Special Chap | Ayrez Hernandez's side story

1.7K 151 114
                                    

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Mengalunkan rambut sang lelaki yang elok tertidur di bawah pohon yang rendang. Rambut hitam keunguannya berkilat cantik. Bulu matanya sedikit lentik keatas. Dadanya naik dan turun dengan tenang sekali.

"Hurmm..? Kat sini awak rupanya Ayrez."

Mata dibuka perlahan-lahan. Iris merah jambunya, mencari empunya suara. Segaris senyuman diukir.

"Kau buat apa dekat sini Red? Anak-anak macam mana?" Soal Ayrez apabila sedar kedatangan isterinya tanpa anak-anak.

Wanita dengan rambut merah delima, menghampiri lalu melabuhkan duduk di sisi suaminya. Kepala direhatkan pada bahu sang lelaki sambil tangan bermain dengan jemarinya.

"Alice berlatih dengan dua anak murid awak. Crimson dan Azure pula bermain berdua. Macam lah awak tak kenal dengan dua teruna tu."

"Bermain di dunia lain?"

Red mengangguk.

"Dah awak ajar macam mana nak rentas dunia dan dimensi, mana lah diorang nak duduk diam. Hurm.."

Ayrez menyengih. Ubun-ubun isterinya dicium kasih.

"Dah lebih beratus tahun kan? Sekarang kita dah ada anak pun.." Bisik Ayrez lalu mengusap perut isterinya.

"Hurmm. Dan mungkin akan ada lagi di masa akan datang. Waktu tu, biar saya kasi nama. Last awak bagi, still guna warna. Awak memang teruk bila kasi nama dekat orang."

Ayrez mencebik. Bukan salah dia. Lagi pun, cool apa Crimson dan Azure? Tak ada lah pelik sangat.

"Alah, pelik pun kau suka apa? Nama kau contohnya. Red Flame. Haa!"

Red tersenyum lalu ketawa dengan wajah bangga suaminya. Tangan naik mengusap pipi Ayrez lalu di cium lembut.

"Iya lah abang. Iyalah. Awak bukan sempurna. Lebih-lebih lagi otak awak."

"Betul tu. Nanti dulu, apa maksud kau dengan otak aku?"

"Mana ada saya cakap otak awak."

"Tak, aku bebetul dengar. Kau nak kata otak aku ada masalah kan?!"

"Haa.. Tajam betul telinga."

"Red!"

Red sekadar senyum halus sambil tangan membelai pipi suaminya. Lelaki itu pula mencebik seketika sebelum ketawa kecil.Ayrez melabuhkan ciuman di pipi Red. mesra sahaja keduanya sebelum baring bersama di atas rumput. Tangan pula bertaut. Mereka saling berbalas pandangan.

"Saya gembira awak jumpa saya Ayrez.." Luah Red mendapat senyuman lebar Ayrez.

"Dan aku gembira, kau gadis pertama aku jatuh cinta."

"Iya ke? Bukan awak dulu suka orang lain?" Usik Red mengundang bunyi tidak enak Ayrez.

"Tapi aku kena reject kan? Lagi pun, aku tersilap fasal perasaan aku. Aku anggap dia sebagai adik sebenarnya." Cebik Ayrez apabila mengingati memori memalukan itu.

"Hehe. Saya tahu. Saya cuma rindukan mereka yang pernah travel bersama kita dan juga waktu pertama kali kita berjumpa."

Ayrez berdiam diri untuk seketika. Tidak akan pernah dia lupa dengan semua kenangan lalu. Lebih-lebih lagi sewaktu dia bertemu Red. Sejak tu, personaliti dia agak berbeza. Dan-dan bibirnya tersenyum kelat.

"Bila difikirkan balik, perangai aku yang dulu memang tak matang.."

"Awak bila aje matang?"

"Hey! Aku yang sekarang lagi baik daripada dulu!"

ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2) Where stories live. Discover now