Eryl terbang melepasi bandar utama kerajaan Vampirina. Sayap hitamnya megah melebar di langit yang mula berubah warna. Matanya sempat menangkap penduduk-penduduk disitu berlari bertempiaran menyelamatkan diri daripada kawasan perumahan mereka akibat letupan.
"Nampaknya penduduk di sini tak ada perlindungan yang kukuh. Aku tak nampak pula mana-mana tentera..?" Bisiknya sendiri lalu memecut ke istana Vans.
Sesampai sahaja disana, Eryl terus mengimbas sekeliling. Beberapa mayat manusia dan Vampire ada dimana-mana. Keluhan terlepas sebelum mencari aura yang dia kehendaki
'Jumpa.'
"UNCLE!"
Eryl menarik senyum. Tangan dilebarkan sebelum menyambut tubuh genit seorang gadis. Rambut ungu gadis itu diusap sebelum membalas pandangan dengan seekor serigala. Dan..
"Siapa tu?" Soal Eryl apabila ternampak kelibat seseorang yang digendong Weston.
"I don't know. Wessy just kutip dia dalam penjara. Sampah kerajaan mungkin?" Balas Arielle ceria berlatarkan bunga-bunga di sekelilingnya.
' Scary. She's totally Adrea. Versi max level. Queen of sadistic! Aku tak tahu nak tegur daripada mana!' pikir sang naga bersana wajah blur manakala Weston sudah mengeluh.
"Well, apa-apa pun sekarang.." Arielle menghampiri Weston lalu tangan dihulur.
Faham akan isyarat itu, Weston terus menghulurkan sebuah batu kristal berwarna hijau kebiruan kepada Arielle. Eryl turut sama menghampiri. Dahinya berkerut melihat kristal biasa itu.
"Ini ke yang bonda kau arahkan untuk cari? Kristal biasa kalau kau tanya aku.." Ujar Eryl sambil membelek kristal tersebut.
Arielle tersenyum lalu seekor rama-rama cahaya di seru. Serangga kecil itu terbang mengelilingi kristal tersebut sebelum perlahan-lahan meresap masuk ke dalamnya.
"Itu hanya luaran. Hakikatnya.."
Mata Eryl membulat tak percahaya. Kristal ditanganya bercahaya terang sebelum perlahan-lahan terbuka menjadi bunga.
"Wow.." Hanya Itu yang mampu Eryl ungkapkan. Keajaiban!
"Flower of Life. Ini yang permaisuri mahukan dan.." Mata Arielle terarah pada Eryl. Pelik dengan pandangan itu, Eryl menyepetkan matanya pada si gadis.
"Benda ni.. Ada kena mengena dengan aku kan?"
"Yep! We need your blood!"
"Too straightforward!"
"Well, buat apa nak selindung? Buang masa. Betul tak Wessy?"
"Hurm.."
Sudahnya Eryl menggeleng kepala sahaja. Kristal tersebut diserahkan kepada Arielle sebelum kuku naganya muncul. Matanya berbalas pandangan dengan Arielle.
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasy-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...