Bab 28

1.9K 98 20
                                    

Ketang!Ketung!

Bunyi sudip berlaga dengan belanga kedengaran dari arah dapur.

"Apa benda tu?" soal Ikram sambil melabuhkan punggung di atas sofa.

"Hani...berperang nak sediakan breakfast.Biar lah dia" Jawab Faiq lalu menekan remote tv.

Siaran di kaca tv ditukar berkali kali.Bosan,takda rancangan menarik.

"Muiz!!" laung Hani dari dapur.

Muiz yang baru duduk di sofa berpaling apabila namanya diseru Hani.

"Apa?"

"Hehe..breakfast dah siap.Tolong hantarkan makanan ni dekat Hayfa boleh?" Hani hulur pinggan berisi mee goreng.

Muiz guling mata.Bontotnya belum panas lagi di sofa itu,dah disuruh buat kerja.Haih..tak mengapa lah.

Huluran Hani disambut lalu di bergerak ke lif menuju ke bilik Hayfa.

'Bam!'

Takpa,dah biasa dengan sifat Muiz yang satu itu.

"Nah,Hani dah buat breakfast.Jangan lupa makan tau."

Pinggan mee goreng itu diletak atas meja kecil.Muiz pandang sekilas ke arah Hayfa yang duduk menyisir rambut di hadapan cermin solek.

Cermin?Ya,Raeez kan kaya.Jadi sepantas kilat dia menggantikan cermin yang baru.

"Meh,aku tolong kau sikat rambut" Muiz ambil sikat ditangan Hayfa.

Seram pula melihat Hayfa yang hanya diam dengan tangan yang menyisir rambut secara perlahan itu.

Huh,macam hantu gayanya!

Muiz mula menyikat rambut Hayfa yang agak panjang itu.

"Wangi rambut kau,pakai syampu apa?" Muiz mencuba nasib untuk berbual dengan Hayfa.

Diam.Hayfa tidak menjawab.

Muiz hela nafas.Perubahan Hayfa nampak ketara.Dulu,gadis itu seorang yang ceria,suka menjawab.Sekarang sudah jadi pendiam.

Tiba tiba Muiz terasa sesuatu di kakinya.Dia memandang ke arah lantai.Setelah itu,matanya terbuntang luas.

                    🌸🌸🌸
"Cuba kau bayangkan,usus perut kau,lepastu ada orang gunting"

"Eyy..kau pulak bayangkan.Biji mata kau terkeluar.Lepastu,aku cucuk guna pisau."

"Macam mana doo ular boleh bergerak.Dia kan takda kaki?"

"Aku syak kan,ada robot dalam badan dia.Robot tu yang kawal dia supaya bergerak."

"Agak agak en,kalau aku sentuh awan,awan tu macam kapas ke?"

"Tak,macam kau sentuh angin ja...kot"

"Ehehehehehhe"

Faiq,Hani dan Raeez hanya mampu bersabar setelah mendengar perbualan Atan dan Ikram di meja makan itu.

Apa yang diboraknya pun tak tahu lah.Macam mengarut ja.

"Korang boleh diam tak?Nak makan pun tak senang lah"Raeez bersuara.Sudu diletak atas pinggan.

Tiada selera mahu makan apabila perbualan Atan dan Ikram menerjah pendengarannya.

Sembang pasal tahi lah,awan lah,ular lah.Takda manfaat langsung!Bikin tekak loya saja.

"Entahnya,sembang entah apa apa.Orang lain nak makan pun takda selera dah" sokong Faiq.Hani mengangguk setuju.

"Dengki kenapa?Ada aku kacau mee goreng kau?Takda kan?" Atan membidas.

Gadis Pujaan BossWhere stories live. Discover now