Faiq berdiri di depan cermin,bersiap untuk pergi ke kerja.Butang baju kemeja dipasang.Hayfa yang sedang duduk menyisir rambut didekati.
“Hayfa” Terhenti seketika tangan Hayfa.Wajah Faiq dipandang melalui biasan cermin.
“Kenapa?” Hayfa bertanya apabila tangannya ditarik Faiq untuk berdiri.
“Pakaikan tie untuk aku” Tali leher berwarna biru gelap dihulur pada Hayfa.Isterinya hanya akur.Lagipun kalau jodoh berpanjangan,mereka akan kekal sebagai suami isteri.Jadi Hayfa perlulah mempraktikkan semuanya dari mula.
“Semalam Atan dah bertolak balik ke sini.Seorang je,Raeez dengan Ikram tak ikut sebab ada kerja.Dia nak singgah rehat sini dulu” Kata Faiq sambil merenung Hayfa yang sedang kusyuk memakaikan tali leher.Pinggang Hayfa dipegang.
“Ohh..dia dah sampai ke?”
“Entah,tapi rasanya dah sampai kot.Dia bertolak awal semalam.” Mata Faiq masih melekat di wajah si isteri.Makin hari,perasaannya semakin bertambah pada Hayfa.Iaitu perasaan sayang.
“Aku nak tanya sikit” Pelukan di pinggang dieratkan lagi.Hayfa hanya diam,berbahang wajahnya sekarang.
“T-tanya lah”
“Kau ada makan apa apa ke semalam?Mustahil kau macam tu tanpa sebab” Soalan itu membuatkan Hayfa berfikir sejenak.Mengimbas kembali setiap makanan yang masuk ke perutnya.
“Saya makan apa yang saya masak je lah.Tu je”
“Ubat atau pil?Kau makan tak?” Hayfa geleng kepala.Takda apa makanan pelik pun yang dia makan.
“Tak makan pun,saya cuma makan apa yang saya masak lepastu minum-“ Hayfa terhenti.Baru dia teringat akan air oren di dalam peti ais.Rasanya masih berbaki lagi sedikit.
“Air tu!Jom,kita kena cepat!” Tangan Faiq ditarik menuju ke tingkat bawah.Faiq terpaksa ikut langkah laju Hayfa.Air apa pulak yang Hayfa cakapkan?
“Kau kenapa panik sangat?” Soal Faiq terkebil kebil.Dihayun sahaja kakinya mengikut jejak Hayfa seperti lembu dicucuk hidung.
Hayfa tidak menjawab.Peti ais dibuka laju.Syukur botol air itu masih ada di dalam.Dipegang botol itu untuk dibuang.
“Aik?Kenapa ringan?” Hayfa menyoal pelik.Botol itu kosong,tiada sedikit air pun.
“Awak minum eh?”
“Mana ada aku minum.Balik je kerja terus kena layan perangai kau.Takda masa aku nak ke dapur walaupun masa tu aku tengah lapar” Mereka berdua diam tidak berkutik.Agak lama sebelum...
“ARGHHHHH!! PERGI KAU,JANGAN SENTUH AKU LAH SETAN!” Suara jeritan dari luar rumah menyentakkan mereka berdua di dapur.
“Kenapa tu?” Segera mereka berlari menuju ke kolam luar rumah.Kelihatan seorang lelaki sedang bergelut dengan Muiz.
“Eh tu Atan!” Kata Hayfa bila menyedari lelaki itu adalah Atan.Bermakna dia sudah lama sampai ke sini.
“KORANG TENGOK JE?HALANGLAH ADIK KAU NI TAK GUNA!” Jerit Atan kuat.
“Apa kau buat ni Muiz?!” Faiq hairan melihat adiknya.Berpeluh habis satu badan.
“A-aku.."
“Bodoh ke apa adik kau ni.Naik setan sampai aku pun nak dicabulnya.Nak jadi gay ke hah?!” Atan memeluk tubuhnya.Muiz dijauhi sambil mengengsot.Bukan sahaja Muiz,malah dia juga turut bermandi peluh.Penat mengelak dari Muiz yang tiba tiba menerkamnya.
“Cabul?” Faiq masih tidak faham.Otaknya loading sekejap.
“ Haduhmakk ingatkan adik je bodoh,abang dia pun sama bodoh.” Selamba Atan mengutuk.
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Boss
RomanceDia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari kakak kandungnya sendiri.Ibunya juga selalu sibuk dengan dunia perniagaan. "Kau lah punca papa mati...