Bab 1

5.7K 195 12
                                    

Hayfa memasukkan bajunya yang sudah habis dilipat ke dalam almari.Tiba tiba terdengar suara kakaknya memanggil dari luar.

"Hayfa!!"

"Ya kak!Kejap!" Hayfa memulas tombol pintu biliknya.Terpacul wajah Mia yang dingin sambil berpeluk tubuh.

"Nanti kau turun bawah,kau masak nasi.Lepastu lauk yang ibu beli tu letak dalam mangkuk." Mia memberi arahan.Hayfa hanya mengangguk akur.

"Ada apa apa lagi ke kak?" Tanya Hayfa sambil terkebil kebil memandangnya.

Mia menggeleng."Kau buat apa tadi?"

"Lipat baju.Oh!Baju akak pun adik dah tolong lipatkan.Kejap ya"Hayfa berlari masuk ke dalam bilik lalu mengambil baju kakaknya yang sudah siap dilipat.

" Nah,baju akak"Hayfa menghulurkan baju Mia.

Huluran Hayfa disambut.Mia menolak lidahnya ke dalam pipi.

"Kau kenapa tiba tiba baik sangat lipatkan baju aku?Aku tak suruh pun?"

Hayfa tersengih."Takde lah,alang alang adik takda kerja nak buat,adik lipat je lah baju akak."

"Lantak kau lah.Tapi kau jangan yakin sangat kalau kau tolong aku,aku akan berbaik dengan kau!" Jawab Mia lalu berjalan menuju ke biliknya.

Jawapan Mia membuatkan senyuman Hayfa mati perlahan lahan.Langkah kakaknya diperhati dengan pandangan sedih.

Hayfa berjalan lemah menuju ke dapur.Beras di masukkan ke dalam periuk lalu membasuh beras.Lauk yang berada di dalam plastik dimasukkan ke dalam mangkuk dan pinggan.

"Adik rindu papa.." gumam Hayfa sendirian sambil menangis.

Tempat duduk di meja makan yang selalu diduki oleh Encik Lutfi dipandang dengan senyuman kecil.Pandangannya beralih memandang tempat duduk ibunya,Puan Ima.

Hayfa mengeluh perlahan.Nampaknya tempat duduk itu tidak akan bertuan hari ini memandangkan Puan Ima ada perjumpaan dengan rakan rakannya.

                           🌸🌸🌸🌸
Deringan telefon menyentakkan Hayfa yang sedang leka mencuci pinggan.Tangannya yang basah dilap dengan kain sebelum menekan butang hijau pada skrin telefon.

"Hello Kak Tim" sapa Hayfa.

"Hello Hayfa.Ni Kak Tim call sebab nak suruh Hayfa datang awal esok.Banyak pulak tempahan baju yang customer pesan hari ni.Boleh ya?"

"Boleh je Kak Tim.Esok Hayfa datang lepas subuh okay?"

"Okay,terima kasih Hayfa.Kak Tim off dulu ya.Bye.." Talian ditamatkan.Hayfa meletakkan telefonnya di atas kabinet lalu naik ke atas untuk memanggil kakaknya.

"Akak!Jom turun makan.Nasi dah siap masak" Hayfa mengetuk pintu bilik Mia.

"Hurmm kejap kejap!Ish,kacau betullah budak ni!" Rungut Mia.Orang nak membuta pun tak senang!Mia menggosok matanya perlahan lahan.

Di dapur~~

Hayfa ligat menyusun pinggan dan cawan di atas meja.Tiga biji pinggan diambil lalu diletak dengan kemas.

Mia memandang hairan terhadap Hayfa.

"Kejap.Kenapa tiga biji pinggan?Bukan ke ibu cakap tak makan dekat rumah hari ni?" Soal Mia.

"Oh,pinggan ni untuk papa-" Bicara Hayfa terhenti apabila tersedar dengan kata katanya.

Mia yang mendengar berubah wajah.Meja makan diketuk kuat hingga menyebabkan bahu Hayfa terhenjut.

"Kau cakap apa tadi?Untuk papa?Hey,kau sedar tak yang papa dah mati disebabkan perempuan malang macam kau!" tengking Mia seraya menunjal kepala Hayfa.

Hayfa menangis."Ad..adik mintak maaf kakak.Adik terlupa"

Mia mendecit."Kakak?Siapa kakak kau ha?!Aku takda adik malang macam kau lah.Aku bukan kakak kau!"Marah Mia lagi.

"Eyy dahla!Takda selera aku nak makan macam ni"Mia bangun lalu berjalan menuju ke atas.

Hayfa terduduk di atas lantai.Dia menangis teresak esak sambil memeluk lutut.Sebegitu sekali kakaknya membenci dirinya.

" Sampai bila aku nak hadap semua ni?"

                              🌸🌸🌸
Keesokan harinya~~

"Hayfa,baju yang akak bagi tadi tu dah siap jahit ke?" Soal Kak Tim sambil ligat menjahit baju.

"Dah,Hayfa dah letak atas meja tu." jawab Hayfa.

"Oh okay.Urm Hayfa,akak nak tanya sikit,Hayfa jangan marah ya?Akak takda niat nak masuk campur urusan Hayfa" Kak Tim menghentikan kerjanya seketika.Badan dikalihkan menghadap Hayfa yang masih tekun menjahit baju.

"Apa dia?Tanya lah" sahut Hayfa.

"Kenapa ek kakak Hayfa tu tak suka dengan Hayfa?Lain macam ja akak tengok layanan dia dekat Hayfa." Kak Tim menyoal berhati hati.

Pergerakan Hayfa terhenti selepas mendengar soalan yang diajukan.Nafas dihela sebelum tersenyum kelat.

"Dia tak suka Hayfa sebab dia anggap Hayfa punca arwah papa mati"

"Huh?" Terpempan Kak Tim mendengar kata kata Hayfa itu.

"Sebenarnya Hayfa pernah hampir nak kena culik masa kecik dulu.Tapi arwah papa yang selamatkan Hayfa.Masa tu,penculik tu nak tikam Hayfa tapi papa pulak yang kena.Sejak tu lah Kak Mia benci dengan Hayfa." Ujar Hayfa sayu dengan air mata yang mengalir.

Kak Tim mengusap lembut belakang badan gadis itu.

"Sabar lah Hayfa.Setiap ujian mesti ada hikmahnya.Kak Tim harap Hayfa sentiasa kuat" ujar Kak Tim lalu membelai lembut rambut Hayfa.

Hayfa mengelap sisa air matanya.Senyuman manis cuba diukir pada bibir.

"Akak jangan la risau.Hayfa okay je.Oh ya,Hayfa nak keluar kejap tau.Nak pergi beli benang.Rasanya stok benang dah habis dalam almari tu"Hayfa mengubah topik.Rambutnya yang panjang mengurai diikat gaya ponny tail.

Kak Tim mengangguk." Pergi lah.Akak pun perasan benang dah habis tadi.Tapi terlupa pulak nak bagitau Hayfa."

"Hayfa pergi dulu ya kak." Hayfa bangun mencapai begnya lalu keluar mencari teksi.

Dia menahan tangannya apabila ternampak sebuah teksi.Pintu dibuka lalu meloloskan diri ke dalam perut kereta.

"Pakcik,tolong bawak saya pergi Jalan Utama 2" pinta Hayfa.

"Baik cik" Pemandu teksi itu akur lalu memandu teksinya.

'Patut ke aku pergi luar negara untuk cari ketenangan?Siapa nak jaga ibu dengan kakak kalau aku tinggalkan Malaysia?Tapi sampai bila aku nak bertahan kalau aku stay dekat sini?'

Hayfa menggumam perlahan sambil membuang pandang ke luar tingkap.Dia mengeluh seketika mengenangkan nasibnya.

Gadis Pujaan BossWhere stories live. Discover now