Dapat tiga vote,Izz unlock next bab.Boleh tak macam tu?Ya,Izz tahu Izz kejam😌
------------------------------------
"Welcome back Hayfa" sapa Lily sambil menunduk sikit."Thank you Lily" Hayfa ukir senyum.Kaki melangkah menuju ke meja kerjanya.
"Yoww,welcome back kakak ipar." Muiz muncul dari pantri.Secawan teh diletak di atas meja Hayfa.
"Kakak ipar?Heh,mengarut lah Muiz ni"
"Soon maybe,who knows?"Muiz ketawa.
" Nah,start your day with a cup of tea made by Tengku Muiz Khalis" Cawan berisi teh itu dihulur kepada Hayfa.
"Thanks.Macam tahu tahu ja saya tengah haus"Hayfa mencicip sedikit teh.
Sedap!Ada rasa macam strawberi sikit.
" Sedapnya teh ni.Kenapa ada rasa macam strawberi?"
Muiz senyum bangga."Ni teh strawberi.Muiz beli dekat Cameron Highlands masa dekat Malaysia hari tu.Ada lagi dua kotak dekat rumah."
Hayfa mengangguk faham.Teh dicicip sekali lagi sebelum membuat kerjanya.
"Ni Muiz takda kerja ke?Karang kena marah dengan bos pulak" soal Hayfa dengan mata yang tertumpu pada kertas kerja.
"Tch,Faiq nak marah Muiz?Dia tu jentik pun tak pernah dekat Muiz tau!" kata Muiz dengan bongkak.
"Aww aww awwwwww!!!" Muiz meringis kesakitan tatkala telinganya ditarik kuat oleh Faiq yang muncul dari belakang.
"Oh,aku tak pernah jentik kau ye?Ha meh,aku nak bagi kau merasa sikit" Dahi si adik dijentik kuat.
"Sakit lah hanat!" marah Muiz dengan muka yang berkerut.
Hayfa menahan ketawa sambil fokus membuat kerjanya.
"Aku dah letak kerja atas meja kau.Pergi buat sekarang" arah Faiq bernada tegas.
Muiz terus berlari ke tempatnya.Telinga yang sudah memerah digosok berkali kali.
"Demam kau dah lega?" soal Faiq beralih memandang Hayfa yang sedang kusyuk membuat kerjanya.
Hayfa mendongak."Dah lega dah"
"Baguslah kalau macam tu.Lepas kau dah siap kerja kau ni,masuk bilik aku kejap.Ada kerja aku nak suruh kau buat" beritahu Faiq.
"Oh,ha yelah" Hayfa angguk faham.
Faiq terus berlalu masuk ke dalam biliknya.Sempat dia memberi pandangan maut kepada pekerja yang sedang bergelak sakan sesama sendiri.
🌸🌸🌸🌸
'Tok tok tok'"Come in"
Hayfa,Muiz,Atan dan Lily melangkah masuk ke dalam bilik Faiq.
"I call you all because there is an important task that you all need to do" Kata Faiq sambil bangun dari kerusi.
"What task?" Soal Lily.
"Next month, Muiz, Atan and I will have to go to Japan. Our company will deal with Shiratorizawa Enterprise.So, what I want you all to do is make a slide about our company. After it is done, show it to me. I will show the slide when dealing with them later.Understand?" Ujar Faiq panjang lebar.
Ipad nya diserahkan kepada Lily.Terpapar gambar pekerja dari Syarikat Shiratorizawa yang sedang membuat kerja.Ada juga gambar kawasan syarikat mereka yang tampak kemas,mewah dan cantik.
"Yeah,we understand bos!" sahut Hayfa bersemangat.
"Good.Now,here is some information that may help you all prepare the slide later.I hope you all can give good cooperation to each other" Faiq menghulur sebuah fail kertas berwarna coklat.
"Of course!We will do the best" kata mereka berempat serentak.
Faiq ukir senyum kecil tetapi hanya sementara sebelum kembali membeku."I trust you all"
"You can count on us bro" kata Muiz lalu keluar diikuti Atan,Hayfa dan Lily.
🌸🌸🌸
Atan meletakkan gelas berisi jus epal ke atas meja dengan sedikit kuat.Wajah Faiq yang tenang dipandang tajam.
"Kau gila ke Faiq?Harraz tu licik tau.Bila bila masa ja dia boleh perangkap Hayfa." marah Atan.
"Habis kau nak aku buat apa hah?Angkut Hayfa pergi Jepun?Heh,kat sana lagi bahaya lah" kata Faiq kegeraman.
"Tak sekarang asal kau beria sangat nak protect Hayfa?Kau ada hubungan ke dengan dia?" soal Atan.
"Aku nak lindung dia bersebab tau.Bukan saja saja aku buat macam tu.Kau tak payah tahu lah!" dalih Faiq.
Atan menggeleng kesal.Menyebalkan betul si Faiq ni.
"Kau ambik berat pasal Hayfa sebab kau takut dia terjebak dengan Harraz macam mana arwah Husna terjebak dulu kan?" Atan meneka.
Faiq diam.Pandangan dibuang ke luar kafe.
Atan mengeluh.Benarlah tekaannya itu.Diam tanda 'ya'.
"Kalau betul sebab tu,kenapa kau tak kahwin ja dengan Hayfa?Senang sikit kau nak lindung dia.Lagipun kau memang suka dia kan?"
Faiq kalih memandang Atan dengan laju."Bila masa pulak aku suka dia?Look,kalau aku ada perasaan sekalipun dekat Hayfa,aku kena buang perasaan tu."
"Sebab?"
"Sebab tujuan utama aku cuma LINDUNGI dia,bukannya tentang perasaan aku semata mata.Dia pun ada kehidupan sendiri,matlamat sendiri.Dan dia pun ada hak nak tentukan dengan siapa dia cinta.Jadi aku taknak halang dia.Cukuplah sekadar selamatkan dia dari Harraz"
"Tch,alasan kau tak logik langsung.Andai kata kalau dia suka kau?Macam mana?Kau still nak buang perasaan kau?" Atan menyoal sinis.
"Tak mungkin dia sukakan aku.Tengok cara dia pun aku dah tahu.Dia tak suka bila aku paksa dia.Dia selalu mengutuk aku dari belakang.Aku yakin,dia takda perasaan dekat aku"
"Kalau ya pun kau tak sukakan dia,please jangan layan dia macam kau sedang bagi harapan dekat dia" kata Atan lagi.
"Maksud kau?Aku layan dia macam sampah tau?Marah marah dia,lepastu tambah kerja sampai bertimbun.Takda pulak aku layan dia macam ratu."
"Apa kau ingat aku tak tahu ke yang kau pergi rumah dia masa dia demam?Siap bagi makan ubat lagi.Lepastu kau peluk dia dekat ruang tamu.Kau ingat aku ni bodoh?" Atan senyum sinis.
"Macam tu kau kata layanan sampah?Huh,kau lagi bagi harapan adalah"
"Aku pergi rumah dia sebab nak dia cepat lega.Banyak lagi kerja aku nak bagi dekat dia." bohong Faiq.
"Kau jangan menipu lah.Aku dah kenal kau lama tahu tak.Kau pergi sebab kau risau dan rindu dekat dia." Atan menyinis lagi.
"Macam ni lah Faiq.Kalau kau tak suka dia,kau layan je macam seorang bos dan seorang pekerja.But if you like her,take and make her yours.Only yours." Atan bangun lalu keluar dari kafe meninggalkan Faiq yang terpinga pinga.
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Boss
RomanceDia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari kakak kandungnya sendiri.Ibunya juga selalu sibuk dengan dunia perniagaan. "Kau lah punca papa mati...