Hayfa menarik keluar beg bagasinya dari bonet kereta Kak Tim.
"Terima kasih Kak Tim sebab sudi hantar Hayfa sampai airport.Hayfa mintak maaf sebab dah susahkan Kak Tim pagi pagi buta ni" kata Hayfa sambil menggenggam erat tangan Kak Tim.
Kak Tim mengesat air matanya."Takda lah,tak menyusahkan pun.Kak Tim faham keputusan yang Hayfa buat ni.Hayfa jaga diri dekat sana ya?Jangan lupa Kak Tim kat sini tau!"
Hayfa mengangguk sambil tersenyum manis.Tubuh Kak Tim dipeluk erat buat kali terakhir.
"Hayfa takkan lupa dekat Kak Tim.Hayfa dah banyak terhutang budi dekat akak.Hayfa pergi dulu ya kak?Bye..take care."Pelukan dileraikan.Hayfa mengheret bagasinya masuk ke dalam lapangan terbang selepas melambai Kak Tim.
Dia terpaksa keluar dari rumah pada awal pagi kerana tidak mahu ibu dan kakaknya tahu.
~~~~~~~~
Hayfa merenggangkan sedikit badannya setelah lama berada di dalam kapal terbang tadi.Kini,dia sudah tiba di Sepanyol.Kenapa Sepanyol?Sebab Hayfa pernah belajar bahasa Sepanyol.Bahasa itulah satu satunya bahasa asing yang dia tahu.
"Por favor envíame al hotel(Tolong hantarkan saya pergi ke hotel)" Pinta Hayfa kepada pemandu teksi.
"Todo bien(Baiklah)"
🌸🌸🌸
Hayfa menghempaskan tubuhnya di atas katil.Terasa segar badannya kerana baru selesai mandi.Matanya juga sudah tidak mengantuk.
"Haih...bosannya" siling bilik hotelnya dipandang.
"Teringin nak makan kek la pulak.Nasib baik ada cafe halal." Hayfa bangun lalu mencapai begnya.Tidak lupa juga buku diarinya untuk dibawa bersama.
~~~~~~~~~~
Hayfa mendongak memandang nama cafe di hadapannya." Halal Cafe.." katanya sendirian.
Sedang ralit dia memandang nama cafe itu,tiba tiba ada seorang lelaki yang melanggarnya dari depan.
"Aduh!" Hayfa terjatuh.Mujur sahaja terjatuh di atas salji.
"Lo siento, señor(Maaf encik)" Hayfa memohon maaf.
"No importa, también caminé mirando el teléfono(Tak mengapa,salah saya juga berjalan sambil tengok telefon)" Lelaki itu menghulurkan tangan untuk membantu Hayfa bangun.
Hayfa menyambut tangan lelaki itu lalu bangun sebelum menepuk bajunya yang terlekat salji.
"By the way,are you Malaysians?I heard you speak in malay just now" soal lelaki itu.
"Ah yes,i'm from Malaysia." jawab Hayfa kekok.Rambut diselit ke belakang telinga.
Lelaki itu ketawa."Hai,saya Harraz Hamsyari.Saya pun dari Malaysia.Selamat berkenalan"Tangan dihulur ke arah Hayfa.
"Err hai,saya Hayfa Rihana." Mereka berjabat tangan.
Harraz ukir senyum.Tangan Hayfa dilepaskan.
"Oh ya,saya kena pergi dulu.Bye..jumpa nanti" Harraz melambai lalu masuk ke dalam perut kereta.
Hayfa pula berlalu masuk ke dalam cafe.Kelihatan ramai pelanggan yang datang.
Cafe ini ada macam macam jenis juadah.Nasi berlauk,makanan ringan dan dessert pun turut dijual di sini.
Hayfa memesan satu kek coklat dan air limau.Setelah itu,dia duduk di sebuah meja yang agak terpencil di hujung cafe.
Hayfa menyuap kek coklat sambil menulis sesuatu di dalam diarinya.Tak lama kemudian,air matanya mengalir kerana terlalu rindu ibu dan kakaknya di Malaysia.
"Betul ke apa yang aku buat ni?Agak agak ibu dengan kakak risau tak?" Hayfa menyoal sendirian.Dia menghela nafas berat.
"Berangan je la kau Hayfa.Entah entah diorang tak sedar pun kau takda kat rumah"Hayfa ketawa hambar.Tak mungkin keluarganya di Malaysia risaukannya.
Tanpa dia sedar,ada seorang lelaki sedang memerhati gerak gerinya dari tadi.
~~~~~~~~~
Faiq mengecilkan matanya melihat susuh tubuh yang sedang berjabat tangan di luar cafe.Ternyata itu adalah Harraz.
Faiq mendecit." Tch,siapa pulak yang jadi mangsa dia tu?"Bukan dia tidak tahu Harraz tu juga buaya selain tamak.
Faiq memandang gadis yang bersalaman dengan Harraz tadi sehingga lah gadis itu duduk di meja paling hujung sekali.
Faiq merenung lama gadis itu.Tiba tiba dia ternampak air mata yang mengalir di pipi mulus itu.
Tak lama kemudian,pandangannya bersatu dengan gadis itu.Cepat cepat Faiq mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
Hayfa kelihatan sedikit curiga terhadap lelaki yang memandangnya tadi.Pipinya dikesat dengan belakang tangan.Air limau dan kek dihabiskan secepat mungkin lalu keluar dari cafe itu.
Faiq menghantar pemergian gadis itu dengan hujung mata.Dia bangun lalu mengikuti langkah gadis itu dari belakang.
Entah kenapa hatinya terdetik untuk mengenal gadis itu dengan lebih mendalam.Mungkin kerana gadis itu adalah sasaran Harraz?Entahlah,dia pun tak tahu.
Faiq berhenti berjalan tatkala gadis itu sudah meloloskan diri ke dalam teksi.
----------------------------
Untuk bab kali ni pendek ja.Izz takdak idea lah.Dan banyak yang Izz skip.Sorry..Dan Izz nak hiatus untuk jangka masa yang urmm..taktau la,tak sure lagi.Nak rehatkan otak kejap.Izz harap bila Izz dah start tulis novel balik,follower makin meningkat,aaa reader pun ramai.Lah mampu berangan ja hshshs.Hope jangan la lari ek.Stay ja di hati saya,ceh.
Ok done mengarut untuk hari ni.Bye..stay tune guys!
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Boss
RomanceDia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari kakak kandungnya sendiri.Ibunya juga selalu sibuk dengan dunia perniagaan. "Kau lah punca papa mati...