“Yes!Finally” Harraz tersenyum memandang laptopnya.Telefon dicapai lalu mendail nombor Hani.
“Hello nak apa?” Soal Hani kasar setelah panggilan dijawab.
“Woo..jangan marah marah.Aku ada good news..”
“Good news?” Hani tertanya tanya.Dada automatik berdegup kencang.
“Pasangan mempelai tu dah balik Sepanyol.Kau dah ada plan ke belum?” Harraz bangun lalu membawa beberapa beg plastik berisi makanan ke tingkat atas.
“Dah...” jawab Hani.Tiba tiba dia terlanggar seseorang di depan.
“Oppss,lo siento,estás bien?(Maaf,awak okay?)”
“Estoy bien(saya okay)” jawab Hani pula.Harraz yang mendengar berkerut dahi.
“Kau kat mana tu?” Soal Harraz serius.
“A..aku dekat luar.”
“Kau buat apa hah?Kau cuba nak report dekat siapa?” Nada Harraz bertukar garang.Marah betul dia.
“Ish kau ni bodoh lah.Jangan main tuduh je boleh tak?Aku pergi kedai,sebab ada benda yang aku kena guna untuk plan tu nanti.Kau taktau apa apa just diam” Hani membalas balik.Geram pula dengan Harraz yang suka menuduhnya.
“Fine fine,aku tak kisah macam mana sekalipun plan kau.Aku taknak ambil tahu.Yang penting,Faiq dan Hayfa berpisah.Dan kau!Tak bagitau sesiapa pasal ni.Kalau tak,family kau mampus.Faham?” Tegas nada Harraz.Dia tak mahu plannya hancur begitu sahaja.Sikit sahaja lagi dan Hayfa akan jatuh ke tangannya.
Lagipun pembeli kali ini lebih kaya dari lelaki tua Sio Sam Ong itu.Lebih muda dan paling penting,lelaki itu akan menolongnya membangunkan syarikatnya yang sudah jatuh muflis.Syaratnya mudah,jual gadis yang masih belum disentuh dan cantik.
Siapa lagi kalau bukan Hayfa?Dia cantik dan Harraz sendiri tahu ketika perkahwinan mereka yang cuma beberapa hari itu.Hayfa adalah seorang gadis yang sukar digoda.Dia yakin Faiq belum bertindak lagi tentang perkara itu.Nak jual Hani,tapi gadis itu bukan kelemahan Faiq.
“Yelah aku faham,family aku kau jangan berani usik eh.Bye” Hani terus menamatkan panggilan.Tak kuasa dia mahu berlama lama dengan Harraz.Nanti makin banyak soalan ditanya.
Harraz senyum memandang telefonnya.Tak sia sia dia menculik keluarga Hani.Lihat,sekarang dia sudah ada pembantu walaupun hakikatnya Hani terpaksa kerana ugutannya.
“HAHAHHA..see?Bagus jugak anak perempuan korang ni.Dengar cakap aku,patuh arahan aku.Korang pun patut jadi macam dia,jangan asyik melawan je!Nah,makan apa yang aku beli ni.Bazir duit aku je bagi makanan kat orang tua macam korang” Plastik diletak berhadapan dengan pasangan suami isteri yang sudah berumur itu.Siapa lagi kalau bukan tahanannya,iaitu ibu bapa Hani.
Nak dibandingkan dengan Hani,ibu bapanya lebih kuat memberontak.Suruh sikit melawan,tertekan juga Harraz melayan.Tapi apakan daya,demi rancangan jahatnya,terpaksa dia hadap semua ini.
“Aku buka ikatan korang untuk makan.Lepastu aku ikat balik.Jangan mimpi nak keluar dari sendiri.Rumah ni ada satu pintu je boleh keluar” Pesan Harraz tegas sebelum melangkah keluar dari bilik yang kosong itu.
Sungguh mereka berdua tidak selesa di dalam bilik itu.Ada tingkap,tapi sudah dikunci dan di grill.Oksigen pun susah hendak masuk.Hanya lampu dan kipas siling sahaja yang terpasang.
Semua tingkap di rumah ini sudah dikunci setahu mereka.Pintu belakang juga ada,tapi sudah dirantai dan tidak boleh dibuka.Ke mana mereka mahu lari?Pintu masuk sahaja satu satunya jalan keluar.Itupun selalu dijaga oleh Harraz.
Terdetik rasa kasihan kepada satu satunya anak perempuan mereka,Hani.Gadis itu terpaksa berkomplot dengan lelaki jahat bernama Harraz,hanya kerana tidak mahu nyawa mereka diambil.
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Boss
RomanceDia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari kakak kandungnya sendiri.Ibunya juga selalu sibuk dengan dunia perniagaan. "Kau lah punca papa mati...