Matanya tertutup. Namun kakinya melangkah di atas 'lautan berdarah'. Susuk-susuk tubuh tidak bernyawa bergelimpangan di mana-mana. Tangisan, rayuan dan rintihan menjadi peneman.
Dia tak peduli.
Dia tiada simpati.
Dia.. Tak rasa apa-apa.
"Tuanku."
Kakinya terpasung pada tanah dek panggilan itu. Perlahan-lahan dia mamalingkan badan ke belakang. Seorang lelaki berambut hitam panjang, melutut di hadapanya bersama seseorang dalam cengkaman. Dia hanya memerhati dengan riak kosong.
"Lelaki ini tahu mengenai pemberontak yang buat kacau di kota Grendel seminggu lalu." Ujar Lord August dengan keadaan melutut sebelah kaki. Tanganya pula memegang kepala seseorang sehingga bersujud di atas tanah.
Dia hanya memerhati tanpa sebarang balasan. Lelaki yang menyembah tanah itu, mencerlu matanya pada dia yang berdiri.
"Tuanku?" Lord August memanggil.
"Uruskan dia." Tegas dan jitu.
"Aku ikut, aku taat tuanku."
Terus dia beredar bersama lelaki tadi. Namun tidak sebelum lelaki itu menghentak kepalanya pada Lord August sehingga cengkaman terlepas. Dengan kudrat yang masih tersisa, dia meluru pada lelaki berambut emas bersama pisau yang tersorok dibawah lengan bajunya.
"MATI KAU!!!"
SLASSHHHHHHHHHHH!!
Sekelip mata, darah terpalit pada wajahnya. Kepala lelaki itu melayang ke udara sebelum jatuh serentak dengan tubuhnya. Lord August tergamam dengan situasi itu. Seekor mahluk api berzirah, memegang tobak berdarah lalu melibas tombaknya untuk menyahkan darah. Dalam sekelip mata, mahluk itu hilang daripada pandangan.
Lelaki berambut emas berpaling untuk beredar. Dia meninggalkan Lord August tanpa sepatah kata.
"Lord August."
Lord August tersentak seketika. Dia berpaling kebelakang menghadap seorang askar berzirah dari puaknya, Tempests.
"Ya?"
"Apa yang kami hendak lakukan disini? Tuanku Eldera.." Matanya terus menatap sekeliling. Liur diteguk.
"Dia yang uruskan semua ni?" Soal Lord August tanpa rasa terkejut.
Askar tadi mengangguk.
"Ya. Tadi dia arahkan kami datang ke sini tanpa sebab. Selepas itu.. "
Askar tadi seakan teragak-agak mahu menyambung. Takut dan gerun menyelembungi. Kota yang didiami oleh pembuat senjata untuk puak Tempests, hancur dalam sekelip mata. Para penduduk semua dibunuh tanpa belas dan bangunan yang megah, berkecai menjadi debu. Khabar angin katakan, kota itu cuba membina empayar untuk menentang Tempests. Namun dihidu mudah oleh sang pemerintah.
Jadi..
Dia sendiri hancurkan mereka.
"Ini maknanya.." Lord August tersengih. Matanya terhala pada laluan yang digunakan Eldera.
"Dia bagi amaran. Jangan sesekali cuba mengkhianati atau terima bencana daripada dia sendiri."
Saat itu, Eldera hanya berjalan seakan berada dalam dunianya. Mata yang asalnya hijau, kini berwarna emas. Namun, matanya tidak secantik mata yang asal. Keserian keduanya juga berbeza. Matanya kini penuh dengan kekosongan serta kegelapan. Seakan mata orang yang sudah mati.
Ah, dia memang sudah mati.
Mati mengikut ibunya.
Kepala digeleng. Menyahkan memori pahitnya. Namun, kelibat seseorang menyapa kornea mata. Nafas dihela berat.
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasia-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...