Kelang kabut Eryl menghadap Alvarez. Sungguh! Dia sendiri terkejut dengan apa yang jadi. Tangan meraba-raba poket mencari sapu tangan. Namun melihat darah pada hidung Alvarez..
'Dia pikir benda lucah ke apa sampai darah hidung ni? Atau langsung tak pernah cium perempuan? Heh, entah kenapa aku rasa babak ni pernah jadi dulu.' desis hatinya.
"Fufufu. Akhirnya jumpa jugak awak putera mimpi." Ujar si gadis berambut violet seraya menghampiri. Weston pula menekup muka. Dia sendiri tak jangka akal Arielle sepanjang ni. Haiih.
"Hurmm. Tapi nanti lah saya mintak maaf. Sekarang ni.."
Kepala dipaling kebelakang. Semua mengikut arah kepala Arielle dan mulut mereka melompong kecuali Weston yang sudah berada dalam mode serigala tempur. Bulu hitamnya yang lebat,mengembang seiring dengan deraman geram.
"Tolong kami uruskan mereka ya? Jangan risau. Kalau awak mati pun, nanti saya yang tanam. Untung apa perempuan cantik beri penghormatan terakhir? Ehe."
"Berhenti bergurau Ariel. Kau buat aku nak muntah. Urgh, ianya menjengkelkan." Cantas Weston dengan riak meluat.
"Awww. Awak cemburu ke saya tak kata macam tu dekat awak, Wessy? Hehe, so cute, so cute."
Weston cuba menahan geram kerana fokusnya terganggun dek otak senget si gadis. Tak kena tempat betul!
"Habis semua ni.. Kepala kau aku ketuk kasi elok sikit. Grr.."
"Hehehe. I'll waiting darling~"
Arielle mengenyit mata seraya hilang ditelan bayang. Sedar-sedar sahaja, gadis itu sudah selamat bertarung dibahagian tengah barisan tentera Tempests! Bahkan, duri bayang naik keatas lalu menikam kesemua tentera tanpa belas!
Raarghhhhh!!
Weston mengaum kuat dan merempuh mereka yang berada di jalannya! Kuku serta buku limanya, menjamah kesemua musuh tanpa getar!
"Bloody hell.." Eryl hilang kata-kata.
"Jangan carut ayahanda."
"Not now Arez! Urgh, lupakan. Kau lindungi Nessa. Aku akan tolong mereka. And seriously? Stop your bleeding nose! "
"Haa.. I'll try.."
Alvarez mengeluh panjang.Kakinya pantas mendapatkan Nessa. Sang ayah menghela nafas panjang bersama kepala yang digeleng. Badan di paling ke hadapan sebelum turut sama membantai tentera Tempests!
"SLASHING FROM HELL!!"
BURNNNNN!!
SLASSHHHHHHHHHHH!!
***
"Hurmmm..?"
Alice duduk bersila di hadapan seorang gadis berambut hijau. Matanya tajam merenung seakan mahu menembusi kepalanya. Rasa geram dan cemburu bercampur baur. Ikut hati jahat dia, dah lama dia baham gadis itu dalam bentuk naga hantunya. Grr..
"Hey, Seth. Kenapa dia asyik tenung saya aje? Menakutkan lah." Ujar si gadis sambil memintal hujung rambutnya. Sebelah tangan yang lain, selamba memeluk lengan sasa Seth. Lelaki itu langsung tak peduli. Mukanya kekal tanpa riak.
"Datang bulan merah."
DUSHHH!
"Sakit bodoh! Kau pahal?!"
"Padan muka! Memang aku nak tengok kau sakit pun!"
"Hah?! Nak gaduh ke?!"
"Kau yang mintak!"
Suasana di dalam dalam hutan itu, riuh dengan suara Seth dan Alice. Bahkan, mereka berguling-guling di atas tanah sambil tangan cuba menumbuk satu sama lain tanpa henti. Gadis berambut hijau, hanya mampu melihat dengan sengihan.
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasi-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...