Kini sudah masuk hari ketiga Hayfa cuti sakit.Dengar khabar suhu demamnya agak tinggi.Kemungkinan minggu depan baru Hayfa boleh kembali bekerja seperti biasa.
Faiq memusingkan kerusinya ke kiri dan ke kanan.Pen diketuk pada meja.Kini hanya bunyi penghawa dingin sahaja yang kedengaran.
"Haih...sunyi pulak rasa sejak Hayfa demam ni" keluhnya sendirian.Kertas kerja yang bertimbun dipandang bosan.
Banyak kerja,tapi rasa malas pulak nak siapkan.
Faiq bersandar pada kerusinya.Syiling bilik kerja ditenung.
"Apa agaknya yang Hayfa tengah buat sekarang ni?" soalnya sendirian.Kerusi dipusing pula menghadap ke belakang.
Bayangan Hayfa menerpa fikirannya.Segala karenah Hayfa bermain di minda.
Teringat akan kejadian tiga hari lepas.Dimana dia sengaja menguji Hayfa di dalam lif.
Mengingatkan hal itu,Faiq ketawa sendirian.
"Hayfa...Hayfa.."
Tiba tiba kedengaran seperti orang sedang menepuk tangan.
"Syabas bro,syabas.Akhirnya,aku bakal dapat kakak ipar.Oh yeah!!"Muiz mengibas rambut palsunya.
" Kau merepek apa ni gila?Sampai bila bila pun kau takkan dapat kakak ipar." dalih Faiq.
Muiz sengih jahat."Eleh,dah suka taknak mengaku pulak"
"Ni kau dah kenapa pakai rambut palsu panjang ni?Nak jadi pondan?Merewang macam maknyah dekat lorong tu?" bidas Faiq.
"Eh hello,mintak simpang 44 malaikat lah aku nak jadi maknyah.Aku baru ja balik dari karoke dengan Atan tadi.Saja lah aku bergelek pakai benda alah ni.Sekali sekala apa salahnya"Muiz mengibas rambutnya lagi.
" Pftt..puih"Muiz mengeluarkan rambut palsunya yang termasuk ke dalam mulut.
"Dah tau tak selesa,tak payah lah pakai.Meluat pulak aku tengok" sampuk Atan dari belakang.Rambut palsu Muiz ditarik lalu dilempar ke atas sofa.
"Siapa cakap tak selesa?Okay ja aku pakai.Feeling feeling perempuan giteww" jawab Muiz lalu memakai kembali rambutnya.
Atan dan Faiq menggeleng perlahan.Muiz kalau sehari tak sah kalau tak gila.
"Tak lama dah budak ni." gumam Atan malas mahu melayan.
"Kau nak pergi mana?" soal Atan setelah Faiq mula bangun dari kerusinya.
"Somewhere.Kalau ada orang cari aku,cakap aku takda." jawab Faiq yang sudah menggapai kunci kereta.
"Abang kau nak pergi mana tu?Kelam kabut ja" soal Atan kepada Muiz pula.
Muiz mendongak lalu meletakkan jari telunjuk pada dagu.
"Tadi aku dengar dia sebut nama Hayfa.Maybe dia pergi rumah Hayfa kot.Hayfa kan tengah demam"balas Muiz.
" Abang kau tu sebenarnya suka dekat Hayfa.Tapi tu lah,hati batu,mana nak mengaku."kata Atan.
"Yupp,betul cakap kau.Dia memang hati batu.Tapi dia nampak lain kalau dengan orang yang dia sayang.Contohnya macam aku.Even dia selalu marah aku,tapi dia selalu cuba buat yang terbaik untuk aku." jawab Muiz bangga.
"Wait,hahaha..Faiq sayang kau ke?Kalau dia sayang kau,takda maknanya perangai kau serupa orang tak cukup kasih sayang" ejek Atan.
"Ah,diamlah kau" marah Muiz.
🌸🌸🌸🌸
Faiq menekan loceng rumah Hayfa berkali kali.Dia mendengus."Mana dia ni?Aku call tak angkat pulak" omelnya sendirian.
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Boss
RomanceDia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari kakak kandungnya sendiri.Ibunya juga selalu sibuk dengan dunia perniagaan. "Kau lah punca papa mati...