Flame 4 | Wings and Wolf

1.8K 199 226
                                    

Sudah beberapa hari sejak Eryl bangkit daripada lena. Suasana di Istana Yggdrasil sedikit berubah setelah kematian Emyriel, namun kehadiran Eryl berjaya menghambat rasa sedih yang bersarang dihati mereka.

"Hurmm? Bonda ada nampak ayahanda?" Soal Alvarez pada Akira yang kini tekun menjahit baju. Senyuman manis diukir untuk sang anak.

"Mungkin di pusara nenda dan datuk. Kamu pergi lah teman dia. Sedikit sebanyak, kamu boleh hilangkan rasa sedih dia."

Alvarez mengangguk lalu terus menghilang mencari ayahnya. Seperti kata Akira, Eryl berada dihadapan kubur Emyriel dan Shiro. Disebabkan mereka sudah masuk musim sejuk, salji berada di mana-mana. Wap juga jelas keluar dari mulutnya.

"Ayahanda? Kenapa datang tak ajak Arez?" Tegur Alvarez lalu duduk disisi orang tuanya. Eryl menjeling sedikit sebelum kembali menatap kubur dihadapanya.

"Saje. Bonda mintak Arez cari aku ke?"

Alvarez menggeleng.

"Arez yang nak cari ayahanda."

"Kenapa?"

"Spend time.. I guess?"

Tawa Eryl terlepas sikit apabila mendengar balasan naif Alvarez. Rambut anaknya diserabutkan sehingga lelaki itu mencebik tak suka.

"Ayahanda! Habis dah rambut Arez!"

"Hahah. Nah, kau still hot walaupun rambut serabai. Chill."

"Urgh. Tapi Arez tak suka lah." Alvarez mengeluh lalu membetulkan kembali rambutnya. Sudah diajar sejak kecil oleh Shiro. Rambut wajib kemas!

"Arez."

"Ya?"

"Datuk Arez, dia memang hebat kan?" Soal Eryl yang kini cuba menahan gelora di hati. Walau sekuat mana dia cuba untuk tidak bersedih, rasa galau di hati tidak akan pernah pergi.

"Dari dulu lagi. Dia boleh hadap macam-macam. Percaya tak kalau aku citer yang dia ni malas tahap dewa dulu?" Mata Eryl dan Alvarez bertaut.

"Nenda ada cerita sedikit fasal Datuk. Dan ya, Alvarez boleh nampak malas dia tu." Balas Alvarez sebelum memutuskan tautan mereka. Kini dia tersenyum menatap pusara datuknya.

"Nenda cakap, dia dan datuk jumpa di Grandiflora. Banyak benda jadi sejak tu. Dari Grampa Luke kena tikam sampailah mereka berdua hampir mati."

"Dan mereka ada jumpa pengasas puak kita, Ryuzaki." Tambah Eryl mendapat anggukan Alvarez.

"Lepastu, dia jaga aku. Sang naga pemusnah, Kurayami yang dah jadi penyebab Puak Ryuzaki di bunuh suatu ketika dahulu. Tak sangka kan.." Tangan Eryl naik menyentuh pusara itu.

" Walaupun dia tahu, banyak kemungkinan boleh jadi. Tapi dia tetap juga jaga aku dan lebih dahsyat.."

"Dia korbankan dirinya demi aku." Setitik air mata Eryl mengalir setelah lama ditahan. Alvarez mendekat. Tubuh ayahnya dipeluk seakan menyalurkan kekuatan.

"Dia tak patut buat macam tu Arez.. Dia tak patut. Aku tak kisah kalau pergi tapi bukan dia. Dia.. Dia penting. Apa hebatnya aku sampai perlu menerima pengorbanan sebegini rupa?"

Eryl membalas pelukan anaknya. Tangan naik mencengkam lengan baju sang lelaki. Sedaya upaya dia cuba menahan esak tangis dan hanya membiarkan sahaja cairan jernih keluar dari kelopaknya.

"Kenapa bonda dan ayahanda sanggup pergi sejauh ni demi Eryl?" Soalnya lirih.

Saat itu, kata-kata Shiro bermain di fikiran Alvarez.

"..Ayahanda kamu, akan hadap sesuatu yang bakal memberi kesan yang mendalam dalam hidupnya.."

Ini kah salah satunya?

ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2) Where stories live. Discover now