Bab 10

2.6K 136 1
                                    

Hayfa merenggangkan sedikit badannya yang mula terasa lenguh.Jam di tangan di tilik.Dia mengeluh seketika apabila sudah menunjukkan pukul 10.55 malam.

Sepatutnya sekarang dah boleh balik.Tapi disebabkan denda oleh Tengku Faiq,dia terpaksa balik lewat hari ini.

Denda?Ya,denda.Gara gara bersembang dengan Tengku Muiz di pantri pada waktu kerja,maka bertimbunlah kerja di atas meja.

"Selagi kerja yang aku bagi tu tak siap dan takda atas meja aku,kau tak boleh balik" Masih terngiang ngiang lagi arahan Tengku Faiq tadi.

Huh,dasar bos pembuli!

'Gruhh..'

Bunyi guruh kedengaran.Hayfa mengeluh lagi.Macam mana nak balik nanti?Sekarang jam hampir pukul 11 malam,agak susah nak cari teksi.Hujan pun macam makin lebat saja.

"Uhuk uhuk" Hayfa terbatuk.Tekaknya terasa pedih.Namun diabaikan sahaja.

Dia menyambung kembali kerjanya yang masih belum siap.Bunyi hujan dan guruh sahaja yang menemaninya.

Tak lama kemudian,seorang pengawal keselamatan muncul di situ.

"Miss,don't you go home?It's already late at night.I already want to to turn off office light.Danger if you are alone here." nasihat pengawal itu.

"Oh really?Urmm like this, let me turn off the lights myself later. After all, I am afraid of the dark." Balas Hayfa.Dia memang takut gelap.Kalau nak diikutkan,sudah lama dia berlari keluar dari pejabat yang sunyi ini.Mujur pengawal keselamatan itu sudi menemaninya.

"If that's the case, I'll go back first. Take care of yourself." Pengawal keselamatan itu berlalu.

Usai itu,Hayfa kalut menyiapkan kerjanya.Takut woo duduk sorang sorang dalam ni.

                             🌸🌸🌸
Faiq menarik brek tangan ke atas.Tali pinggang keledar ditanggalkan.Dia ke sini kerana mahu mengambil Laptop yang tertinggal.Semasa balik tadi,dia agak sibuk dan tertinggal laptopnya di atas meja.

"Haih..macam mana la boleh lupa.Dahla dalam tu ada banyak maklumat penting.Naya ja kalau orang nampak." Bebel Faiq sendirian sambil berjalan masuk ke dalam bangunan tinggi itu.Hujan yang agak lebat dibiar sahaja membasahi tubuhnya.

Faiq menekan butang lif ke tingkat paling atas.Setelah sampai,keningnya berkerut melihat ruang pejabat yang masih terang bederang.

Tak lama kemudian,dia terdengar bunyi seperti sesuatu benda yang jatuh ke atas lantai.

Faiq bergegas masuk ke ruang pekerja.Terkejut dibuatnya apabila ternampak Hayfa yang sedang bercangkung di bawah meja.

"Hayfa?" tegur Faiq.

"Arghh!!!Aduh!" Hayfa terkejut lantas kepalanya terhantuk pada meja.

"Bos?Kenapa sergah saya macam tu?Sakit tau tak kepala saya ni sebab terhantuk" Marah Hayfa sambil menggosok kepalanya.

"Sorry,aku tak sangka pulak kau terkejut sampai terhantuk macam tu." Faiq menghampiri Hayfa.Lantas tangannya menepis tangan Hayfa lalu menggosok perlahan kepalanya.

"Sakit lagi tak?"Soal Faiq.Hayfa angguk.

" Eh,dahla.Saya nak sambung buat kerja"Hayfa melabuhkan duduk di atas kerusi lalu menyambung kerjanya.

"Kau tak balik lagi ke?Dah lewat ni,bahaya kau duduk sorang sorang" tegur Faiq.

"Kejap lagi la saya balik.Kerja saya tak siap lagi ni.Karang kalau lambat siap bos marah pulak" perli Hayfa sambil ligat menyiapkan kerja.Hidungnya tak henti henti mendengus dek kerana hidungnya tersumbat.

"Tadi aku tersentuh dahi kau.Panas je...kau demam ke?" Faiq melekapkan tapak tangan di dahi Hayfa.

"Mana ada saya demam.Okay je lah" Hayfa mengelak.Namun Faiq masih berkeras.

"Kau demam ni.Hidung kau mesti tersumbat kan?Dah dah,kerja tu esok je lah kau siapkan.Now,kemas barang.Kau balik dengan aku." Arah Faiq.

Belum sempat Hayfa menjawab,Faiq sudah berlalu masuk ke dalam biliknya untuk mengambil Laptop.

"Jom balik dengan aku" ajak Faiq.Namun Hayfa menggeleng.

"Takpa lah,saya balik naik teksi je lah" Hayfa menolak lalu bergegas keluar dari ruang pejabat.

"Oi,kau nak cari mana teksi waktu macam ni?Tengah hujan tu,balik dengan aku je lah" Faiq berlari mengejar langkah Hayfa yang semakin laju.

Hayfa kalut menekan butang lif.Dia tak mahu langsung pandang Faiq.

"Wait!" Faiq menghalang pintu lif dari tertutup.Wajah Hayfa dipandang geram.

"Kau dah kenapa takut semacam ja dengan aku?Hey,pandang sini" Faiq menarik dagu Hayfa namun Hayfa memejamkan matanya.

"Woi,pandang sini.Aku tengah bercakap dengan kau kan?"

"Taknak lah.Bos ingat saya hadap sangat ke tengok body bos tu?Eyyy,taknak lah saya" jawab Hayfa.

Faiq memandang tubuhnya.Damn!Bajunya basah terkena hujan tadi.Dan pastinya menampakkan tubuhnya yang hot itu.Sudahla baju kemeja putih.Patutlah Hayfa mengelak dari memandangnya.

Tiba tiba Faiq menarik senyum sinis.Timbul idea untuk mengusik Hayfa.

Dia mendepakan tangan lalu mengepung Hayfa ditengah.Tangan dilekap pada dinding lif.

"Tadi kau cakap apa?Taknak tengok body aku?Tengok je lah,aku tak kisah.Free ja untuk kau" Faiq mengukir senyum jahat.

"Eyyy..bos ni dah kenapa ha?Kena sampuk hantu?" Hayfa menolak tubuh Faiq dari mengepungnya.Namun tidak berjaya.

'Ting!'

Dentingan lif kedengaran menandakan sudah sampai di tingkat paling bawah.Hayfa terus berlari keluar meninggalkan Faiq di belakang.

"Hayfa!!" Faiq memanggil Hayfa.

Melihat tiada tanda tanda untuk Hayfa berhenti,Faiq segera menggapai lengan Hayfa.

"Balik dengan aku.Waktu macam ni teksi dah takda.Kau tu dahla demam.Jom,aku hantar kau balik." Faiq mengheret Hayfa mengikut langkahnya.

"Saya taknak lah.Bos jangan paksa saya boleh tak?" Hayfa meronta.

"Ish,degil lah kau ni!" Faiq mencempung tubuh kecil Hayfa.Rontaan Hayfa diendahkan.

"Duduk diam diam.Kalau kau keluar dari kereta ni,kau jangan pelik tengok perangai sebenar aku" keras Faiq memberi amaran.Hayfa terpaksa akur.Dah serupa perogol bersiri pulak Tengku Faiq ni.

"Nah,ambik kain ni lap rambut kau.Esok kau jangan datang kerja.Aku bagi kau cuti sebab kau demam." Faiq menghulur sehelai kain.

"Habis tu kerja saya macam mana?" Hayfa mengelap rambut dan wajahnya yang terkena hujan.

"Lepas kau dah lega demam,baru kau habiskan" Faiq menghidupkan enjin lalu memecut menuju ke rumah Hayfa.



Gadis Pujaan BossWhere stories live. Discover now