"Seth. Kau ada jumpa apa-apa tak?"
"Tak. Kalau kau tanya pokok dengan batu, banyak lah aku jumpa. Eh, katak pun ada tau?"
TUK!
"Kalau tu, aku pun nampak gila! Eyy, maksud aku gua tu. Tak akan kau tak dapat kesan apa-apa?" Rengus Alice dengan sikap loyar buruk Seth. Mana tak gaduh hari-hari? Jawab pun macam mintak penyepak.
"Geez, itu pun nak marah. Datang period lah tu." Rengus Seth lalu kepala digosok. Sakit hawau.
"Hah?!"
Seth tekup mulut dengan gaya gedik. Mata pula terkelip-kelip pandang Alice yang dah merah satu muka.
"Sorry! Aku lupa kau bukan perempuan nak datang period! Oh gosh, cam mana aku lupa kau ni species aku?!"
"SETH RYUZAKI!"
Terkekek-kekek Seth mengelak batu-batu yang melayang padanya. Riak geram Alice ditatap bersahaja.
"Gosh! I hate you!" Jerit Alice bersama kaki yang dihentak. Seth sekadar angkat bahu. Bibir mengukir senyuman mengejek.
"Eleh, hate konon. Aku tahu kau sayang aku."
Kening diangkat dua kali. Sebelah tangan di bawa kedada.
"How sweet. Senyap-senyap ya? Hahaha."
Tiada balasan.
"Alice?"
Hairan. Kenapa pula Alice senyap? Perlahan-lahan mata naik memandang gadis itu. Terus dahinya berkerut.
"Ka-kau.." Tergagap-gagap Alice mahu menutur kata. Darah merah menyerbu pada wajahnya. Hangat!
"Hey. Merah betul muka kau? Macam dema- Nanti dulu, kau demam?!" Kelang kabut Seth menghampiri si gadis. Tangan naik menekup dahi. Aik? Tak panas pun?
"Alice kau-"
"A-aku a-apa?!" Terus Alice menolak tubuh Seth menjauhinya. Wajah serius Seth ditatap dengan perasaan berdebar. Apabila telapak tangan Seth menyentuh pipi, bahunya terangkat sendiri.
"Se-Seth?"
Wajah bertambah merah. Lebih-lebih lagi Seth mendekatkan wajahnya. Mata dipejam erat sehinggalah..
"Kau makin gemuk eh? Pipi tembam semacam."
" Eh?" What the..
Seth mengusap dagu sendiri seraya menjauhi Alice.
"Patut lah bila aku angkat kau, tangan aku sakit sikit. Kau dah terlebih muatan ni."
". . . "
Bahu Alice ditepuk bersama wajah tak bersalah.
"Tadi muka kau merah, letih eh? Alaa.. Kuat lah sikit. Kasi bakar lemak-lemak yang kau dah ternak tu. Haha."
" . . . "
"Badan kau memang kecik. Tapi berat kau lain macam sia. Ni mesti dah kedepan en perut tu? Eyy, gemuk cam badak lah lepas ni."
DUSHHH!
"ARGHHHH!!"
Selamba Alice mengusap-ngusap penumbuknya yang sudah selamat menjamah pipi Seth. Urat bengang timbul di seluruh wajahnya. Nafasnya juga mengeluarkan wap bersama mata yang bercahaya garang. Ludah dibuang ke sisi.
"Tch. Kau jantan jahanam tahap setan. Mulut memang tak ada break eh? Patut senang dapat harem. Tapi sayangnya, semua nak bunuh kau."
"What the hell Alice?! Aku cakap benda betul kut!"
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasía-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...