Harraz senyum sinis sambil mendekati seorang gadis yang sedang duduk di atas kerusi.Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket seluar.
“Kau nak apa jumpa aku?” Gadis itu menyoal geram.
“Aku nak kau tolong aku.Pisahkan Faiq dengan Hayfa” Harraz tarik satu kerusi lalu duduk di hadapan gadis itu.
‘Dia’ tersenyum sinis. “Aku takda masa nak tolong orang jahat.Aku takkan sekali kali rosakkan rumah tangga orang.”
Harraz ketap rahang.Leher baju gadis itu dicekak kuat.Sakit hati dengan jawapan yang diberi.Mukanya bertukar bengis dan merah padam menahan marah.
“Kau kena buat juga untuk aku” Hilaian tawa keluar dari si gadis.
“Kalau aku taknak?” Senyuman mengejek diberi.Harraz membuat riak tenang.Telefon pintar dibuka lalu ditunjuk gambar yang terpapar pada skrin.
“Kalau kau taknak,nyawa keluarga kau melayang.” Harraz tersenyum apabila riak wajah gadis itu berubah.Ugutannya berjaya membuat ‘dia’ tergugat.
“Aku tahu kau yang stalk aku sampai Thailand kan?Berani ek kau,kalau nak diikutkan dah lama aku bunuh kau.Tapi tak boleh sebab kau je yang boleh tolong aku” Jari kasarnya menyentuh pipi mulus dan gebu itu.
“Please..jangan apa apa kan family aku”
Harraz ketawa kuat seperti orang psiko.Ya,dia psiko kerana wang dan kekayaan.
“Boleh,family kau akan selamat kalau kau ikut arahan aku.Aku nak kau pisahkan Faiq dan Hayfa.Buatlah macam mana sekalipun,janji aku dapat Hayfa.” Harraz terhenti seketika.Satu alat di atas meja dicapai.
“Tapi,setiap perlakuan kau,aku akan pantau.Gelang ni kau kena pakai supaya aku boleh dengar setiap apa yang kau cakap.Kalau kau report polis or bagitau sesiapa pasal ni,aku boleh dengar dan family kau automatik akan mati termasuk kau sekali”
Gelang yang tebal dan sedikit bercahaya neon dipakaikan pada pergelangan tangan gadis itu.Sekali pakai,gelang itu takkan boleh dibuka melainkan menggunakan kunci yang berada pada Harraz.Gadis itu meronta ronta,namun gagal apabila gelang itu sudah selamat melilit pergelangannnya.
“Ingat,gelang ni ada bom.But dont worry,ianya tak aktif melainkan aku sendiri yang aktifkan.”
Peluh di dahi mula membasahi wajah putih itu.Dia tersekat.Antara nyawanya dan keluarga,atau maruah Hayfa.Dia tahu,Harraz inginkan Hayfa hanya untuk dijual dan mendapatkan wang.
‘ I’m sorry..’
🌸🌸🌸
Faiq melangkah masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu.Kelihatan Hayfa sedang kusyuk membaca novel di atas katil.Langsung tidak sedar akan kehadiran Faiq di dalam bilik.
“Hayfa”
“Hurm” Hayfa menyahut namun anak matanya masih melekat pada novel yang dibaca.Faiq mengguling bebola mata.Tak lama kemudian,dia tersenyum senget.
Baju yang tersarung di tubuhnya ditanggalkan lalu dibaling ke lantai.Kini tubuhnya tidak berbaju menyerlahkan biceps serta sixpacks di perut.Hanya seluar putih sahaja yang masih tersarung.
Perlahan lahan dia memanjat katil mendekati Hayfa yang masih leka itu.Novel di tangan si isteri ditarik laju.Terkejut Hayfa dibuatnya.
“Kenapa-ARGHH!!KENAPA TAK PAKAI BAJU?!” Hayfa pejam mata rapat,tangannya turut menutup mata.
Faiq jongket kening.Tangan Hayfa ditarik menyuruhnya membuka mata.Namun isterinya berkeras.
“Kau kenapa takut sangat?Come on chill,aku kan suami kau.Tak berdosa pun kalau kau tengok”
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Boss
RomanceDia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari kakak kandungnya sendiri.Ibunya juga selalu sibuk dengan dunia perniagaan. "Kau lah punca papa mati...