI SATU, HUBUNGAN DALAM NI TAK SAMA DGN FANTASY PUNYA. JADI JANGAN PELIK KALAU TETIBA YG IBU JADI AUNTIE 🤣
Another Universal (AU)
Suasana nyaman di Tokyo berlatarkan bunyi hon-hon kereta yang sibuk menghantar pemandu dan penumpangnya. Kereta api berkelajuan tinggi juga sesak dengan pelbagai manusia.
Hari yang biasa untuk mereka yang tinggal di bandar. Dalam masa yang sama, hari yang biasa juga untuk seorang remaja bernama Eryl Ryuzaki.
"Kau tahu.."
Eryl mengelip mata kanannya sekali. Sebelah matanya pula berbalut kain anduh. Bahunya mengalas dua buah beg. Tumpuanya jelas pada seorang remaja lelaki yang megah duduk di atas badan orang-orang dibelasahnya seakan seorang raja.
"Kau patut buat hobi kau senyap-senyap Ael." Sambung Eryl bersama keluhan.
"Aku boleh cakap benda yang sama pada kau Eryl Ryuzaki. Kenapa tak mengendap perempuan mandi senyap-senyap semalam? Kan dah lebam sebelah."
"Itu tak sengaja lah!"
"Kau tak sengaja? Tengah mambuk ke apa?"
"I'll murder you."
"Gladly!"
Sudahnya hanya dengusan yang keluar daripada mulut Eryl. Beg lelaki itu diserahkan sebelum kedua-duanya jalan seiringan. Sempat Eryl menjeling timbunan manusia itu bersama riak simpa-
Tak.
Tak mungkin dia akan simpati pada jahanam-jahanam yang hampir cederakan gadis dia semalam. Sedikit sebanyak, otaknya mula terkenangkan apa yang jadi.
Dia dan Akira, hanya berdua. Disebuah kafe milik keluarga Delwyn atau lebih tepat, rumah keluarga Aeldera dan Eldera.
Sengaja Eryl mengajak Akira ke sana untuk menghabiskan masa bersama. Cuma tu lah.
Akira ajak belajar.
Memang hangus otak Eryl sepanjang masa. Nak pulak soal algebra segala, mahu sahaja dia balik nangis dalam bilik.
Ah tak, dia memang nangis pun.
Mahu menolak, tapi kalau dah tengok Akira pun seronok semacam, tak jadi terus. Bak kata pepatah, cinta itu buta. Tak kesah lah otak hangus ke apa, janji Akira gembira.
Cuma lepas ni, Eryl akan pastikan Akira tak bawak apa- apa bahan belajar. Pitam terus dia bila esoknya cikgu sengaja buat kuiz algebra.
Dan semasa Eryl mahu menghantar Akira pulang, dia meminta diri ke tandas awam berdekatan. Taguna, masa dekat kafe tak rasa apa dan jahanamnya, waktu tu lah gadis itu dikacau.
![](https://img.wattpad.com/cover/222333368-288-k971270.jpg)
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasy-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...