Hayfa menyusun kesemua kertas kerja yang bertaburan di atas meja.Susuk tubuh Faiq dikerling sekilas.
"Urmm..bos" panggil Hayfa.Faiq mengangkat wajah memandang Hayfa.Telefon ditangan disimpan ke dalam poket.
"Apa?"
"Esok saya still dengan bos ke atau dengan Tengku Muiz?" soal Hayfa.
Faiq berfikir sejenak sambil memeluk tubuh.
"Setakat hari ni aku rasa kau dah boleh faham apa yang aku bagitau pasal kewangan syarikat ni." kata Faiq.Bersinar sinar mata Hayfa mendengarnya.
"Jadi,esok saya dengan Tengku Muiz lah kan?" Soal Hayfa dengan sengihan lebar.
"Tak,esok kau masih dengan aku."jawab Faiq sambil berpeluk tubuh.Badan disandarkan pada sisi meja.
" Kenapa pulak?Bos sendiri yang cakap tadi kan,kalau saya dah faham saya boleh belajar dekat Tengku Muiz"bantah Hayfa.
"Hah,melawan!Nak aku potong gaji awal bulan ke?" ugut Faiq.Hayfa mencebik lalu menggeleng perlahan.
"Kalau taknak kena potong gaji,jangan melawan cakap aku.Ingat,esok kau still belajar dengan aku.Muktamad"
"Baik bos" Hayfa akur.
"Good,now jom turun lunch.Aku tunggu kau kat bawah." Faiq menggosok kepala Hayfa lalu keluar dari biliknya.
Hayfa mengeluh."Lunch sekali dengan dia jugak lah ni ye?Haih..nasib kau lah Hayfa nak kena hadap dia hari hari"
🌸🌸🌸🌸
"Sikitnya kau makan.Kenyang ke?" tegur Faiq sebelum menyedut jus orennya."Apa yang sikitnya?Ni pun dah kira banyak ni" jawab Hayfa.
"Kau dah berkenalan ke dengan pekerja lain?" soal Faiq.
"Belum..nanti je lah saya kenalkan diri.Buat masa sekarang ni saya nak fokus kerja saya dulu" jawab Hayfa.
Faiq mengangguk faham.Jari lincah mengetuk meja sambil menunggu Hayfa selesai makan.
"Dah,jom balik office" kata Hayfa seraya mengelap bibirnya dengan tisu.
Mereka berdua bangun dari tempat duduk lalu menuju ke luar restoran.
Mata Faiq tiba tiba menangkap susuk tubuh Harraz yang baru sahaja keluar dari kereta.Hayfa disebelah dipandangnya sekilas.
"Tak,Harraz tak boleh tau Hayfa kerja dengan aku" getus hati Faiq.
Faiq menanggalkan kot hitamnya lalu menutup kepala Hayfa.Tubuh Hayfa ditarik rapat dengannya.
"Eh,kenapa ni bos?" tanya Hayfa cemas.
Faiq tidak menjawab malah melajukan langkah menuju ke kereta.Hayfa pula terpaksa mengikut langkah besar Faiq.
"Masuk"arah Faiq sambil membuka pintu untuk Hayfa.
" Kenapa dengan bos ni ha?Suka sangat buat saya takut"soal Hayfa setelah Faiq menghidupkan enjin kereta.
Faiq beralih memandang Hayfa.Bahu Hayfa dipegang kemas.
"Kau dengar apa yang aku nak cakap ni.Kalau kau nak selamat,jangan bagitau sesiapa pun yang kau kerja dengan aku terutama sekali Harraz." kata Faiq.
Hayfa terpinga pinga.Kening dijongketkan sedikit tanda tidak faham.
"Bos kenal Harraz?" soal Hayfa.Faiq mengeluh.Bahu Hayfa dilepaskan.
"Tu kau tak perlu tahu.Tak penting pun untuk kau"
"Tadi bos pesan,jangan bagitau sesiapa yang saya kerja dengan bos terutama sekali Harraz.Habistu,kalau Harraz sendiri yang tanya dekat Sandy dengan bos Jack macam mana?" soal Hayfa.
"Aku dah bagitahu benda ni dekat semua pekerja kafe.Pekerja dekat office pun aku dah bagitau.Jadi kau jangan risau"
"Ouh okay" Hayfa akur sahaja walaupun tidak faham tujuan sebenar Faiq.
🌸🌸🌸🌸🌸
"Bro,kau pergi mana tadi dengan Hayfa?" tanya Muiz sambil menongkat dagu di atas rak yang disusun fail.
"Pergi lunch lah,apa lagi" ringkas Faiq menjawab dengan mata tertumpu di skrin komputer.
"Asal tak ajak aku?Tak pasal pasal aku makan sorang sorang tadi" Muiz melabuhkan punggung di kerusi menghadap abangnya.
"Dah kau tak cakap nak join.Aku pergi dengan dia je lah.Dah,jangan kacau aku buat kerja.Shuh shuh" Faiq menghalau Muiz yang sibuk bermain pen di atas meja.
"Alaa...aku bosan lah.Aku nak lepak dengan kau tapi kau busy pulak.Ha!Lepak dengan Hayfa lah."Muiz bangun keluar dari bilik abangnya.
" Woi,jangan kacau dia buat kerja lah Muiz"Faiq menjerit sedikit.
Muiz berpaling memandang abangnya sambil berdiri di muka pintu.Kedua tangannya diletak di atas bahu dengan mata ke atas.Mulut mengomel tanda 'Whatever' lalu menonong keluar.
Faiq mengurut pelipis.Rasanya sudah bertimbun kertas kerja yang dia bagi pada Muiz untuk disiapkan.Tak mungkin semuanya sudah selesai.
"Kau tunggu Muiz.Kau bosan sangat kan?Wait and see" Faiq tersenyum jahat.
Dia bangun dari kerusinya menuju ke laci almari.Satu persatu fail ditilik lalu dikumpul setimbun.
Faiq ketawa sinis melihat kesemua fail di hadapannya.
"Haih..confirm lepas ni kau tak akan bosan Muiz" gumamnya lalu menyambung kerja yang tergendala tadi.
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Boss
RomanceDia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari kakak kandungnya sendiri.Ibunya juga selalu sibuk dengan dunia perniagaan. "Kau lah punca papa mati...