Flame 30 | Did I just

960 109 108
                                    

"TEMPESTS UNDUR DIRI DAN SEKARANG SASARAN MEREKA BERALIH PADA PUAK ELF DI BAHAGIAN SELATAN!!"

Eryl dan Weston tergamam dengan berita itu. Mereka saling berbalas pandangan sebelum menatap dua ketua dihadapan mereka.

"How.. Come? Tempests tak pernah undur diri mereka daripada peperangan." Ujar Koharu dan perasaan risau menyelinap kedalam dirinya.

"Aku pun tak percaya yang mereka tarik diri melainkan.." Nicolas menyambung sambil mata menatap musykil pada naga dan serigala dihadapannya.

Eryl mengeluh panjang manakala Weston berwajah datar tanpa secalit perasaan.

"Dengar, aku memang tak ada kaitan dengan Tempests dan aku rela makan batu daripada bergabung dengan mereka." Tajam mata naga Eryl menatap kesemua manusia yang mengelilingi mereka bersama senjata. Pandanganya berjaya menaikkan setiap bulu roma pada tubuh.

"Aku ke sini hanya mahu mencari Shawn-"

"Shawn? Maksud kau Shawn Delwyn?"

Terkejut Eryl mendengar nama itu meniti di bibir Koharu. Tak mungkin Koharu ada memori masa lampau? Dia mungkin lahir semula namun untuk mengingati memori lama, itu mustahil untuk manusia. Kecuali..

"Elder Jiao.. Pernah bertemu dengan lelaki itu." Terang Koharu.

"Uncle."

Eryl mengangguk apabila faham apa yang Weston mahu katakan. Mereka perlu berjumpa Elder Jiao. Dia mungkin tahu dimana lelaki itu berada. Tipis atau besar, mereka perlu ambil peluang ini.

"Kalau macam tu .."

"Kau nak kami bawak junpa Elder Jiao bukan?" Nicolas menyampuk. Tangan bersilang di dada bersama wajah yang garang. Sedikit sebanyak, perbuatan itu agak menyakitkan hati Weston.

"Kami mesti berjumpa Elder Jiao yang kau katakan ini. Dia penting untuk misi kami. Tapi kalau kau masih nak bertekak dekat sini, fine by me." Balas Weston sama garang. Dia tak suka nada suara lelaki itu.

"If my words can't explain well, my claw will." Ugut Weston bersama bunyi serigalanya. Kukunya juga menajam.

"Huuh? Sure. Let's fight like a man!" Nicolas menarik pedang disisinya. Sebelum sempat kedua-duanya mahu menyerbu, ekor naga Eryl terus berada di hadapan.

"Stop it both of you. Weston, hilangkan kuku tu."

Weston mendengus.

"Weston."

Lelaki itu mendengus lagi. Lebih kuat. Namun kali ini, kukunya dihilangkan. Tangan bersilang di dada dan kepala berpaling ke arah lain.

Tersenyum Eryl melihat gelagat itu. Sayapnya mengusap kepala Weston.

"Good, good."

"Hmm.."

"Awak jugak Nico. Simpan pedang tu." Koharu menegur dan sekelip mata sahaja Nicolas menyimpan pedangnya ke dalam sarung.

"Kami akan bawak awak berjumpa Elder Jiao." Ujar Koharu membuatkan Nicolas tergamam.

"Koharu!"

"Shh. Tak payah jerit. Lagi pun, saya rasa kita boleh percaya mereka dan saya yakin awak pun rasa benda yang sama kan?"

Nicolas mahu membalas namun tiada apa yang keluar. Betul kata Koharu. Entah kenapa dia rasa mereka boleh dipercayai lebih-lebih lagi sang naga.

"Ngh, fine. Do whatever you want. Apa-apa nanti kau yang kena explain."

"Yes sir." Gurau Koharu lalu menghadap Eryl yang tidak dapat menahan perasaan gembira. Lihat sahaja ekornya yang bergoyang kiri dan kanan seakan ekor anjing. Comel!

ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2) Where stories live. Discover now